Saturday 25 September 2010

A133500 Ng Sin Mun LJ09

Katakan pada suatu hari seorang kawan telah berkata sesuatu yang menyakitkan hati kamu. Kamu akan berasa sakit hati kerana kata-katanya yang berduri, akan tetapi kawan kamu itu mungkin tidak berfikir macam begitu. Dia mungkin berpendapat bahawa kata-kata tersebut adalah biasa. Reaksi emosi seseorang terhadap sesuatu situasi bergantung kepada personalitinya. Oleh itu, emosi dan personaliti adalah penting untuk kita supaya menggambarkan sifat seseorang mahupun diri atau orang lain serta menentukan reaksi kita terhadap sesuatu rangsangan.

Personaliti merupakan kombinasi tret-tret psikologikal yang digunakan untuk membezakan seseorang dari segi sifatnya, contohnya seseorang yang selalu senyum akan dikenali sebagai seorang yang periang. Walaubagaimanapun, tret-tret psikologikal yang boleh dibincangkan dan digunakan adalah terlampau banyak, justeru sesebuah sistem diperlukan untuk melabelkan personaliti seseorang. Antara ujian pengkelasan personaliti yang paling biasa digunakan ialah Myers-Briggs Type Indicator. Pengkelasan ini membahagikan personaliti seseorang kepada empat kelas: Extrovert or Introvert, Sensing or Intuitive, Thinking or Feeling dan Judging or Perceiving.

Seseorang yang ekstrovert suka bergaul dengan orang lain manakala seseorang yang introvert lebih pemalu dan berdiam diri. Sensing or Intuitive pula membezakan cara seseorang melihat sesuatu perkara. Orang dalam kelas Sensing biasa menitikberatkan maklumat terperinci dan bersifat praktikal dalam tindakan. Mereka suka menilai sama ada sesuatu tindakan wajar dibuat sebelum melakukannya. Orang dalam kelas Intuitive pula suka mengikut gerak hati dan melihat sesuatu perkara secara keseluruhannya. Pada pendapat saya orang dalam kelas Sensing mungkin lebih periang kerana mereka biasa mengikut gerak hati dan oleh itu jarang membuat perkara yang tidak disukai.

Seseorang dalam kelas Thinking sentiasa menangani masalah dengan alasan dan logik berbanding dengan orang dalam kelas Feeling yang lebih mengutamakan nilai pandangan dan emosi sendiri. Justeru, seseorang dalam kelas Thinking dipercayai dapat menangani masalah secara lebih adil dan kurang mementingkan diri sendiri. Orang dalam kelas Judging gemar mengawal dan menginginkan keadaan sekeliling yang kemas, berstruktur dan teratur, manakala seseorang yang Perceiving adalah lebih fleksibel dan spontan dalam kehidupan mereka.

Selain itu, The Big-Five Model juga digunakan untuk membezakan personaliti melalui 5 aspek personaliti iaitu Tahap Ekstroversi, Keramahan, Tahap Kepercayaan, Kestabilan Emosi dan Keterbukaan terhadap Pengalaman. Tahap Ekstroversi mengukur tahap keselesaan seseorang terhadap hubungan sosial dan komunikasi. Keramahan mengukur kecenderungan seseorang untuk terikut-ikut dengan pendapat orang lain. Seseorang yang mempunyai Tahap Kepercayaan yang tinggi adalah lebih dipercayai oleh orang lain kerana mereka lebih patuh terhadap janji. Kestabilan Emosi menentukan keupayaan seseorang untuk menangani stres. Akhir sekali, Keterbukaan terhadap Pengalaman menjadikan seseorang sentiasa berminat terhadap dunia luar dan bersifat ingin tahu terhadap sesuatu yang baru.

Begitulah akhirnya jurnal saya pada minggu ini yang bertajuk Emosi dan Personaliti.

No comments:

Post a Comment