Friday 24 September 2010

A134116 GOH KOK THAI LJ09

      Salam sejahtera, salam SATU UKM, dan salam SATU MALAYSIA. Kuliah pengurusan emosi pada minggu ini merupakan Tajuk yang ke-9, iaitu Emosi dan Personaliti. Dengan menguasai bab ini kami dapat memahami pendekatan pengelasan emosi mengikut jenis dan intensi. Selain itu, kami juga dapat memahami perhubungan di antara emosi, personality dan tingkahlaku. Terdapat tiga komponen utama dalam emosi, iaitu perasaan, perubahan tubuh, dan kecederungan tindakan. Manusia berbeza dari segi reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama. Perbezaan ini ada kaitan dengan personaliti individu. Oleh itu, emosi & personaliti berguna dari segi membezakan individu. Emosi & personaliti berperanan dalam menentukan reaksi terhadap affek (affects).

    

     Dalam personaliti pula,ia dapat didefinisikan sebagai The combination of psychological traits we use to classify & describe a person in terms of characteristics such as quiet, passive, loud,aggressive, dan sbagainya. Myers-Briggs Type Indicator  merupakan kaedah mengukur emosi yang paling sering digunakan oleh dunia. Manusia diclassificasikan di bawah extrovert or introvert(E or I), sensing or intuitive(S or N), thinking or feeling(T or F) dan judging or perceiving(J or P). Jadi, dengan 8 jenis sikap yang berbeza ini, kami akan mendapat 16 jenis personaliti sebagai contoh ENTJ,INFP dan juga ESFP. Extrovert bermaksud seseoarng itu akan sentiasa bercampur dengan kawan,ingin menunjukkan diri sebagai wujud dalam masyarakat manakala introvert bermaksud seseorang itu bersikap malu, kurang suka bercampur dengan kawan dan sentiasa berdiam diri. Sensing bermaksud individu tersebut ninat data yang teliti manakala intuitive bermaksud individu itu lebih suka dengan data yang permukaan atau gambar yang besar. Thinking bermaksud seseorang itu menyelesaikan masalah dengan logik manakala feeling pula bermaksud seseorang itu menyelesaikan masalah dengan perasaan emosi sendiri. Judging bermaksud seseorang itu suka mengawal keadaan dan mempunyai kehidupan yang teratur manakala perceiving bermaksud seseorang itu tidak ketatkan kehidupannya. Dengan melakukan test-test yang berkaitan dengan indicator ini, saya merupakan jenis ENTJ. Saya suka berkawan dan suka berada dengan kawan. Ini akan membuat saya gembira ketika bersembang atau berbincang dengan kawan. Saya lebih suka data yang berdasarkan gambar, mungkin disebabkan berkaitan dengan segi akademik kerana data atau infomasi yang dalam bentuk gambar lebih senang diingati dan tidak muda dilupakan. Saya serius dalam buat kerja tetapi juga enjoy semasa berseronok. Saya tidak suka bercampur kerja dengan main. Waktu kerja, kerja sahaja manakala waktu main, main dengan sepuas hatinya.

 

     Selain itu, the Big Five Model iaitu menlibatkan extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotion stability, dan openness to experience. Extroversion bermaksud seseorang itu akan gembira ketika berada dalam kalangan kawannya. Agreeableness bermaksud propensity seseorang itu untuk tidak setuju dengan orang lain. Conscientiousness bermaksud a measure of reliability. Emotional stability bermaksud kemampuan seseorang menangani tekanannya. Openness experience bermaksud seseoarng itu sedia menerima sesuatu yang baru. Sekian, terima kasih.#END

 

 

No comments:

Post a Comment