Thursday 23 September 2010

A133720 Nurul LJ09

Tajuk kuliah pengurusan emosi pada minggu ini ialah Emosi, Personaliti dan Tingkahlaku. Personaliti dan tingkahlaku ini tidak sama bagi setiap individu dan inilah yang membezakan seseorang individu dengan individu yang lain. Perbezaan inilah yang menyebabkan setiap individu akan menunjukkan reaksi emosi yang berlainan walaupun pada peristiwa yang sama. Adakah anda faham apa yang dimaksudkan dengan personaliti? Personaliti ialah gabungan psikologi yang digunakan untuk mengklasifikasikan dan menggambarkan seseorang melalui ciri-cirinya seperti diam, pasif, agrasif dan sebagainya. Sebagai contoh, akhbar tempatan melaporkan seorang mat rempit meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Ada segelintir individu yang merasa simpati dan kesian dengannya namun ada setengah pihak lagi yang mungkin tidak merasa apa-apa ataupun ada juga yang merasa bersyukur kerana tiada lagi orang yang merempit di kawasan rumahnya. Di sini, kita dapat lihat bahawa setiap orang itu akan menzahirkan emosi yang berbeza walaupun peristiwa yang berlaku itu adalah sama.

Tajuk pada kali ini telah memperkenalkan dua teori iaitu Myers-Briggs Type Indicator. Dalam teori ini, setiap individu akan diklasifikasikan kepada empat elemen iaitu extroverted or introverted (E or I), sensing or intuitive (S or N), thinking or feeling (T or F) dan judging or perceiving (J or P). Extrovert merupakan sikap seseorang yang sukakan perkara-perkara luar, seorang yang social dan tegas  manakala introvert pula lebih kepada pendiam dan pemalu. Sensing merupakan seseorang yang fokus dan  melakukan sesuatu secara terperinci manakala intuitive pula seseorang yang melihat sesuatu secara kasar. Thinking pula menggunakan logik dalam mengatasi sesuatu masalah namun feeling menggunakan emosi. Judging adalah seorang yang suka sesuatu yang teratur manakala perceiving pula seorang yang fleksibel.

Cuba kita lihat kepada seorang pelukis yang begitu cintakan seni dengan orang biasa. Baginya, setiap lukisan mempunyai nilai dan maksud yang tersendiri, bukan sekadar cantik dipandang. Namun, bagi orang lain, sesuatu lukisan itu hanyalah lukisan yang cantik dipandang ataupun tidak. Mereka hanya melihat lukisan itu secara luaran sahaja dan tidak memahami maksud yang tersirat disebalik lukisan itu.

Contoh lain yang mudah difahami ialah kembar. Saya mempunyai sepupu yang merupakan pasangan kembar seiras. Walaupun dari segi rupa paras mereka adalah seiras, namun sikap dan personaliti mereka amat berbeza. Kakaknya seorang yang pendiam dan melakukan sesuatu perkara secara tersusun dan teratur. Berlainan pula dengan adiknya. Adiknya seorang yang peramah dan suka bergaul dengan orang ramai. Di sini kita dapat lihat bahawa pendiam merupakan seorang yang introvert manakala peramah dan suka bergaul pula ialah ciri-ciri orang yang extrovert. Melakukan sesuatu perkara secara teratur dan tersusun pula merupakan ciri seorang yang judging.

Kesimpulannya, setiap individu mempunyai personaliti dan tingkahlaku yang berbeza. Oleh itulah, kedua-dua ciri ini berguna dan penting dalam memmbezakan setiap individu. Peribahasa ada mengatakan bahawa rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Ini menjelaskan bahawa walaupun kita adalah daripada golongan yang sama, namun personaliti, watak  dan tingkahlaku tidak sama.

No comments:

Post a Comment