Thursday 30 September 2010

A134325 Nur Akma LJ10

Assalamualaikum saya ucapkan dan bertemu kambali kita pada minggu ini dalam pembelajaran pengurusan emosi. Pada permulaan kelas, pensyarah kami telah menunjukkan beberapa video yang berkaitan dengan emosi dan video-video tersebut telah menarik perhatian bagi kami mengenalpasti jenis-jenis emosi bagi setiap individu. Sebelum mengenalkan tajuk kuliah pada minggu ini kami telah disuruh untuk menjawab test bagi mengenalpasti jenis-jenis emosi yang ditunjukkan oleh riak muka bagi setiap individu seperti marah, sedih, gembira, terkejut,takut, menyampah dan pelbagai jenis riak muka yang dapat kita ketahui berdasarkan emosi seseorang itu. Tujuan pensyarah kami memaparkan video-vedio ini adalah untuk mengenalpasti emosi seseorang dan emosi diri sendiri. Maka berkaitanlah emosi-emosi tersebut dengan tajuk pembelajaran kuliah kita pada minggu ini ialah Kebijaksanaan Emosi.

Seperti yang kita ketahui, emosi mempunyai pelbagai jenis sebagai contoh emosi marah, gembira, sedih dan lain-lain. Maka definisi pengurusan emosi itu  amat penting bagi setiap individu kerana emosi itu perlu dikawal dengan sebaik-baiknya. Hal ini kerana kita yang sepatutnya mengawal emosi dan bukannya emosi mengawal diri kita. Jika hal ini terjadi maka pelbagai perkara buruk mungkin akan terjadi seperti kejadian membunuh diri disebabkan emosi yang tidak dapat dikawal. Jadi pengurusan emosi itu bermakna cara seseorang mengurus dan mempengaruhi perasaan dan ekspresi terhadap perasaan diri sendiri serta cara bagaimana mereka mempengaruhi perasaan orang lain.

 Emosi pada dasarnya adalah dorongan untuk bertindak. Biasanya emosi merupakan reaksi terhadap rangsangan dari luar dan dalam diri individu. Sebagai contoh emosi gembira mendorong perubahan suasana hati seseorang, sehingga secara fisiologi terlihat tertawa, emosi sedih mendorong seseorang berperilaku menangis. Emosi berkaitan dengan perubahan fisiologis dan berbagai pikiran. Jadi, emosi merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan manusia, kerana emosi merupakan motivator perilaku dalam erti meningkatkan, tapi juga dapat mengganggu tingkahlaku intensional manusia. Sebagai contoh semua emosi menurut Goleman pada dasarnya adalah dorongan untuk bertindak. Jadi berbagai macam emosi itu mendorong individu untuk memberikan respon atau bertingkah laku terhadap stimulus yang ada. Dalam the Nicomachea Ethics pembahasan Aristoteles secara filsafat tentang kebajikan, karakter dan hidup yang benar, tantangannya adalah menguasai kehidupan emosional kita dengan kecerdasan .

Selain itu, emosi dapat dikenalpasti melalui mimik wajah dan dari intonasi suara

Serta sifat emosi berubah-ubah mengikut situasi dan emosi mempunyai darjah intensiti

dan berubah mengikut tempat seperti yang kita pelajari sebelum ini iaitu mengenai Adaptation Level Theory  iaitu emosi boleh berubah dengan cepat serta Ingatan dan emosi sangat berkaitan antara satu sama lain. Emosi boleh berubah dengan jalan berfikir dan bermula dengan bagaimana kita mempersepsi sesuatu perkara dan situasi boleh mengubah emosi terhadap setiap individu. Seperti yang kita ketahui emosi hanya terbit  apabila ada rangsangan yang berkaitan. Jika rangsangan hilang, maka emosi tidak aktif  samada emosi positif serta emosi negatif  dan akan saling berlawanan antara satu sama lain.

 

Walaubagaimanapun seperti yang kita pelajari bahawa emosi lebih kepada wanita iaitu wanita dapat mengenalpasti emosi lebih daripada lelaki. Hal ini kerana pembahagian emosi yang telah diset didalam otak setiap individu lelaki mahupun perempuan. Maka perempuan akan lebih banyak mengetahui dan mengenalpasti jika seseorang itu sedang beremosi ataupun tidak kerana perempuan sangat sensitif dan teliti terhadap personaliti setiap individu mahupun diri sendiri.

 

Kesimpulannya, pengurusan emosi kita hendaklah diurus dan dikawal dengan baik dan teratur sekali bagi untuk menjalani kehidupanyang sempurna dan harmoni. Jika kita bayangkan emosi yang tidak dapat dikawal akan menyebabkan permasalahan yang besar akan berlaku. Seperti yang kita ketahui bahawa kita yang mengawal emosi dan bukan sebaliknya. Sekian terima kasih. End #

 

 

 


No comments:

Post a Comment