Wednesday 1 September 2010

A128529 AINU LJO7

Kuliah ketujuh bagi Pengurusan Emosi adalah pada 1 September 2010. Pada kali ini, kami mempelajari tentang emosi, ingatan dan pembelajaran.

              Objektif utama pembelajari dalam kuliah pada kali ini adalah untuk memahami bagaimana emosi dan pembelajaran saling berkaitan antara satu sama lain. Pada permulaan pembelajaran, kami didedahkan kepada bahagian otank yang menghubungkan antara emosi dengan ingatan. Bahagian pertama adalah amygdale dan turut dikenali sebagai emo significant. Fungsi utama bahagian ini adalah untuk mengira sejauh mana kpentingan emosi terhadap peristiwa dan bagaimana bahagian ini menghubungkan kepada minda yang berkaitan dengan emosi. Ia turut mengawal pengaruh emosi keatas persepsi, yang menyedarkan kita kepada peristiwa emosi walaupun pada ketika itu, kita tidak memberikan perhatian sepenuhnya. Bahagian ini juga dapat meramalkan sebarang memori dan turut bertindak untuk menyimpan maklumat. Ini bermakna, apabila seseorang itu berdepan dengan rangsangan baru, maka dia akan bertindak. Bahagian seterusnya pula adalah cerebellum (motor,strong emo, long term memory of fear). Bahagian ini mempunyai kemahiran dalam menyelaraskan sebarang pergerakan kita. Ia turut membantu kita mengingati perkara yang mempunyai nilai emosi yang tinggi. Dan bahagian terakhir pula adalah prefrontal cortex (mod+cog). Prefrontal cortex ini dipengaruhi oleh gabungan yang dimainkan oleh mood state dan cognitive stage. Dalam ringkasannya disini, kita dapat lihat bahawa kejadian-kejadian yang mempunyai emosi yang tinggi akan lebih diingati berbanding sesuatu peristiwa yang tidak mempunyai nilai emosi. Sebagai contohnya, apabila seorang perempuan, pertama kalinya jatuh cinta dan pertama kali juga menerima hadiah hari lahir daripada teman lelakinya. Maka, ini akan meninggalkan ingatan yang lama dalam dirinya memandangkan itu adalah pertama kalinya dia menerima hadiah dari seorang lelaki. Contoh seterusnya pula adalah kejadian Tsunami di Acheh. Kejadian tersebut meninggalkan kesan yang mendalam terhadap seluruh penduduk didunia memandangkan ianya telah meragut beribu-ribu nyawa. Dan kesan tersebut lebih dirasai oleh mangsa-mangsa yang telah kehilangan orang yang tersayang akibat daripada kejadian itu. Dan inilah yang dimaksudkan dengan "kejadian yang mempunyai emosi yang tinggi akan diingati berbanding dengan kejadian yang tidak mempunyai emosi".

              Emosi yang positif ternyata lebih akan diingati berbanding dengan emosi negatif, contonhnya adalah putus cinta. Tiada siap pun yang mahu mengimbau kembali kenangan sewaktu putus cinta memandangkan peistiwa itu amat menyedihkan. Emosi yang kuat pula dapat mengurangkan ingatan kita terhadap peristiwa yang kurang daripada nilai emosi. Maklumat yang penting tidak semestinya kita akan ingat, tetapi jikalau kita letakkan emosi, maka kita akan mudah untuk mengingati. Dalam The effect of emotional content,kita mestilah mengingati sesuatu peristiwa yang gembira berbanding yang membosankan. Dan kita dapat lihat juga, orang yang lebih tua ternyata lebih bijak mengawal emosi berbanding dengan orang yang lebih mudah yang cenderung untuk mengikut perasaan semata-mata. The effect of mood pula memperlihatkan bagaimana keadaan emosi kita ketika kita mendapat maklumat. Ia terbahagi kepada 2 iaitu mood congruence dan mood dependence. Secara ringkasnya, adalah lebih mudah jika mood dan emosi anda adalah berpadanan dengan apa yang kita pelajari. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu belajar dalam keadaan yang terpaksa, maka dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap apa yang dipelajari. Maka cubalah untuk belajar dalam keadaan yang gembira dan tenang, maka apa yang kita pelajari pasti akan senang untuk diingati. Selain daripada itu, apabila kita sayang akan seseorang, maka kita akan mudah mengingati apa sahaja berkaitan dengannya secara detail. Emosi juga membolehkan seseorang itu mengingati tentang sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam age, and gender differences memperlihatkan bagaimana seorang perempuan ternyata mempunyai ingatan yang lebih baik berbanding seorang lelaki, Wanita lebih baik dalam mengingati peristiwa yang berunsur emosi. Sebagai contohnya, pak cik saya seringkali melupakan tarikh ulangtahun perkahwinannya, sedangkan mak cik saya tidak pernah melupai peristiwa tersebut.

              Kesimpulannya, kita dapat lihat bahawa sesuatu peristiwa pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam apabila terdapatnya  unsur emosi dalam peristiwa tersebut.#END


No comments:

Post a Comment