Wednesday 1 September 2010

A134284 NG EAIN YI LJ07

Adakah emosi dapat dikaitkan dengan ingatan? Inilah tajuk kami bagi kuliah minggu ini. Menurut satu kajian yang telah dijalankan, emosi yang terbangkit menjadikan sesuatu perkara mudah diingati, dan bukannya signifikasi peribadi seseorang itu dalam perkara tersebut. Peristiwa yang melibatkan emosi biasanya akan menjadi lebih senang untuk diingati, di mana perkara yang menyenangkan akan menjadi lebih senang untuk diingati berbanding dengan perkara yang sedih dan tidak menyenangkan. Hal ini dapat dikaitkan dengan pengalaman diri saya dengan kawan-kawan saya. Apabila kami ditanya oleh orang lain :"Kamu ingat tak dulu kamu pernah bergaduh dan tidak pernah cakap selama beberapa minggu?", kami akan menjawab tidak. Tetapi apabila ditanya : "Kamu ingat tak pelancongan kami bersama ke Genting Hinghlands?" Kami akan bercakap tentangnya tanpa henti. Ini adalah kerana demi persahabatan kami, perkara yang tidak menyenangkan tidak akan disimpan dalam  hati. Kenangan yang gembira sahaja akan kami ingati. Atas sebab perasaan kami yang amat gembira semasa melancong bersama, kenangan itu menjadi indah. Kebangkitan emosi, bukan kepentingan sesuatu informasi yang membantu dalam ingatan seseorang.

Seterusnya, emosi juga dapat dikaitkan dengan "mood". "Mood" merupakan keadaan emosi semasa menghasil dan menerima maklumat. "Mood" akan mempengaruhi apa yang dinampak dan dihasil. Terdapat 2 jenis kesan, iaitu "congruence mood" atau kesesuaian "mood" dan "mood dependent" atau "mood" bergantungan.

"Mood congruence" adalah di mana kami menginati sesuatu berdasarkan "mood" kita pada masa itu. Apabila kami berasa sedih, lirik lagu yang sedih dapat diingati semasa kami memainkannya. Sebaliknya, apabila kami berasa gembira, kami tidak akan mendengar lirik lagu yang sedih, kami akan mencari lagu yang gembira dan menyeronokan dan menyanyi bersama.

"Mood dependent" pula merujuk kepada fakta di mana proses peringatan adalah lebih senang apabila perkara itu membangkitkan "mood" kami semasa mengalami perkara itu atau apabila belajar tentang perkara itu. Sebagai contoh, kami berasa menarik apabila pensyarah menggunakan gambar-gambar visual untuk menjelaskan tentang sesuatu topik seperti kuman. Apabila membaca tentang kuman dalam buku, kami dapat mengaitkan dengan emosi kami semasa kuliah tersebut dan mengingati fakta-fakta yang dijelaskan oleh pensyarah.

Satu kajian telah dilakukan dan mengesahkan bahawa ingatan seseorang adalah lebih lemah apabila emosi tidak ditunjukkan. Semasa melihat satu tayangan video yang melucukan, jikalau tidak gelak dan menunjukkan emosi, kami tidak akan ingat tentang apa yang telah ditayangkan. Sama juga dengan tayangan video yang sedih seperti "Titanic", sekiranya tidak melibatkan emosi diri dan menitiskan air mata, kami tidak akan ingat tentang kisah itu. Namun demikian, kami tidak boleh membuat anggapan bahawa emosi mempengaruhi ingatan. Sifat emosi yang dirasai oleh seseorang adalah berbeza antara manusia.

Selain itu, pengalaman emosi yang kuat dapat meninggalkan kesan yang mendalam dalam ingatan seseorang. Contohnya, hari perkahwinan merupakan hari yang paling bahagia bagi ramai pasangan kekasih. Kebahagiaan itu sukar dilupakan buat selama-lamanya. Sehinggalah usia meningkat, gigi mereka hanya tinggal dua, rambut mereka sudah pun beruban, mereka masih dapat ingat tentang perkara yang berlaku pada hari itu. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa penglibatan emosi yang sangat kuat, dapat meninggalkan ingatan yang mendalam pada seseorang.

Ingatan emosional  dikatakan berbeza dalam lelaki dan wanita. Usia juga menjadi satu faktor kepada ingatan emosional. Wanita dikatakan lebih baik dalam mengingati memori emosional. Ini menyatakan bahawa wanita adalah lebih senang dipengaruhi oleh kandungan emosional. Saya masih ingat lagi tiap-tiap kali mendengar lagu yang menyentuh hati atau melihat tayangan yang sedih, tangisan air mata saya akan mengalir secara otomatik, emosi saya telah terikat pada tayangan-tayangan dan lagu-lagu tersebut.

Walaubagaimanapun, ini hanya merupakan stereotaip. Semua manusia dikurniakan dengan emosi. Walaupun lelaki merupakan jantina yang lebih kuat dan berkelakian, lelaki juga mempunyai ketika di mana mereka juga akan mengalirkan tangisan air mata. Saya telah melihat tangisan air mata ayah saya yang pertama pada hari peninggalan datuk saya. Walaupun hanya setitik atau dua, perkara ini telah mengingatkan saya bahawa, lelaki juga manusia yang beremosi.

No comments:

Post a Comment