Thursday 30 September 2010

a133832 nurul lj10

Kebijaksanaan merupakan satu elemen yang penting dalam menguruskan emosi dan menyelesaikan masalah kerana boleh memperlihatkan keprofesionalan seseorang . Sering kali orang berkata-kata apabila bertindak jangan terlalu mengikut emosi kerana kadang-kadang tindak-tanduk yang berlandaskan emosi semata-mata akan memakan diri sendiri. Kuliah pada kali ini memberi penekanan tentang pengurusan emosi yang mana boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutama para pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir semester akhir agar dapat mengawal emosi mereka dengan bijak dan menjauhi tekanan, barulah dapat belajar dengan baik. Sebelum kuliah dimulakan, kami terlebih dahulu diuji untuk mengenal pasti emosi seseorang berdasarkan ekspresi wajah mereka dan ternyata susah juga untuk kita menilai dan mentafsirkan perasaan seseorang kerana tidak mengekspresikan sepenuhnya perasaan mereka melalui wajah.

                Pengurusan emosi didefinisikan sebagai cara seseorang mengawal dan mempengaruhi perasaan dan ekspresi mereka serta cara mereka mempengaruhi perasaan masyarakat sekeliling. Kebijaksanaan emosi pula mengikut kata Salovery & Mayer (1990), merupakan kebolehan seseorang untuk mengawasi perasaan dan emosi diri sendiri serta orang lain, membezakan dalam kalangan mereka dan menggunakan pengetahuan ini untuk memandu pemikiran dan aksi seseorang. Beberapa model dikaitkan dengan kebijaksanaan emosi (Expressions Intelligence), antaranya ialah Ability Based Model, The Emotional C ompentencies (Goleman) Model, The Bar-On Model of Emotionla-Social Intelligence (ESI) dan The Trait El Model.

                Ability Based Model  mendefinisikan kebolehan untuk merasai emosi, mengintergrasikan emosi untuk memudahkan pemikiran, memahami emosi, dan mengawal emosi  untuk menggalakkan perkembangan individu. Model ini menyatakan bahawa setiap individu adalah berbeza dari segi kemampuan memproses maklumat tentang emosi dan kemampuannya menghubungkan pemprosesan emosi kepada kognisi yang luas yang dapat dilihat dalam tingkah laku. Terdapat empat jenis kemampuan dalam EQ iaitu perceiving emotions (mengenalpasti emosi), using emotions (menggunakan emosi), understanding emotions (memahami emosi) dan managing emotions (mengurus emosi). Perceiving emotions merupakan aspek utama dalam kebijaksanaan emosi dan da seseorang yang mempunyai EQ dapat mentaksir emosi seseorang melalui wajah, gambar, video dan budaya artifak. Dalam hal ini saya teringatkan ayah saya yang sangat pandai mentaksir ekspresi wajah anak-anaknya, sebab itulah saya dan adik-beradik yang lain tidak dapat menyembunyikan sebarang perkara dari pengetahuannya. Sekiranya salah seorang daripada bersedih, dia akan keluar membeli makanan yang banyak dan kami akan makan beramai-ramai dan mengembalikan semula kegembiraan.

                Kemampuan kedua pula ialah menggunakan emosi untuk memudahkan pelbagai aktiviti kognitif seperti berfikir dan menyelesaikan masalah. Manakala memahami emosi pula merupakan satu perkara yang amat penting kerana ia melibatkan hati dan perasaan seseorang. Kalau emosi tidak difahami dengan sebaik mungkin pasti akan mengeruhkan lagi perasaan seseorang serta akan melibatkan pergaduhan. Pernah sekali ketika tingkatan 3 apabila dua orang kawan saya bermasam muka gara-gara mereka tidak memahami perasaan masing-masing. Maklumlah ketika itu kami semua tertekan kerana peperiksaan semakin hampir dan kebimbangan amat ketara diekspresikan pada wajah masing-masing dan pada saya, saat-saat beginilah setiap orang perlu memahami emosi sendiri serta orang lain. Kemampuan ya ng terakhir pula ialah menguruskan emosi, setiap maklamat dan impian akan tercapai sekiranya seseorang individu dapat menguruskan emosi dengan baik. Sudah sering kali kita dihebohkan dengan berita pelajar bunuh diri kerana tertekan sama ada masalah itu datang dari pelajaran, keluarga atau cinta, hal ini kerana mereka tidak bijak dalam menguruskan emosi lantas ianya memakn diri sendiri.

                Selain itu, Emotional Competencies Model yang diperkenalkan oleh Daniel Goleman yang merujuk kepada kebolehan seseorang untuk mengekspresikan emosi mereka pada wajah. Sekiranya seseorang itu berada dalam kalangan orang yang sedang beremosi, individu tersebut dapat mengawal emosinya serta emosi diri sendiri malah individu tersebut juga dapat mengawal emosi orang lain dengan cara interaksi yang baik barulah dikatakan mempunyai EQ. Dalam model ini terdapat 4 aspek iaitu kesedaran diri (self-awareness), kesedaran emosi (emotional awareness), pengurusan diri (self-management) dan pengurusan perhubungan (relationship management). Aspek-aspek ini menerangkan tentang seseorang perlu mengenali diri sendiri supaya dapat menilai diri dengan tepat dan dapat menguruskan emosi dengan baik. Apabila kita berjaya mengawal diri sendiri, sudah tentu kita dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran,orang lain serta berkebolehan membina dan mempengaruhi orang lain dalam pengurusan emosi.

                Akhir kata dari saya, belajarlah mengawal emosi kerana setiap perkara yang didahulukan dengan emosi, pasti tidak membuahkan sebarang hasil. 'If you are patient in one moment of anger, you will escaope a hundred day of sorrow'. Terima kasih.end#


No comments:

Post a Comment