Friday 24 September 2010

A133756 AMANINA LJ09

Salam 1 UKM. Pada sesi pembelajaran kali ini , kuliah diteruskan dengan tajuk Emosi dan Personaliti. Emosi dan Personaliti mampu membezakan seseorang individu dengan individu yang lain kerana dalam dunia ini, mana mungkin 2 orang manusia mempunyai personaliti yang sama walau pun mereka dilahirkan sebagai kembar. Personaliti atau pun keperibadian ialah kombinasi sifat-sifat psikologi yang kita gunakan untuk mengkelaskan & menggambarkan seseorang dalam hal ciri-ciri seperti tenang, pasif, agresif dan sebagainya. Myers-Briggs Type Indicator digunakan untuk mengukur keperibadian seseorang dan telah digunakan secara meluas di seluruh dunia. Seseorang individu diklasifikasikan sebagai  extrovert or introvert(E or I), sensing or intuitive(S or N), thinking or feeling(T or F) dan judging or perceiving(J or P). Jadi, dengan 8 jenis sikap yang berbeza ini, seseorang itu akan mendapat 16 jenis personaliti yang berlainan sebagai contoh ESTP,ISFJ dan lain-lain lagi. Extrovert boleh digambarkan sebagai individu yang ceria, ramah, dan tegas berlainan dengan Introvert yang bersikap pendiam dan pemalu. Individu extrovert atau juga dikenali sebagai extravert seringkali mendapat perhatian dalam apa saja kerja yang mereka lakukan dan dikatakan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi sehingga ramai yang menganggap bahawa golongan extrovert ini akan lebih berjaya berbanding golongan introvert. Introvert seringkali disalah ertikan sebagai golongan yang pemalu dan tidak pandai bersosial mahupun berkomunikasi dengan orang. Golongan introvert bukanlah tidak mampu berfungsi dalam keadaan ramai orang namun golongan ini sebenarnya menitikberatkan kepentingan aspek peribadi yang perlu sentiasa dijaga oleh mereka. Selain itu, Individu Sensing jenis praktikal dan lebih memilih untuk menumpukan pada butiran dengan kata lain seorang yang cerewet berbanding individu Intuitive yang ditafsirkan sebagai seorang yang terbuka ataupun berfikiran global. Seterusnya ialah golongan Thinking yang menggunakan logik dan akal dalam menyelesaikan masalah berbanding golongan Feeling yang bergantung pada perasaan dan emosi dalam membuat sesuatu keputusan. Kategori yang terakhir pula ialah melibatkan Judging atau Perceiving. Individu yang bersifat Judging merupakan individu yang suka mengawal dan bersifat tegas. Golongan ini juga merupakan seseorang yang tersusun dan sistematik dalam segala hal berbeza dengan golongan Perceiving yang lebih fleksibel dan juga spontan. Bagi orang yang bersifat perceiving, mereka tidak akan bertindak mengikut arahan malah akan cuba untuk bertindak mengikut minda dan akal mereka sendiri.. Di samping itu, kami juga diajar tentang Teori "Big 5" yang meliputi extroversion, agreeableness, conscientiousness, neroticism atau kestabilan emosi serta keterbukaan terhadap pengalaman. Kesimpulannya, setiap individu yang dilahirkan di dunia ini mempunyai personaliti yang berbeza-beza.Kita hendaklah belajar memahami dan menerima personaliti seseorang kerana setiap individu mempunyai perwatakan yang berlainan. Jika tidak, dunia yang ada pada hari ini tidak mungkin akan berwarna dan meriah dengan pelbagai ragam manusia. 

No comments:

Post a Comment