Thursday 23 September 2010

A133501 Jannah LJ09

Kelas minggu ini adalah berkaitan dengan personality. Topik untuk minggu ini amat menarik kerana saya dapat mengenali personaliti diri saya dengan lebih baik lagi. Bagi saya, setiap orang di muka bumi ini terdapat pelbagai personaliti yang berbeza. Ada juga yang positif dan negatif. Terdapat ramai juga yang mempunyai personaliti yang menarik sehingga membuatkan ramai tertarik melihatnya. Personaliti sering dikaitkan dengan kehidupan dimana apabila anda memohon kerja, personaliti mestilah mestilah menarik. Walaubagaimanapun, saya tidak memahami personaliti sepenuhnya tetapi hanya dasarnya sahaja. Oleh itu, topik ini cukup mengujakan saya untuk mengenali lebih mendalam mengenai personaliti saya dan juga orang di sekeliling saya.

                Objektif sebenar untuk topik ini ialah memahami pendekatan penjelasan emosi mengikut jenis dan intensiti dan memahami perhubungan di antara emosi, personaliti, dan tingkahlaku. Terdapat tiga komponen penting dalam emosi iaitu perasaan, perubahan tubuh, dan kecenderungan tindakan. Perlu diingatkan bahawa emosi dan personaliti berguna dari segi membezakan individu. Apa itu personaliti? Personaliti ialah gabungan psikologikal dimana kita mengelaskan dan menerangkan seseorang dalam sesuatu karakter seperti pendiam, agrasif, bising dan lain-lain. Kebiasaannya, Myers-Briggs Type Indicator digunakan di seluruh dunia untuk menguji personaliti ini. Individu dibahagikan kepada empat jenis iaitu 'Extroverted or Introverted', 'Sensing or Intuitive', 'Thinking or Feeling', dan  'Judging or Perceiving'. Selain itu, terdapat lima model besar iaitu Extroversion( seseorang selesa dengan perhubungan), Agreeableness( individu untuk mempertahankan orang lain), Conscientiousness( mengukur tahap kesedaran), Emotional Stability(tahap seseorang untuk menangani tekanan) , dan Openness to Experience( minat seseorang). Bayangkan apabila anda meminati seseorang gadis/lelaki itu, kemudian anda terlihat yang anda minati itu mesra bersama yang lain. Orang di sekeliling mereka hanya tersenyum melihat kemesraan mereka dan ada juga yang meluat. Di sini, kita dapat lihat bahawa adanya perbezaan reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama.

                Dalam keadaan dan gaya emosi, adanya ES vs ET iaitu keadaan emosi vs tret emosi. Keadaan emosi ialah lebih bergantung kepada situasi daripada individu yang spesifik manakala tret emosi ialah pola reaksi emosi yang konsisten dipamerkan oleh individu dalam banyak situasi kehidupan. Terdapat juga CAT vs DIM iaitu pendekatan kategori vs pendekatan dimensi dalam emosi. Pendekatan kategori adalah fokus dalam mengenalpasti bilangan kecil utama dan emosi sedangkan pendekatan dimensi dalam emosi pula bergantung kepada kajian berbanding kriteria teoritikal. Kandungan vs Gaya Hidup Emosi terdapat tiga aspek yang dinyatakan iaitu kandungan, gaya dan interaksi di antara kandungan dan gaya. Emosi yang menyenagkan ialah kebahagiaan dan kepuasan hidup. Di dalam personaliti dan 'well-being', terdapat dua jenis model yang mengaitkan kedua-dua ini; Indirect model dan juga Direct model.Apakah perbezaanya? 'Indirect model' ialah personaliti yang menyebabkan seseorang untuk mereka sesetengah gaya hidup,dan gaya hidup itu menyebabkan timbulnya reaksi emosi. 'Direct model' pula personaliti yang menyebabkan timbulnya reaksi emosi.

                Emosi tidak menyenangkan adalah seseorang yang tiada 'mood', senang tersentuh, tidak stabil dan kerap merungut. Sememangnya, kita pasti tidak selesa dengan emosi ini. Menurut teori biologikal Eysenck, neuroticism adalah keupayaan sistem limbic di dalam otak senang untuk diaktifkan. Sistem limbic adalah sistem yang melibatkan emosi dan reaksi 'fight-fight'. Walaubagaimanapun, teori ini tiada ujian yang terus(direct), tetapi terdapat sokongan bukti iaitu neuroticism adalah paling stabil, dan dimensi yang besar dalam personaliti.

No comments:

Post a Comment