Thursday 30 September 2010

A 127559 NOR RAIHANA LJ10

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, khususnya Dr Zamri dan rakan-rakan. Pada minggu ini, kita telah masuk pada latihan jurnal yang kesepulah. Begitu pantas masa berlalu. Ketika ini, tentunya ramai yang berkejar-kejar untuk menyudahkan dan menyempurnakan tugasan-tugasan bagi subjek-subjek lain juga, memandangkan semester tiga ini telah pun hampir sampai kepenghujungnya. Namun, sebelum sampai ke titik penamat, kita semua harus berjuang terlebih dahulu dalam peperiksaan semester ini yang bakal tiba tidak lama lagi. Semoga kita semua akan mendapat kecemerlangan yang diinginkan.

Seperti biasa, pada minggu ini, iaitu pada hari Rabu, bersamaan 29 September 2010, sekali lagi saya dan rakan-rakan mengikuti kelas Pengurusan Emosi yang dikelolakan oleh Dr Zamri. Pada minggu ini saya tiba agak lewat memandangkan saya terpaksa melakukan agak banyak tugasan yang tertangguh dan menyebabkan kehadiran saya dalam kuliah pada minggu ini agak lewat daripada biasa. Namun, saya masih sempat tiba sebelum kelas bermula, walaupun dalam keadaan yang agak tergesa-gesa untuk memastikan saya tidak begitu lewat untuk hadir ke kuliah pada minggu ini.

Seperti kebiasaanya, Dr Zamri akan memulakan kuliah dengan menayangkan rakaman video. Pada minggu ini, tayangan yang ditayangkan agak menyentuh perasaan saya sebagai seorang perempuan yang sangat sinonim dengan air mata. Ini adalah kerana, Dr Zamri telah menayangkan video berkenaan dengan seorang ibu yang tiada mata sebelah. Namun, anak lelakinya sendiri, yang dikandungkannya sembilan bulan berasa malu dan terhina serta ingin pergi jauh dari ibunya bagi mengelakkan dia terus menahan malu dengan kehadiran seorang ibu yang tidak sempurna.

Disebabkan itu, anak ini telah belajar bersungguh-sungguh untuk lari jauh daripada kehidupan ibunya. Lalu, die berkahwin dan mempunyai anak. Dia telah menghina dan memarahi ibunya yang telah datang ke rumahnya untuk melihat cucunya yang tidak pernah dilihat olehnya. Ibu malang ini akhirnya meninggal dunia setelah pulang kembali ke kampung. Sebelum itu, ibu ini sempat menitipkan sepucuk surat buat anaknya. Iabu tua ini telah memberitahu bahawa kecatatannya adalah disebabkan oleh pengorbanannya sebagai seorang ibu yang tidak sanggup untuk melihat anaknya membesar tanpa mata setelah terlibat dengan kemalangan.

Saya hampir menitiskan air mata melihat tayangan tersebut. Terbayang wajah ibu yang selalu saya lukai. Seorang ibu sanggup bersusah dan sanggup mengorbankan apa sahaja untuk memastikan anaknya bahagia. namun, sepuluh orang anak belum tentu lagi dapat mengorbakan kebahagiaan mereka demi seorang insan yang bergelar ibu. 

Dalam kuliah minggu ini, kami telah membincangkn tajuk 10, iaitu Kebijaksanaan Emosi. Sebelum kami memulakan kuliah, Dr Zamri telah mennguji kami dengan beberapa ujian yang berkaitan dengan ekspresi muka atau riak muka. Kami diberikan dua ujian. Ujian yang pertama agak mudah untuk diselesaikan memandangkan riak dan perubahan wajah yang diberikan seperti marah, tidak suka, terkejut, bahagia, sedih dan takut agak mudah untuk dibezakan. Walau bagaimanapun, ujian kedua agak sukar. Saya sendiri gagal untuk menyempurnakan ujian tersebut memandangkan tidak terlalu ketara perubahan riak wajah yang ditunjukkan.

Dalam tajuk atau kuliah yang kesepuluh ini, kita perlu melihat dahulu definasi Pengurusan Emosi yang diberikan. Pengurusan Emosi boleh ditakrifkan sebagai cara seseorang menguruskan atau sesuatu yang boleh mempengaruhi emosi kita serta orang lain. Sebagai contoh, saya pernah berasa satu tekanan yang amat menggangu emosi saya ketika berada dalam tingkatan enam apabila keputusan MUET tidak memihak kepada saya. Saya menangis dan berasa sangat sedih dan sangat sukar bagi saya untuk menerima keadaan itu. Namun, saya cuba untuk mententeramnkan perasaan dengan menangis sepuas hati bagi meluahkan segala tekanan yang saya hadapi bagi memastikan saya dapat mengawal kesedihan dan tekanan saya. 

Kebijaksanaan emosi pula didefinasikan oleh Solevey dan Mayer sebagai keupayaan untuk mengesan emosi pada diri sendiri dan bagaimana kita menggunakan informasi dalam pemikiran mereka. Dalam kuliah minggu ini, saya telah menemui satu istilah baru yang diterangkan oleh Dr Zamri, iaitu Alexithymia. Alexithymia merupakan satu gejala kekosongan emosi. Mereka yang mengalami gejala ini tidak mengetahui apakah perasaan yang dialami. Mereka juga tidak dapat menyatakan emosi yang mereka alami secara terbuka, mereka turur merasakan bahawa mereka tiada perasaan marah, gembira, sedih, dan bahagia. Mereka yang mengalami gejala ini juga merupakan orang yang jarang menangis.

Sebagai kesimpulannya, dalam diri setiap manusia, adanya sifat dan cara mengawal emosi yang berbeza. Kita akan dapat mengawal emosi sekiranya kita sentiasa berusaha dan bijak untuk mengawalnya.

No comments:

Post a Comment