Friday 24 September 2010

A132516 ctzara LJ09

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Encik Zamri.
    Pada hari rabu, 22 September 2010 yang lalu, saya telah menghadiri kelas pengurusan emosi buat kali yang ke-8. Tajuk pada kali ini ialah 'Emosi, personaliti, dan tingkahlaku'. Bagi saya, kuliah pada kali ini agak menarik kerana saya dapat mengetahui personaliti saya melalui ujian yang di jalankan di dalam kelas. Ujian ini hanya dilakukan secara kasar.
    Tajuk kali ini membincangkan pendekatan pengelasan emosi mengikut jenis dan intensiti. Selain itu untuk memahami perhubungan di antara emosi,personaliti dan tingkahlaku. Sepertimana yang kita ketahui bahawa emosi mempunyai 3 komponen penting iaitu perasaan, perubahan tubuh, dan kecenderungan tindakan. Manusia berbeza dari segi reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama. Perbezaan ini berkait rapat dengan personaliti individu. Oleh itu, emosi dan personaliti berguna dari segi membezakan individu. Emosi dan personaliti juga berperanan dalam menentukan reaksi terhadap affek.
    Personaliti bermaksud gabungan perangai fizikal yang kita guna untuk menentukan dan menggambarkan seseorang dalam konteks ciri-ciri seperti pendiam, pasif, agresif dan lain-lain. Kaedah Myers-Briggs selalu dijadikan alat untuk membuat ujian personaliti. Menurut kaedah ini, setiap individu boleh dikategorikan sebagai extroverted (E) atau introverted (I), sensing (S) atau intuitive (N), thinking (T) atau feeling (F), dan judging (J) atau perceiving (P). Ciri-ciri yang pertama ialah antara extroverted dan introverted, dimana extroverts ialah orang yang senang bergaul, outgoing dan tegas. Manakala introverts ialah orang yang pendiam dan malu. Perbezaan antara sensing dan intuitive pula, orang yang jenis sensitif ialah praktikal dan lebih fokus dalam selok-belok dan intuitives pula bergantung kepada proses bawah sedar dan melihat kepada gambar besar. Sifat yang ketiga ialah antara thinking dan feeling, dimana orang jenis thingking menggunakan alasan dan logik untuk mengawal masalah manakala orang jenis feeling bergantung kepada nilai individu dan emosi. Ciri-ciri terakhir ialah antara judging dan perceiving, orang jenis judging suka mengawal dan suka dunia yang dalam keadaan teratur manakala orang jenis perceiving ialah fleksibel dan spontan.
     Model Big-Five ada lima iaitu extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotional stability, dan openness to experience. Extroversion ialah tahap seseorang selesa dalam perhubungan. Agreeableness pula bergantung kepada kecenderungan individu untuk mengundurkan orang lain. Manakala, conscientiousness mengukur kebolehpercayaan. Emotional stability ialah menoreh kebolehan seseorang melawan stress. Yang terakhir ialah openness to experience ditujukan kepada jarak individu yang menarik dan pesona.
    Kesimpulannya, personaliti seseorang dapat dikenal pasti daripada tingkahlaku yang disertai emosi. Setelah saya membuat ujian personaliti, saya mendapati bahawa saya adalah seorang yang tidak suka menonjolkan diri, agak pendiam, peramah, pandai bergaul, logikal, dan suka menganalisis keadaan sekeliling. Menurut kaedah Myers-Briggs, saya mendapat personaliti ISTJ dimana saya ialah seorang yang logikal dan suka menganalisis. Pada pendapat saya, kaedah secara kasar ini dapat memberikan saya untuk mengubah diri kepada yang lebih baik.
Sekian. wassalam.

No comments:

Post a Comment