Saturday 25 September 2010

A134393 Yanzur LJ06

   Cuaca hari ni sangat baik sekali begitu juga dengan mood aku semasa kelas Pengurusan Emosi. Tambahan pula aku sangat suka dengan tajuk kuliah pada minggu ni iaitu Emosi dan Personaliti. Aku memang berminat untuk tahu pasal perkara yang berkaitan dengan personaliti. Lagi-lagi kalau dapat buat ujian tentang personaliti, itulah kegemaran aku. Contohnya dalam facebook pun aku suka buat psiko test untuk mengetahui apakah personaliti aku yang sebenarnya. Pastu kalau keputusannya memuaskan, aku akan publish pada wall untuk dapatkan komen daripada kawan-kawan. Huhu..


   Daripada pembelajaran kali ni, aku dapat mengetahui bahawa personaliti sebenarnya adalah gabungan sifat-sifat psikologi yang digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri seseorang seperti pendiam, ceria, peramah dan sebagainya. Ada dua jenis instrumen yang boleh digunakan untuk menilai personaliti seseorang iaitu Myers-Briggs Type Indicator dan The Big-Five Model. Instrumen yang paling selalu digunakan ialah Myers-Briggs Type Indicator. Dalam instrumen ni, individu dikelaskan sebagai extroverted atau introverted (E or I), sensing atau intuitive (S or N), thinking atau feeling (T or F), dan judging atau perceiving (J or P).


   Orang yang ada personaliti extroverted ni dia jenis yang suka bersosial dan bergaul dengan orang ramai, tegas dan suka buat kerja yang boleh menonjolkan dirinya. Dengan kata lain mereka ni ada keyakinan diri yang tinggi lah. Manakala untuk yang dikategorikan sebagai introverted pula adalah mereka yang bersikap pendiam, pemalu dan tak suka menonjolkan diri dengan suka melakukan pekerjaan yang berkaitan belakang tabir. Aku adalah dalam kategori introverted sebab aku ni tak banyak cakap sangat, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Seorang yang agak pendiam kecuali bila dirangsang. Seterusnya ialah sensing or intuitive. Sensing adalah mereka yang bersikap praktikal dan suka ambil kira semua benda walaupun hal yang sangat kecil dan tak penting. Jenis yang terlalu fokus dan terperinci. Manakala bagi yang intuitive pula, dia tak suka benda yang remeh-temeh tapi lebih global dan berfikiran terbuka. Personaliti jenis ni adalah seperti yang ada pada diri aku. Tapi kadang-kadang aku pun boleh jadi sensing dalam keadaan yang tertentu. Kategori thinking vs feeling membezakan personaliti seseorang dari segi cara mereka membuat keputusan atau bertindak. Orang yang dikategorikan sebagai thinking adalah mereka yang suka buat keputusan berdasarkan fakta iaitu dengan menggunakan logik dan akal. Manakala mereka yang feeling pula adalah jenis yang bergantung pada emosi dan nilai moral dalam bertindak dan melakukan sesuatu seperti aku. Aku seorang yang feeling sebab aku ni jenis yang pentingkan perasaan orang lain dan tinggi daya simpati. Akhir sekali ialah judging vs perceiving. Judging adalah orang yang sistematik dan tersusun dalam sagala hal berbeza dengan perceiving yang lebih fleksibel dan spontan. Aku rasa aku ni jenis yang lebih kepada perceiving sebab aku lebih suka buat sesuatu ikut suka hati je dan tak tersusun. Kadang-kadang kalau buat jadual belajar sendiri pun aku bukannya ikut. Sehari je jalan, lepas tu dah berterabur balik.


   Dalam The Big-Five Model pula ada lima komponen personaliti yang dinilai iaitu extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotional stability, dan openness to experience. Extroversion ialah tahap seseorang selesa dalam perhubungan. Agreeableness pula maksudnya bergantung kepada kecenderungan individu untuk mengundurkan orang lain. Manakala conscientiousness mengukur kebolehpercayaan dan emotional stability ialah menoreh kebolehan seseorang melawan stress. Yang terakhir ialah openness to experience iaitu ditujukan kepada jarak individu yang menarik dan mempesona.



   Kesimpulannya, setiap orang ada personaliti yang berbeza. Kita tak sama dari segi reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama. Perbezaan ni ada kaitan dengan personaliti kita. Oleh itu, emosi & personaliti berguna dari segi membezakan individu. Emosi dan personaliti kita berperanan dalam menentukan reaksi terhadap affek. Emosi dan personaliti adalah saling berkait. end#


No comments:

Post a Comment