Thursday 16 September 2010

A133501 Jannah LJ08

Minggu ini agak berlainan dengan minggu-minggu yang sebelumnya kerana tiada kelas diadakan. Ini adalah kerana umat Islam sedang sibuk menyambut hari raya dengan penuh meriah. Begitu juga dengan saya. Raya tahun ini sungguh meriah kerana dapat bertemu semula dengan saudara-mara yang jarang berjumpa dan kanak-kanak pula berkejar-kejaran, ketawa riang, bermain bunga api dan mercun. Situasi tersebut telah menjadikan hari raya sungguh meriah dan indah. Walaupun tiada kelas untuk minggu ini, saya telah diarahkan oleh pensyarah untuk menghantar Tugasan 1 ini. Tajuk untuk minggu ini ialah Emosi dan Motivasi tetapi hanya belajar melalui nota 'slide show' yang terdapat di dalam blog Pengurusan Emosi ini.  'Slide show' ini disertakan sekali dengan suara untuk lebih memahami tajuk ini.

                Emosi dan Motivasi seperti tidak berkaitan diantara satu sama lain. Tetapi sebenarnya kedua-dua ini saling berkait rapat. Objektif tajuk ini ialah memahami makna emosi dan memahami perhubungan diantara emosi dan motivasi. Emosi ialah ton efektif samaada positif atau negatif. Ia tidak boleh secara semulajadi. Motivasi pula pemikiran dalam mengkaji penumpuan dan semangat. Terdapat empat komponen emosi yang penting iaitu perasan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkahlaku berkaitan. Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Menurut Baron & Lagon, 1993, emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Lang et al berkata emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Seperti kes bunuh Sosilawati baru-baru ini dimana pembunuhan disebabkan duit dan benci. Selain itu, cinta boleh memotivasikan seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan seperti menelefon setiap hari, melamar dan berkahwin. Walaubagaimanapun, tidak semua keadaan, emosi boleh menjadi motivasi dan tidak semua motivasi berasaskan kepada emosi. Tahap pembangkitan termasuk perubahan badan dan muka, pengaktivan otak, pemikiran, perasaan subjektif dan keupayaan terhadap aksi. Bickhard, 1997, mengatakan motivasi adalah aspek dalam proses pemilihan. Menurut Mook pula, motivasi ialah apakah membuatkan seseorang melakukan sesuatu perkara berlainan dengan yang lain, apa proses pemilihan di dalam akitiviti yang akan datang, dan interaksi yang akan datang. Teori dan konsep motivasi  merangkumi tiga perkara iaitu motivasi,'drive', dan 'incentive'. Motivasi ialah faktor diantara dan diluar didalam sesuatu organisma yang menyebabkan bertindak pada sesuatu cara dan pada sesuatu masa. 'Drive' pula keadaan dalaman atau rangsangan yang mengaktifkan sikap untuk mengurangkan keperluan dan menyimpan homeostatis. 'Incentive' ialah sasaran luaran yang menarik dan menolak sesuatu sikap. 'Instinct' pula tidak dipelajari seperti pergaduhan binatang, membina sarang, dan melepaskan diri.

                Keghairahan ialah tahap fisiologikal dan psikologikal dalam keadaan sedar. Manusia saling memberikan motivasi untuk mengekalkan tahap optimis keghairahan tidak kira samaada tinggi mahupun rendah. Motif ingin tahu adalah merupakan sesuatu emosi yang membantu kita untuk memahami persekitaran dan disekeliling kita. Di dalam Teori Humanistic dimana dicadangkan oleh Abraham Maslow. Beliau mencadangkan motivasi terbahagi kepada beberapa tahap dimana bermula dengan keperluan asas hingga psikologi dan keperluan diri. Keperluan asas adalah seperti makanan, air, rehat, dan keselamatan dan terletak yang paling bawah. Keperluan psikologikal pula adalah seperti hubungan istimewa dan kawan. Keperluan ini terletak di tengah. Keperluan teratas ialah keperluan diri iaitu aktiviti yang kreatif.  Secara ringkasnya, hubungan emosi dan motivasi amat berkait rapat kerana emosi adalah dari rangsangan dan keghairahan manakala motivasi adalah daripada sesuatu aksi atau perlakuan.

No comments:

Post a Comment