Friday 24 September 2010

A132529 Siti Nurliyana LJ09

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Prof Zamri. Tajuk kuliah pada minggu ini menyentuh tentang topik jenis-jenis  personaliti atau perwatakan yang wujud bagi manusia. Personaliti, atau juga dikenali sebagai sahsiah, tabiat dan perwatakan membawa maksud aspek ciri-ciri yang dinampakkan oleh seseorang itu kepada orang lain. Dalam erti kata lain, karekter yang ditonjolkan secara visual yang menggambarkan dirinya secara dalaman.

Terdapat banyak perwatakan yang wujud di dunia ini dan ianya boleh dikelaskan melalui berbagai bagai cara. Antara cara pengkelasan yang paling sering digunakan ialah melalui istilah 'The Big Five'. Istilah ini merangkumi 5 personaliti yang utama dalam diri manusia. Antaranya termasuklah 'openness', 'conscientiousness', 'extraversion', 'neuroticism' dan juga 'agreeableness'. Contoh orang yang mempunyai ciri 'openness' ialah seorang yang gemar mencuba perkara baru dan bersikap terbuka terhadap perubahan dalam hidupnya. 'Conscientiousness' pula bererti sifat bertanggungjawab atau berdisiplin. Orang yang suka menjadi bualan khalayak ramai dan menjadi tumpuan umum pula termasuk dalam kategori 'extraversion'. 'Neuroticism' pula bermaksud mudah terganggu dari segi emosi dan juga tumpuan. Dan akhir sekali orang yang mempunyai sikap 'agreeableness' amat disenangi oleh orang lain kerana sikapnya yang bertimbangrasa dan tidak mementingkan diri sendiri.

'Myers-Briggs Type Indicator' adalah salah satu instrumen yang seringkali digunakan dalam menentu dan mengkategorikan personality seseorang individu itu. Pada asalnya teori ini diilhamkan oleh Carl Gustav Jung, seorang pakar psikologi dari Negara Switzerland pada tahun 1921. Carl Jung juga merupakan antara kenalan rapat Sigmund Freud sejak tahun 1906, ketika mereka bertemu di Vienna. Freud adalah antara tokoh tersohor dalam bidang psikologi dan beliau telah banyak membantu perkembangan kefahaman terhadap ilmu psikologi ini.

Selain 'Big Five', antara kaedah pengkelasan yang terkenal ialah Type A dan Type B. Atau juga boleh dikatakan sebagai golongan yang 'extrovert' dan 'introvert'. Secara amnya, extrovert dikatakan sebagai mereka yang sukakan aktiviti social dan keramaian. Golongan ini mendapat kepuasan dengan perkara-perkara yang menyeronokkan dan bising seperti majlis keramaian dan pusat beli-belah. Orang-orang yang extrovert atau juga dikenali sebagai extravert seringkali mendapat perhatian dalam apa saja kerja yang mereka jalankan sehingga sudah menjadi paradigm bahawa golongan extrovert adalah lebih berjaya dan diidamkan dalam dunia yang penuh persaingan ini. Namun begitu, golongan introvert tidak boleh dipandang ringan.

Introvert selalu disalah ertikan sebagai golongan yang pemalu dan tidak pandai bersosial mahupun berkomunikasi dengan orang. Hal ini sebenarnya tidak tepat. Golongan introvert bukanlah tidak mampu berfungsi dalam keadaan riuh rendah tetapi mereka lebih suka akan privasi mereka sendiri. Untuk membezakan introvert dengan orang yang pemalu, jika di sebuah majlis ada beberapa orang yang duduk keseorangan tanpa bergaul, si pemalu berbuat demikian kerana rasa tidak selesa dengan orang yang tidak dikenali dan tidak pandai bersosial. Si introvert pula berbuat begitu atas pilihannya sendiri kerana privasinya lebih menyenangkan. Sebelum mereka bercakap atau membuat apa-apa tindakan, mereka sentiasa memikirkan dulu kerelevenan pilihan mereka itu. Walau bagaimanapun, hal ini bukan lah sesuatu yang patut dinilai sebagai sesuatu yang negatif. Kita perlu terima kenyataan yang sesetengah orang dilahirkan extrovert manakala sesetengah lagi introvert. Kedua-dua golongan ini mampu berfungsi dengan baik dalam masyarakat umum.

Memang terdapat berbagai-bagai personality dalam dunia ini dan bagi setiap individu itu, dia tidak termaktub kepada satu saja emosi. Seorang yang pada generalnya bersifat introvert boleh juga mempunyai perwatakan extrovert dan begitu juga sebaliknya. Atas sebab inilah dunia ini dipenuhi dengan perwatakan-perwatakan yang menarik dan tiada dua manusia mempunyai perwatakan yang betul-betul sama.

No comments:

Post a Comment