Thursday 30 September 2010

A132986 asmaa lj10

    Tajuk kuliah pada minggu ini tidak asing pada pendengaran sesiapapun.Setiap orang pasti pernah mendengar tentang EQ yang merujuk kepada kepakaran seseorang individu untuk menguruskan emosi diri dengan bijak.Kuliah pada minggu ini adalah berkaitan dengan Emotional Intelligent (EI) atau juga dikenali sebagai Kebijaksanaan Emosi.Kebijaksanaan Emosi merujuk kepada (Totterdell)  cara seseorang individu menguruskan dan mengawal emosi dan ekpresi wajah mereka dan cara mereka mempengaruhi emosi orang lain di sekeliling mereka.
    Kita dapat mengetahui keadaan emosi seseorang berdasarkan pemerhatian pada mimik wajah dan dari intonasi suara individu tersebut.Emosi pastinya akan berubah-ubah dalam situasi yang berbeza.Contonya, jika seseorang berada dalam keadaan ketakutan mimik wajahnya akan berubah.Emosi juga boleh berubah dengan cepat bergantung kepada situasi yang berlaku.Dari sudut pengalaman peribadi saya, seorang kawan saya berasa sedih kerana kehilangan wang yang berjumlah ratusan ringgit, namun emosi itu berubah kepada emosi gembira dalam sekelip mata kerana dia mendapati wang tersebut tidak hilang sebaliknya disimpan di tempat yang lain.
    Selain itu, pada minggu ini juga saya telah diperkenalkan dengan sejenis penyakit yang berkaitan dengan emosi iaitu, Alexithymia.Alexithymia merujuk kepada individu yang mempunyai gejala kekosongan emosi.Mereka tidak tahu perasaan yang sedang dialami dan kadang kala mereka merasakan bahawa mereka sebenarnya tiada perasaan sama sekali.Mereka juga disifatkan sebagai individu yang jarang menangis sekalipun mengalami hal-hal yang menyedihkan dalam hidup.
    Saya juga telah mempelajari Model Kompetensi Emosi Goleman.Model ini telah diperkenalkan oleh Daniel Goleman.Model ini mempunyai 4 asas iaitu, self awareness,self management,social awareness dan relationship management. Self awareness ialah kebolehan untuk membaca emosi orang lain dan mengenali emosi mereka sambil menggunakan naluri dalam membuat keputusan.self management pula melibatkan pengawalan emosi dalam diri seseorang dan mengadaptasikannya dengan keadaan semasa manakala social awareness ialah kebolehan untuk merasai,memahami dan bertindak balas dengan emosi yang ditunjukkan orang lain ketika berhadapan dengan orang ramai.Akhir sekali,relationship management yang melibatkan kebolehan memberi inspirasi, mempengaruhi, dan membangunkan orang lain ketika berhadapan dengan konflik.
   

No comments:

Post a Comment