Saturday 25 September 2010

A134147nurulLJ09



 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,.

                Pada sesi pembelajaran baru-baru ini saya telah mempelajari mengenai emosi dan personaliti. Objektif bagi tajuk ini ialah untuk memahami pendekatan pengelasan emosi mengikut jenis dan intensiti dan juga untuk memahami perhubungan di antara emosi, personaliti, dan tingkahlaku. Emosi terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu perasaan, perubahan tubuh, dan kecenderungan tindakan. Manusia berbeza dari segi reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama. Perbezaan ini ada kaitan dengan personaliti seseorang itu. Oleh itu, emosi dan personaliti berguna dari segi membezakan individu.

                Myers-Briggs Type adalah satu indicator yang digunakan untuk menilai dan mengukur emosi seseorang. Ia diklasifikasikan kepada extroverted atau introverted, sensing atau intuitive, thinking atau feeling, dan judging atau perceiving. Extroverted adalah sikap yang suka bersosial, tegas, dan suka menonjolkan diri. Introverted adalah sikap yang pendiam, pemalu, dan suka bersendirian. Sensing atau sensitif adalah seorang yang suka pada benda-benda yang detail, dan juga cerewet. Intuitive pula adalah seorang yang tidak mengambil kisah dan memandang sesuatu itu dengan pandangan yang luas. Manakala, thinking pula adalah untuk individu yang suka berfikir mengenai sebab dan logic untuk mengawal sesuatu masalah. Feeling pula adalah untuk individu yang jenis suka menilai sesuatu menggunakan emosi mereka. Seterusnya, judging pula adalah untuk individu yang suka mengawal dan suka dunia yang teratur dan perceiving pula adalah jenis yang fleksibel dan spontan.

                Selain itu, personaliti seseorang juga boleh diukur menggunakan The Big-Five Model. Ia terbahagi kepada lima komponen iaitu extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotional stability dan openness to experience. Extroversion adalah seseorang yang selesa bergaul dan bersosial. Agreeableness pula jenis seorang yang tidak mudsesi pembelajaran baru-baru ini saya telah mempelajari mengenai emosi dan personaliti. Objektif bagi tajuk ini ialah untuk memahami pendekatan pengelasan emosi mengikut jenis dan intensiti dan juga untuk memahami perhubungan di antara emosi, personaliti, dan tingkahlaku. Emosi terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu perasaan, perubahan tubuh, dan kecenderungan tindakan. Manusia berbeza dari segi reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama. Perbezaan ini ada kaitan dengan personaliti seseorang itu. Oleh itu, emosi dan personaliti berguna dari segi membezakan individu.

                Myers-Briggs Type adalah satu indicator yang digunakan untuk menilai dan mengukur emosi seseorang. Ia diklasifikasikan kepada extroverted atau introverted, sensing atau intuitive, thinking atau feeling, dan judging atau perceiving. Extroverted adalah sikap yang suka bersosial, tegas, dan suka menonjolkan diri. Introverted adalah sikap yang pendiam, pemalu, dan suka bersendirian. Sensing atau sensitif adalah seorang yang suka pada benda-benda yang detail, dan juga cerewet. Intuitive pula adalah seorang yang tidak mengambil kisah dan memandang sesuatu itu dengan pandangan yang luas. Manakala, thinking pula adalah untuk individu yang suka berfikir mengenai sebab dan logic untuk mengawal sesuatu masalah. Feeling pula adalah untuk individu yang jenis suka menilai sesuatu menggunakan emosi mereka. Seterusnya, judging pula adalah untuk individu yang suka mengawal dan suka dunia yang teratur dan perceiving pula adalah jenis yang fleksibel dan spontan.

                Selain itu, personaliti seseorang juga boleh diukur menggunakan The Big-Five Model. Ia terbahagi kepada lima komponen iaitu extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotional stability dan openness to experience. Extroversion adalah seseorang yang selesa bergaul dan bersosial. Agreeableness pula jenis seorang yang tidak mudah bersetuju dengan individu lain atau suka membantah. Emotional stability adalah jenis seorang yang tabah dan tahan dengan masalah yang menimpanya.

                Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan dari apa yang telah saya pelajari pada minggu ini. Sesungguhnya setiap individu mempunyai sikap dan personality yang berbeza. Inilah yang dikatakan hebatnya kuasa Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment