Monday 20 September 2010

A130725 MAIZATUL AKMAL LJ07

Emosi kadang-kadang meninggalkan kesan dalam hidup seseorang individu, kerana ia
memberikan tamparan yang kadang kala menjadi truma dalam hidupnya, namun
selalunya emosi yang positif lebih menjadi kenangan dalam hidup seseorang
berbanding emosi negatif yang ingin dilupakan, kerana emosi negetif akan
memberi tekanan yang tinggi dan meninggalkan kenangan buruk yang selalunya
menjejaskan aktiviti kehidupan seharian selepas itu. Namun ada kalanya
pengalaman buruk ini juga berguna, kerana ia akan menjadi peringatan yang
berguna dan boleh menjadikan seseorang itu berhati-hati dalam mengambil langkah
supaya perkara yang serupa tidak lagi berlaku.
Pengalaman hidup sememangnya mengajar kita. Menjadi seorang yang lebih matang
dan bersedia dalam menghadapi dugaan dan cabaran seterusnya. Untuk melihat
dengan lebih nyata, satu contoh yang saya ambil adalah dari pembacaan saya
daripada majalah wanita edisi 27 ogos hingga 2 september. Dimana didalamnya
memaparkan kisah berkahwinan antara Maizawati dan Yassin. Jika kita ingati
Maizawati adalah bekas isteri kepada Akhil Hayy pada sebelumnya. Saya
menggambarkan, perkahwinan ini menjadi satu ingatan yang kuat dalam hidup
Mizawati setelah perkahwinannya yang sebelumnya gagal diselamatkan dan berharap
perkahwinannya kali ini lebih bahagia berbanding
Lebih bermakna lagi, majlis itu lebih menjadi lebih memberi kegembiraan
kepadanya, kerana perkahwinan iti dinikahi sendiri oleh ayahnya dan belaiau juga
diapit oleh keenam-enam cahaya matanya hasil perkahwinan yang terdahulu. Mungkin
terlalu jauh kita melihat kepada contoh tersebut kerana mereka berada dalam
dunia glamor sedangkan kita hanya kelompok masyarakat biasa. Contoh pada
pengalamakan sendiri, saya mempunyai adik beradik yang agak ramai. Tika
semuanya berkumpul pelbagai kerenah boleh dilihat, kadang-kadang boleh
menyakitkan kepala. Ada kalanya marah, gembira, sedih, geram, Tetapi akhirnya
emosi yang pelbagai itu menjadi ingatan yang kukuh setelah berada jauh dari
keluarga. Akhirnya menggamit kerinduan.
Semua ingatan ada emosinya, tetepi bukan semua emosi meninggalkan ingatan dalam
hidup manusia. bagi kanak-kanak yang didera oleh bapanya sebagai contoh, tekanan
emosi yang dialami menyebabkan mereka berusaha untuk melupakan emosi yang pernah
mereka alami, mereka berusaha melepaskan diri daripada ingatan yang
kadang-kadang hadir tanpa diundang. Emosi ini selalunya mampu mengubah
personality indvidu tersebut menjadi seorang individu yang pasif dan cenderung
menjadi manusia yang negetif. Hal ini disebabkan emosi yng dialami menjadi
ingatan yang berpanjangan yang seakan-akan menjadi penanda dalam hidup mereka
bahawa lelaki akan memberi masalah kepada mereka. Kerana sejak kecil mereka
didera oleh ayah mereka dimana merupakan seorang lelaki.

Kesimpulannya, emosi yang meninggalkan ingatan kadang-kadang memberi kabahagian
dan kadang kali meninggalkan kesedihan pada setiap individu. Setiap individu
tersebut haruslah pandai menilai dan memperkuatkan diri dalam menempuhi pelbagai
cubaan hidup, hatta sekalipun hanya satu ingatan yang silam. Setiap kenangan
yang menyedihkan haruskan dijadikan pengajran semata-mata, bukan sebagai satu
ingatan yang boleh menghancurkan masa hadapan, seperti yang tertulis dalab buku
La Tahzan ada menyatakan 'jangan masukkan setiap peristiwa ke dalam hati" kerana
ia hanya akan menjadikan jiwa kamu tidak tenteram dan sikap ini akan
mempengaruhi rutin harian setiap individu tersebut.

No comments:

Post a Comment