Thursday 30 September 2010

A134284 NG EAIN YI LJ010

           Kuliah mingggu ini adalah berkaitan dengan "Emotional Intelligence" (EI). "Emotional Intelligence" dikenali sebagai kebijaksanaan emosi, yang membawa maksud kebolehan untuk memerhatikan perasaan dan emosi diri seseorang dan orang lain, selain mengenalpasti emosi tersebut dan menggunakan informasi ini untuk memandu pemikiran dan tindakan seseorang.

 

"The ability to monitor one's own and others' feelings and emotions, to discriminate among them and to use this information to guide one's thinking and actions" (Salovey & Mayer, 1990)

           

Beberapa video yang berkaitan dengan ekspresi muka telah ditayangkan semasa kuliah. Ekspresi muka seseorang adalah sukar untuk dijangka walaupun terdapat panduan untuk mengenali jenis-jenis ekspresi muka seperti mata terbeliak dan mulut terbuka apabila seseorang berasa terkejut manakala mata yang bersinar dan muka memaparkan senyuman yang manis adalah menunujukkan kegembiraan. Kami diberi 2 quiz semasa kuliah untuk mengenali jenis-jenis ekspresi muka, namun kuiz itu telah terbukti bahawa adalah amat sukar bagi seseorang untuk meneka perasaan orang lain.

           

Model EI dapat dibahagikan kepada 4 jenis, iaitu model berdasarkan kemampuan, model kompetensi emosi (Goleman), model "bar-on" kebijaksanaan emosional-sosial (ESI) serta model sifat EI. Dalam model berdasarkan kemampuan (Ability based model), emosi adalah sebagai sumber maklumat berguna untuk membantu memahami persekitaran sosial. Model ini mencadangkan bahawa individu berbeza dari segi kemampuan memproses maklumat tentang tabii emosi dan kemampuan menghubungkan pemprosesan emosi kepada kognisi yang lebih luas. 4 jenis kemampuan EQ termasuklah mengenalpasti emosi, menggunakan emosi, memahami emosi serta mengurus emosi.

 

            Emosi dapat digunakan untuk membantu dalam pelbagai aktiviti kognitif seperti berfikir dan menyelesaikan masalah. Mereka yang mempunyai kebijaksanaan emosi yang tinggi dapat memanfaatkan sepenuhnya penukaran moodnya untuk menyesuaikan dengan tugasan yang sedang dilakukan. Sebagai contoh, mereka yang mempunyai kebijaksanaan emosi yang tinggi, seperti pelakon-pelakon, boleh memaparkan perasaan sedih semasa berlakon walaupun berasa gembira baru berkahwin. Memahami emosi merupakan kebolehan untuk memahami bahasa emosi dan menghargai hubungan yang kompleks antara emosi. Kita perlu memerhati dengan mendalam cara emosi dipaparkan dan berubah dari masa ke semasa. Emosi adalah sukar untuk difahami. Oleh itu, kita mesti sensitif terhadap segala perubahan emosi.

 

 

            Mereka yang mempunyai kebijaksanaan emosi, boleh memanfaatkan emosi, walaupun yang negatif, dan menggunakannya untuk mengecapi tujuannya. Saya ingat lagi semasa saya mendapat keputusan ujian percubaan SPM saya, saya berasa amat sedih dan kecewa kerana gagal dalam beberapa subjek. Walau bagaimanapun, saya tidak berputus asa. Emosi kekecewaan dan kesedihan saya menjadi pendorong kepada saya untuk belajar dengan lebih kuat dan mendapatkan keputusan yang cemerlang.

 

            Kami telah belajar tentang Alexithymia dalam kuliah minggu ini. Alexithymia merupakan gegala kekosongan emosi di mana seseorang itu tidak tahu apakah perasaan yang sedang dialami dan tidak dapat menyatakan secara terbuka jenis emosi yang sedang dialami. Dr Ahmad Zamri Mansor mengaitkan Alexithymia dengan satu filem yang dinamakan "Rain Man", yang merupakan salah satu filem kegemaran saya. Filem ini menceritakan 2 adik beradik yang saling berkenalan setelah kematian ayah mereka. Apabila berjumpa dengan abangnya yang bernama Raymond, barulah Charlie tahu yang dia mempunyai seorang abang yang mempunyai penyakit autism. Pesakit autism adalah istimewa, namun tidak ramai, tetapi mereka mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang. Ada yang pandai melukis, ada yang bijak mengira dan mereka adalah sangat berorganisasi, di mana mereka suka menyusun barang-barang di sesuatu tempat yang sama setiap kali. Namun, mereka kekurangan penglibatan sosial, komunikasi serta pemahaman emosi.

No comments:

Post a Comment