Friday 24 September 2010

A123875 Nurul LJ09

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada minggu ini, topik yang menjadi tajuk kuliah bagi kursus ini adalah Emosi dan personaliti.  Di mana ia adalah kaitan antara emosi dan perwatakan-perwatakan yang wujud bagi manusia.  Terdapat tiga komponen utama emosi iaitu perasaan, perubahan tubuh, dan kecenderungan tindakan.  Manusia berbeza dari segi reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama. Ini adalah disebabkan oleh personality yang dimiliki oleh setiap individu.  Dan itulah yang akan membezakan seorang individu dengan individu yang lain.

Myers-Briggs Type indicator adalah salah satu cara atau kaedah untuk menilai dan mengukur emosi.  Setiap individu adalah diklasifikasi kepada extroverted atau introverted, sensing atau intuitive, thinking atau feeling, judging atau perceiving.  Extroverted adalah sikap yang senang untuk berbincang, sosial, dan tegas. Manakala introverted adalah seorang yang pendiam dan pemalu.  Individu yang jenis sensitif adalah seorang yang praktikal dan lebih suka untuk tumpukan kepada maklumat.  Manakala indivudu yang intuitif memandang sesuatu itu dengan pandangan yang luas. Individu yang jenis suka berfikir adalah seorang yang suka memikirkan sebab dan logik untuk mengawal sesuatu masalah.  Namun, individu yang jenis yang berpandukan kepada perasaan akan bergantung kepada nilai-nilai dan emosi mereka dalam menyelesaikan masalah.  Individu yang jenis suka menilai, mereka lebih suka untuk menyusun sendiri dunia mereka  supaya lebih teratur dan tersusun. 

The Big-Five Model melibatkan extroversion, agreeableness, conscientiousness, Emotional Stability dan openness to experience.  Di mana extroversion adalah seorang yang selesa jika berada dikalangan kawan-kawanya.  Agreeableness adalah merujuk kepada individu itu tidak bersetuju dengan individu yang lain. Emotional Stability adalah merujuk kepada keupayaan seseorang untuk tahan dengan masalah yang datang.  Dan openness to experience adalah merujuk kepada ranka minat individual terhadap sesuatu. 

Setiap individu adalah berbeza dengan setiap individu yang lain. Ini boleh ditunjukkan melalui contoh, apabila melihat sebuah gambar, setiap diantara kita akan mempunyai perasaan dan tanggapan yang berbeza-beza.


No comments:

Post a Comment