Thursday 16 September 2010

A134118 Aimi Amirah LJ08

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tajuk yang dibincangkan pada minggu ini amat menarik memandangkan cara penyampaiannya yang berbeza dari biasa tajuknya ialah emosi dan motivasi. Benarkah emosi boleh memotivasikan seseorang?. Emosi bermaksud perasaan yang kuat samaada negativ atau negativ manakala motivasi bermaksud penggerak atau perbuatan yang memandu kita sebelum melakukan sesuatu tindakan.Terdapat 4 elemen emosi iaitu perasaan,proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan.
 
    Paling mudah kita ambil peristiwa seorang anak yang sanggup meredah api untuk menyelamatkan ibunya yang sedah tua dalam kes kebakaran yang berlaku pada bulah puasa baru-baru ini. Ternyata perasaan sayang terhadap ibunya telah memotivasikan beliau untuk meredah api tanpa memikirkan keselamatan dirinya demi untuk menyelamatkan ibu tersayang. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh BAron & Lagon yang emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. MAnakala Lang et al pada tahun 1993 menyatakan bahawa emosi adalah motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional.Ternyata emosi boleh menjadi motivasi terhadap setiap tindakan kita tetapi tidak kesemua tindakan kita dicetuskan oleh emosi. Contohnya kita akan tidur kerana mengatuk, makan kerana lapar dan belajar kerana dahagakan ilmu, ternyata ketiga-tiga perbuatan ini tidak dimotivasikan oleh mana-mana emosi.
 
    Emosi juga merupakan satu "state of arousal' yang melibatkan perubahan wajah, perubahan badan, pengaktifan otak,penilaian kognitif, perasaan yang subjektif dan kecenderungan terhadap tindakan dan kesemuanya dibentuk oleh keadaan sekeliling kita.Emosi berperanan sebagai tindak balas penyesuaian tubuh badan kita terhadap persekitaran. Emosi membuatkan kita bergerak dan melakukan tindakan.Motivasi adalah apa yang membuatkan seseorang melakukan sesuatu tindakan seperti yang dikata olek Mook, 1996 motivasi adalah prosess pemilihan trhadap tindakan selanjutnya.
 
    Terdapat 3 konsep dan teori motivasi. Pertama ialah motivasi . Kedua ialah pemacu(drive) iaitu keadaan yang mendorong untuk mengaktifkan sesuatu tindakan dan memulihkan sistem homeostasis. Homeostasis ialah sistem yang mengekalkan keseimbangan dalam tubuh badan kita. Drives boleh disebabkan oleh sistem homeostasis yang tidak boleh berfungsi secara normal menyebabkan berlakunyan tindakanb yang akan menormalkan semula sistem ini. Contohnya haiwan bertindak mengikut keperluan tissue mereka. contohnya mereka akaan rasa dahaga dan akan minum air untuk mengimbangkan kandungan garam dalam badan. Sya juga akan rasa dahaga justeru meransang tindakan untuk minum air sekiranya kandungan air dalam badan saya tidak seimbang. Walaubagaimanapun tidak kesemua drives dapat dijelaskan oleh homeostasis.Tanh ketiga ialah incentif. Insentif ialah faktor yang menimbulkan motif untuk melakukan sesuatu tindakan atau ia uga boleh dikatakan sebagai alasan untuk melakukan tindakan yang dipilih berbanding yang lain. Seterusnya ialah naluri. Naluri merupakan kecenderungan semulajadi untuk melakukan sesuatu tindakan tertentu tanpa sebarang fikiran atau latihan. Contohnya haiwan  seperti burung akan membina sarang pada tempat yang tinggi bagi menjaga keselamatan anaknya dari menjadi makanan kepada pemangsa.
 
Abraham maslow mencadangkan yang motif sebenarnya dbahagikan kepada beberapa tahap bermula dari tahap keperluan hinggalah kehendak manusia. tahap yang paling rendah ialah keperluan asas manusia untuk terus hidup termasuklah keperluan physiologi seperti makanan, air,dan rehat serta keperluan keselamatan. Seterusnya keperluan psysiologi termasuklah rasa ingin disayangi,inginkan kawan dan sebagainya yang berkaitan dengan perasaan. Tahap yang paling tinggi ialah kehendak seperti  mencapai potensi diri yang sepenuhnya dan tahap ini merupakan tahap yang akan diperolehi oleh seseorang lengkap segala keperluan di tahap yng sebelumnya. Tahap inilah sebenarnya yang dikejar oleh ramai manusia dan ianya tidak terhad.
 
    Kesimpulannya emosi yang kuat mampu menjadi motivasi untuk kita berjaya dalam tindakan kita. Emosi dan motivasi juga merupakan faktor yang amat penting untuk seseorang itu berjaya dalam apa jua tindakannya.Sekian.

No comments:

Post a Comment