Thursday 16 September 2010

A129205 FATHANAH LJ08

Rabu, 16 September 2010, walaupun masih lagi bercuti sempena hari raya Aidilfitri, tugasan  pengurusan emosi tetap perlu dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya masih lagi berada dalam "mood" raya, tetapi demi tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah sebelum saya melangkah pulang ke rumah, saya gagahkan juga diri ini untuk menyiapkan tugasan untuk kelas pengurusan emosi. Dan sedikit kelainan dalam menyiapkan tugasan ini ialah suasananya dan keadaannya, sebelum ini saya menyiapkan tugasan ini di dalam bilik sahaja dan berseorangan tetapi kali ini saya menyiapkannya ketika berada di rumah dan dikelilingi dengan ramai sanak saudara dan adik beradik yang lain. Tajuk yang diberikan ialah emosi dan motivasi. Tajuk ini adalah kesinambungan daripada tajuk yang sebelum ini iaitu emosi dan ingatan. Wah, tajuk ini nampak seperti menarik kerana saya beranggapan emosi dapat memotivasikan dan mendorong diri kita untuk melakukan sesuatu perkara kea rah positif atau negatif . Yang menarik lagi adalah slaid tajuk ini ditunjukkan berserta dengan audio yang telah disediakan oleh En. Zambri,boleh dikatakan kuliah ini sangat interaktif walaupun tidak secara nyata ataupun "face to face". Maksud emosi telahpun saya jelaskan pada kuliah yang sebelum ini jadi saya hanya berikan maksudnya secara ringkas sahaja dan menerangkan maksud motivasi. Emosi bermaksud perasaan yang telah ditetapkan secara nada yang berkesan, baik dari segi positif ataupun negatif, emosi juga tidak pernah berlaku secara neutral. Tetapi kita selalu menganggap bila terjadinya perasaan yang emosional ia lebih kepada perkara  negatif. Manakala maksud motivasi ialah kajian tentang tingkahlaku individu yang mengarahkan kita dalam melakukan sesuatu dan dalam maksud yang lain adalah "drive", maksudnya seperti sesuatu yang mendorong atau memacu kita dalam melakukan sesuatu perkara yang kita inginkan.  

Berbalik kepada tajuk emosi dan motivasi. Saya telah mempelajari terdapat empat komponen dalam emosi yang pertama ialah "a feeling state" iaitu perasaan, diikuti "cognitive process" iaitu proses kognitif, "physiological change" iaitu perubahan fisiologi dan "associated behaviour" iaitu tingkah laku yang berkaitan setiap individu. Sebagai contohnya, kenapa kita suka belajar bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan, ia terjadi kerana terdapat sesuatu perasaan sukakan ilmu yang mendorong kita untuk melakukannya, contohnya, saya sendiri, demi mencapai impian saya untuk menjejakkan kaki ke Universiti, saya belajar bersungguh-sungguh sehingga memperolehi keputusan yang cemerlang.  Oleh yang demikian, maksud emosi lebih luas berbanding dengan maksud perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan daripada motivasi (Baron & Lagon 1993) dan emosi juga boleh dianggap sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif juga boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Sebagai contoh emosi sebagai motivasi, iaitu motif melakukan pembunuhan adalah kerana inginkan kekayaan dan mendapatkan duit dengan segera dan banyak selain itu, motif melakukannya juga disebabkan kebencian kepada seseorang sehingga timbulnya perasaan cemburu dan menganggu emosi sehingga sanggup melakukan pembunuhan. Manakala cinta kepada seseorang juga boleh memotivasikan seseorang yang bercinta itu terlibat dengan tingkah laku tertentu  seperti meng"sms",  menelefon, dan memberi hadiah sehingga mendirikan rumah tangga. Banyak  tingkah laku kita  didorong atau dipengaruhi oleh emosi  sehingga membawa kepada kebaikan ataupun keburukan.  

Kesimpulannya, emosi dan motivasi sangat penting dan saling berkaitan di antara satu sama lain. Tanpa emosi, tidak dapatlah kita untuk memajukan diri untuk ke peringkat seterusnya, kerana emosi amat mempengaruhi motivasi  hidup dalam menentukan keputusan yang dibuat  dan  memilih arah  hidup kita  ke arah kebaikan ataupun keburukan.

No comments:

Post a Comment