Friday 24 September 2010

A134544 nabihan LJ09

Alhamdulillah. Bertemu lagi kita dalam edisi jurnal kali ini. Semoga jurnal kali ini dapat memberi lebih banyak ilmu pengetahuan tentang emosi kita kepada para pembaca di luar sana. Minggu ini merupakan minggu pertama saya berada di UKM setelah hampir dua minggu bercuti raya. Minggu ini juga masih lagi dalam minggu hari raya. Banyak fakulti dan persatuan di UKM ini mengadakan jamuan hari raya untuk para pelajar di sini. Tidak ketinggalan juga kolej-kolej kediaman di sini juga sedang membuat persiapan untuk majlis hari raya peringkat kolej.

Walaupun suasana di sini masih dalam mood raya, namun pelajaran tetap tidak ditinggalkan. Ini kerana minggu ini kebanyakan pensyarah mengadakan peperiksaan pertengahan semester untuk para pelajarnya. Saya juga tidak ketinggalan menghadapinya. Sebelum melangkah kaki masuk ke kelas pengurusan emosi ini, saya telah menempuh ujian pertengahan semester 1 untuk subjek Matematik. Jadi perasaan saya selepas tamatnya ujian tadi terbawa-bawa sehingga ke dalam kelas pengurusan emosi ini. Soalan tadi memang susah menyebabkan saya berasa risau dengan keputusan saya nanti.

Jadi, tajuk pengurusan emosi yang saya pelajari pada minggu ini ialah Emosi, personaliti dan tingkah laku. Saya percaya para pembaca tidak memahami akan tajuk ini pada awal topik kita. Begitu juga dengan saya pada mulanya. Tetapi setelah diberi penerangan disertakan beberapa contoh oleh pensyarah, saya telah memahaminya. Terdapat tiga komponen utama emosi. Yang pertama perasaan. Yang kedua perubahan tubuh dan yang ketiga kecenderungan tindakan. Manusia sebenarnya berbeza dari segi emosi walaupun berada dalam perkara yang sama. Sebagai contoh, dua sahabat yang berjaya dalam peperiksaan. Yang A menangis kerana terharu akan keputusan yang diterima, manakala yang B melompat kegirangan kerana terlalu gembira dengan keputusannya. Peristiwa tersebut menunjukkan emosi setiap manusia berbeza walaupun berada dalam situasi yang sama. Perbezaan ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan personaliti seseorang individu itu. Oleh itu, emosi dan personaliti amatlah berguna dalam membezakan seseorang individu tersebut. Emosi dan personaliti berperanan dalam menentukan reaksi terhadap affek.

Manusia sebenarnye mempunyai dua personaliti yang boleh dikembangkan. Iaitu ekstrovet dan introvet. Ciri-ciri manusia yang ekstrovet ialah mereka lebih gemar bersosial. Manakala ciri-ciri manusia introvet pula ialah mereka lebih gemar bersendirian. Untuk mereka yang ekstrovet, gemar bersosial bukanlah bermaksud suka keluar malam dan bersuka ria. Bersosial di sini bermaksud senang untuk berinteraksi dengan orang lain walaupun baru berjumpa. Orang yang ekstrovet ini amatlah diperlukan dalam sesuatu majlis kerana dia dapat menceriakan lagi majlis tersebut. Bagi individu yang introvet pula, mereka lebih gemar bersendirian. Bersendirian di sini bermaksud mereka agak malu-malu jika diajak berbual dengan orang yang baru dikenali. Mereka juga akan kelihatan gugup jika diminta secara spontan untuk memberi ucapan. Sebenarnya terdapat banyak lagi ciri-ciri individu yang ekstrovet dan introvet ini.

Untuk memahamkan lagi para pembaca jurnal, ingin saya kongsikan di sini satu cerita tentang sepasang kembar seiras. Seorang nama Nana. Seorang lagi Nani. Mereka berdua memang sangat seiras. Tetapi perangai mereka jauh berbeza. Nana seorang yang introvet manakala Nani seorang yang ekstrovet. Satu hari, cikgu telah meminta Nana untuk memberikan ucapan sempena hari guru dalam kelas. Tetapi Nana tidak mahu. Lalu dia berfikir untuk menyuruh Nani supaya menggantikannya. Oleh kerana sayangkan Nana, Nani sanggup bertukar tempat. Lalu, ucapan pun diberikan dan semua orang terkejut kerana kagum melihat Nana yang selama ini pendiam rupanya petah memberi ucapan. Tetapi rahsia mereka tidak lama dapat disimpan. Akibat terlalu bersifat ekstrovet Nani sendiri telah tanpa sedar membosorkan rahsia mereka.

Itulah sedikit pengalaman yang dapat saya kongsikan bersama. Sekian. #

  


No comments:

Post a Comment