Friday 24 September 2010

A133661 Tiara LJ09

    Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini, tajuk kuliah yang telah diberikan ialah Emosi dan Personaliti. Menurut pembelajaran tajuk tersebut, kita dapat memahami pendekatan pengelasan emosi mengikut jenis dan intensiti. Selain itu, kita juga dapat memahami perhubungan diantara emosi, personaliti dan tingkahlaku. Terdapat tiga komponen utama emosi iaitu berkaitan dengan perasaan subjektif, bersama dengan perubahan tubuh dan disertai dengan kecenderungan tindakan yang berbeza. Emosi dan personaliti dikatakan berguna dari segi membezakan individu kerana seperti yang kita tahu manusia adalah berbeza antara satu sama lain dari segi reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama.

    Personaliti ialah kombinasi sifat-sifat psikologi yang kita gunakan untuk mengelaskan serta menggambarkan ciri-ciri seseorang seperti tenang, pasif, ramah dan lain lain. Myers-Briggs Type indicator merupakan salah satu cara untuk menilai dan mengukur sesebuah emosi. Mereka akan diklasifikasikan sebagai ekstrover atau introver, sensing atau intuitif, berfikir atau perasaan dan menilai atau mengamati. Ekstrover adalah sikap yang mudah untuk berbincang, sosial dan tegas. Manakala introver pula adalah mereka yang pendiam dan pemalu. Sensing pula lebih kepada maklumat dan praktikal berbeza dengan intuitif dimana individu tersebut mepunyai pemandangan yang jauh. Individu yang jenis suka berfikir adalah seorang yang suka memikirkan sebab dan logik untuk mengawal sesuatu masalah.  Namun, individu yang jenis yang berpandukan kepada perasaan akan bergantung kepada nilai-nilai dan emosi mereka dalam menyelesaikan masalah.  Individu yang jenis suka menilai, mereka lebih suka untuk menyusun sendiri dunia mereka  supaya lebih teratur.


    Tambahan pula, The Big Five Model pula melibatkan extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotional stability dan openness to experience. Extroversion adalah seorang yang selesa jika berada dalam dikalangan kawan-kawanya.  Agreeableness adalah merujuk kepada individu yang tidak bersetuju dengan individu yang lain. Emotional stability pula merujuk kepada keupayaan seseorang untuk tahan dengan masalah dan kerumitan yang datang.  Dan openness to experience adalah merujuk kepad minat individual terhadap sesuatu.

   

 Kesimpulannya, setiap mempunyai emosi dan personaliti yang sangat berbeza dalam sesetengah keadaan yang berlaku. Mahupun emosi positif atau negatif, pasti keduanya membawa kebaikan dan juga teladan bagi diri kita sekali gus dapat membantu dalam pembentukan sahsiah diri kita dan etika dalam menguruskan emosi.



No comments:

Post a Comment