Thursday 23 September 2010

A 127559 NOR RAIHANA LJ09

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan dan Dr Zamri. Hari ini, minggu ini telah sembilan minggu kami mengikuti kuliah Pengurusan emosi bersama Dr Zamri. Dalam masa sembilan minggu tersebut, telah banyak perkara yang telah kami belajar, dan banyak perkara yang telah kami kupas bagi memahami konsep sebenar Pengurusan Emosi. Dalam pembelajaran tersebut juga, kami telah mengetahui dan menyingkap pelbagai konsep dan teori yang berkaitan dengan Pengurusan emosi selain daripada kajian yang perlu kami lakukan sendiri bagi menyempurnakan kursus ini.

Pada minggu ini, iaitu 22 September 2010, saya mengikuti kelas Pengurusan Emosi seperti biasa. Setelah dua minggu bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri, kami semua kembali mengikuti kuliah walaupun rasa berat hati untuk meninggalkan rumah dalam keadaan masih dalam mood raya. Itu juga merupakan perkara yang melibatkan emosi berasa sedikit terganggu. Walau bagaimanapun, perjuangan sebagai seorang pelajar tetap harus dilaksanakan, lebih-lebih lagi dalam keadaan genting ketika ini yang sudah sangat hampir dengan peperiksaan.

Pada minggu ini, saya berasa sedikit teruja untuk mengikuti kuliah pada minggu ini. Ini adalah kerana, tajuk kuliah pada minggu ini ialah, Emosi, Personaliti, & Tingkahlaku. Jika dilihat hanya pada tajuk, sedikit sebanyak gambaran sudah dapat dilihat tentang konsep kuliah yang akan diberikan oleh Dr Zamri. Saya berasa teruja untuk mengikuti kuliah pada minggu ini memandangkan kuliah pada minggu ini akan turut mengupas tentang personaliti dan tingkah laku seseorang individu.

Sebelum saya mengupas lebih lanjut. moleklah kiranya saya memberi sedikit pengenalan tentang tajuk minggu ini berdasarkan apa yang telah saya fahami berdasarkan penerangan yang telah diberikan oleh Dr Zamri. Secara realitinya, setiap manusia mempunyai tahap emsoi yang berbeza. sekiranya mereka mempunyai sesuatu masalah, reaksi emosi yang diberikan adalah berbeza walaupun peristiwa yang dialami mempunyai persamaan. Ini adalah disebabkan oleh personaliti iindividu itu sendiri.

Apakah pula yang dimaksudkan dengan personaliti yang dikatakan membezakan emsoi individu tadi? Personaliti dapat didefinasikan sebagai kombinasi sifat khas psikologi untuk mengelas atau mengketagorikan seseorang individu berdasarkan ciri-ciri mereka. Sebagai contoh personaliti pendiam, periang, peramah, panas baran, kuat berlawak, dan sensetif. Kesemua ini adalah contoh personaliti yang wujud dalam diri seseorang individu, dan personaliti ini adalah berbeza mengikut individu. 

Dalam pengkelasan sifat atau personaliti manusia, kita dapat melihat perbezaan dan pengkelasannya mengikut satu teori, iaitu Myer Briggs Type Indicator. Mengikut teori ini, terdapat empat ketegori yang dapat dilihat dalam dalam teori ini. Empat ketagori yang dimaksudkan ialah Extroverted ( E ) atau Introverted ( I ).
Sensing ( S ) atau Intuitive ( I ), Thingking ( T ) atau Feeling ( F ), dan ketegori yang terakhir ialah Judjing ( J ) atau Perceiving ( P ). Dalam mengenal pasti keempat-empat katagori ini, Dr Zamri telah meminta kami membuat ujian ini untuk menilai dan mengenal pasti sendiri apakah identiti kami. 

Individu yang mempunyai sikap Extroverted merupakan seorang yang suka bersosial. Bersosial disini bermaksud, individu yang tergolong dalam golongan ini lebih suka menonjolkan diri daripada menyendiri. Mereka sangat suka bergaul dan beraah mesra dengan semua orang walaupun orang yang tidak dikenali. individu yang tergolong dalam golongan ini juga merupakan seorang yang tegas dan mempunyai pendirian. individu yang tergolong dalam golongan Introverts pula, merupakan seoarng yang pendiam. Mereka lebih suka menyendiri kerana mempunyai sifat malu yang kuat. Mereka juga lebih suka menulis daripada bercakap. mereka akan melahirkan perasaan mereka melalui penulisan seperti sajak, dan blog.

Kategori kedua pula, iaitu Sensing atau Intuitive. Mereka yang tergolong dalam golongan Sensing merupakan seorang yang praktikal. Mereka merupakan golongan yang cermat, dan teliti dalam melakukan sesuatu. Golongan seperti ini dikatakan cerewet, dan meninginkan kesempurnaan dalam segala hal. Intiutive pula merupakan seorang yang agak ringan. Mereka tidak begitu cerewet, dan lebih suka memerhati.

kategori ketiga pula ialah Thinking atau feeling. golongan yang tergolong dalam golongan Thinking, merupakan seorang yang sentiasa mementingkan alasan. Mereka akan memandang kepada perkara dan alasan yang logik sahaja, malah mereka juga seorang yang mementingkan fakta dalam melakukan sesuatu. Feeling pula sebaliknya. Mereka menggunakan emosi dalam membuat sesuatu keputusan.

Kategori yang terakhir pula ialah melibatkan Judging atau Perceiving. Individu yang bersifat judging merupakan individu yang suka mengawal. Mereka bersifat tegas dan ingin orang lain mengikut kata-kata mereka. individu yang tergolong dalam golongan ini juga merupakan seorang yang sistematik dalam segala hal. Perceiving pula merujuk kepada mereka yang fleksibal.

 Sebagai kesimpulannya, setelah mengikuti kuliah ini, saya mula mengenali personaliti saya. Saya berasa teruja dalam mengikuti kuliah ini memendangkan banyak perkara yang dapat saya pelajari dalam menilai kelemahan dan kemampuan diri. Semoga apa yang dipelajari akan dapa saya praktikkan, dan semoga segala kelemahan akan dapat diatasi untuk membina kamajuan diri.

No comments:

Post a Comment