Friday 24 September 2010

A134606 tingting LJ09

     Saya tidak dapat hadir ke kuliah pada minggu ini sebab terlibat dalam persediaan karnival pesta tanglung. Tetapi saya telah membaca nota bagi tajuk minggu ini iaitu emosi dan personaliti melalui blog. Manusia di dunia adalah ciptaan istimewa Tuhan yang mempunyai emosi dan personaliti yang berbeza. Kuliah pada minggu ini membincangkan emosi, personaliti dan tingkah laku dan objektifnya adalah untuk membolehkan kita mengenalpasti personaliti manusia yang pelbagai. Personaliti ini boleh dikatakan unik sebab ia mengandungi watak-watak atau sifat yang mempunyai kaitan dengan cara pemikiran, perasaan, emosi dan juga tingkahlaku seseorang. Personaliti bermakna kombinasi sifat-sifat fiskologi serta mengelaskan individu berdasarkan cirri-ciri yang tertentu. Kombinasi ini membentuk identiti seseorang yang berbeza daripada orang lain. Kuliah ini membincangkan tentang dua teori yang penting iaitu Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) dan The Big-Five Model. Dua teori ini penting untuk mengenali personaliti kita.

            Teori MBTI sangat popular dan merupakan penunjuk yang dapat membantu individu memahami personaliti dirinya dengan lebih mendalam. Teori ini merangkumi empat pasangan yang mengklasifikasi seseorang individu. Pasangan pertama adalah " extroverted (E)" vs "introverted (I)". Extroverted merupakan seseorang yang pandai dan suka bersosialisasi, ramah, tegas dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Mereka juga juga mendapat perhatian orang ramai dan biasanya mereka akan berkongsi dengan orang lain jika mereka menghadapi sesuatu masalah. Introverted pula bertentangan dengan extroverted. Individu introverted lebih suka bersendirian dan malu. Mereka suka membuat kerja di belakang tabir dan juga menyelesaikan masalah tanpa bergantung  kepada orang lain. Orang yang introvert ini biasanya suka memendam perasaan sendiri dan lebih cenderung kepada emosi yang negatif. Perbezaan personaliti ini juga menyebabkan reaksi yang berbeza. Saya merupakan seorang yang extrovert sebab saya suka berkawan dan akan berasa sunyi jika bersendirian.

            Pasangan yang kedua adalah "sensing (S)" dan "intuitive (N)". Sensing merujuk kepada individu yang mengambil perhatian terhadap benda yang detail, dikategori sebagai individu yang cerewet. Mereka juga dikatakan sebagai 'perfectionist' sebab meninginkan kesempurnaan dalam segala hal. Individu sensing mengikut lima deria mereka. Individu intuitive adalah bertentangan dengan sensing. Mereka mengikut deria keenam dan kadang-kadang mereka berfikir begitu banyak tentang kemungkinan sehingga tidak pernah membuat mereka menjadi kenyataan.

            Seterusnya adalah "thinking (T)" dan "feeling (F)". Individu yang thinking selalunya berkaitan dengan logic dan alasan. Individu jenis ini berfikir dan membuat keputusan bergantung kepada fakta dan bukti dan tidak akan mudah dipengaruhi oleh kehendak sendiri ataupun orang lain. Feeling pula mengambil berat tentang pandangan orang lain. Mereka mempercayai keputusan yang terbaik dapat diperoleh daripada pandangan dari individu yang berlainan. Biasanya, mereka akan membuat sesuatu mengikut perasaan atau kehendak sendiri tanpa mengira keadaan.

            Pasangan yang terakhir adalah "judging (J)" dan "perceiving (P)". Individu jenis judging suka akan tata tertib hidup yang teratur. Mereka suka kehidupan di bawah kawalan sebanyak mungkin. Mereka ini dikatakan lebih sesuai untuk menjadi pemimpin atau ketua sebab bersifat tegas, sistematik dan suka member arahan kepada orang lain. Manakala perceiving ini merupakan jenis yang lebih fleksibel.  Orang yang mempunyai personaliti ini lebih senang untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru.

 Saya merupakan jenis ESFP iaitu individu yang bekerjasama, "di sini dan sekarang" orang-orang yang menikmati kesenangan. Sifat mereka yang suka bersosial, mereka lebih selesa terutama ketika mereka adalah pusat perhatian dan benci bersendirian. ESFPs memiliki sisi praktikal yang membolehkan mereka untuk menyelesaikan pekerjaan secara cekap. Ini bermakna saya seorang yang agak fleksibel dan suka melakukan sesuatu mengikut perasaan.

          Kesimpulannya, personaliti adalah komponen yang penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita haruslah mengetahui dan memahami personaliti sendiri sebab personaliti ini akan mencorakkan identiti kita dan juga dapat mempengaruhi emosi dan tingkahlaku kita. Saya berpendapat bahawa jika kita memahami personalti sendiri atau seseorang, ini akan membantu kita dalam menguruskan sesuatu emosi dengan efektif.

 

No comments:

Post a Comment