Sunday 19 September 2010

A134147 Nurul LJ08

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

                Pada tajuk ke lapan yang dipelajari baru-baru ini, saya telah mempelajari mengenai emosi dan motivasi. Sesi pembelajaran kali ini agak berbeza dgn yang selalu kerana kami mempelajari mengenai tajuk ini melalui audio yang telah disediakan bersama-sama dengan slides show. Objektif bagi tajuk ini ialah untuk memahami apa itu motivasi dan memahami perhubungan di antara emosi dan motivasi.

                Emosi dibahagikan kepada empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkah laku berkaitan. Oleh kerana perasaan adalah salah satu daripada komponen emosi, hal ini menunjukkan emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Emosi tidak dapat dipisahkan dengan motivasi (Baron & Logan, 1993). Menurut Lang et al, 1992 pula emosi adalah sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosinal.

                Tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong. Contohnya, kita makan disebabkan kita berasa lapar bukan disebabkan emosi. Kebanyakan tingkah laku didorong oleh emosi. Contohnya, seseorang itu membeli hadiah untuk dihadiahkan kepada ibu atau bapa mereka kerana didorong oleh emosi. Jika berada di rumah saya gemar melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah, mengemas, membasuh pinggan mangkuk dan lain-lain  kerana emosi saya terhadap ibu saya. Saya mahu ringankan sedikit beban ibu saya dan jika tidak melakukan kerja-kerja tersebut saya akan berasa sangat kasihankan ibu saya.

                Emosi dapat mengkomunikasikan niat kita, hasrat kita, dan perasaan kita kepada orang lain. Emosi akan mencetuskan keadaan yang menyebabkan kita supaya melakukan sesuatu. Emosi pula adalah di mana kita memilih tindakan-tindakan yang perlu dilakukan. Contohnya samaada kita memilih fight atau flight. Fight bermaksud melawan manakala flight ialah melarikan diri. Misalnya apabila berhadapan dengan penjenayah yang berbadan kurus dan kecil, kita akan memilih fight  manakala apabila berhadapan dengan penjenayah berbadan tegap dan besar, kita akan memilih flight agar dapat menyelamatkan diri kita. Motivasi adalah apa yang membuatkan seseorang itu melakukan sesuatu perkara.Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan di sini. Wassalam.

No comments:

Post a Comment