Thursday 30 September 2010

A124901 NURUL LJ10

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Alhamdulillah, pada minggu ini, sudah sampai kita ke tajuk yang kesepuluh, yang mana pada pengiraan saya, sudah hampir banyak ilmu-ilmu, mahupun teori yang kita pelajari dari kursus ini. Selain itu, banyak pengalaman-pengalaman, dan pendapat yang dikongsikan oleh pensyarah bersama kita semua, selain kita juga diajak berfikir dan memahami serta cuba memberikan pendapat tersedniri apa yang cuba disampaikan oleh pensyarah. Terdapat isu dunia juga yang pensayarah kongsikan, bagi membuatkan pembelajaran kursus ini lebih berkesan dan bermanfaat selain daripada sekadar mempelajari apa yang telah disukatkan dalam silibus.

Pada minggu ini kita telah mempelajari satu tajuk yang amat menarik pada pendapat saya, iaitu kebijaksaan emosi, atau dalam bahasa Inggerisnya ialah 'emotional intelligence'. Sebelum memulakan pembelajaran tajuk ini, sempat juga pensyarah kita  mengadakan sesi membaca riaksi wajah dan mengaitkannya dengan emosi yang sedang dialami.

Tajuk yang dipelajari ini adalah bertujuan seperti yang telah dibincangkan di dalam kuliah dan semestinya kita perlu cuba mencapai objektif yang pada saya ialah objektif utama iaitu memahami bahawa pengurusan emosi memerlukan kebijaksanaan dan kematangan emosi selain daripada memahami konsep kebijaksanaan dan kematangan emosi itu sendiri.

Pengurusan emosi ialah merujuk kepada cara di mana manusia menugurus dan mempengaruhi perasaan sendiri dan ekspresi serta cara di mana mereka meempengaruhi perasaan orang lain juga. Seperti yang telah kita pejari sebelumnya, emosi dapat dikenalpasti melalui memek muka pelaku selain daripada intonasi suaranya. emosi berubah-ubah mengikut situasi dan juga jalan berfikir.

Kebijaksanaan emosi didefinisikan sebagai kemampuan untuk memantau perasaan dan emosi diri sendiri serta orang lain, untuk membezakan sesama mereka dan menggunakan informasi ini untuk membimbing pemikiran dan tindakan seseorang. Kebolehan inilah yang dimiliki oleh kaunselor-kaunselor dalam usaha mereka untuk membantu dan memahami masalah serta menasihati pesakit-pesakit mereka. Individu yang memiliki kebijaksanaan emosi ini juga mampu memandu hidu mereka dengan lebih baik kerana pemahaman mereka tinggi selain daripada mampu membantu individu lain juga.

Kita juga mempelajari mengenai satu model dalam tajuk ini iaitu EI. Ia merupakan kemampuan mengenalpasti emosi, mengintegrasikan emosi untuk memudahkan pemikiran, memahami emosi dan untuk menetapkan emosi untuk menggalakkan pertumbuhan personal. Terdapat empat kemampuan yang ditafsirkan di dalam model ini iaitu mengenalpasti emosi, menggunakan emosi, memahami emosi dan mengurus emosi.

Seperti yang sedia maklum, terdapat pelbagai jenis emosi dalam setiap individu seperti marah, sedih, gembira, takut, terperanjat dan sebagainya.  Setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita akan mengundang emosi yang berbeza kepada diri. Kebolehan mengenalpasti emosi akan membuatkan kita berjaya menghadapi sesuatu peristiwa dengan menggunakan emosi yang tepat kerana kita memahami emosi tersebut, sekaligus membuatkan kita mampu menguruskan emosi yang terlibat. Setiap emosi sama ada negative mahupun positif mempunyai kebaikannya yang tersediri selagi kita menggunakannya dalam keadaan, amaun dan cara yang tepat. Kaum perempuanlah yang selalu dikaitkan dengan emosi kerana mereka selalunya kerapkali terikut-ikut dengan emosi sehingga mereka gagal mengawal dan menguruskan emosi sendiri. Namun terdapat juga golongan yang tidak dapat mengenalpasti apakah emosi yang sedang dirasai atau kata lainnya ialah tidak berperasaan dan golongan ini dinamakan sebagai alexithymia.

Perkara yang berlaku di sekeliling kita, sama ada dalam negara, mahu pun luar negara, pastinya meninggalkan kesan emosi sama ada kepada mereka yang mengalaminya, tidak ketinggalan juga kepada mereka yang mengetahuinya. Contohnya seperti kes bunuh Datuk Sosilawati dan tiga lagi mangsa, semestinya meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada kita semua, apatah lagi kepada keluarga mangsa. Semestinya mereka berasa trauma dan agak sukar menerima kenyataan ahli keluarga mereka telah diperlakukan sedemikian rupa dan dibunuh kejam. Kita sendiri tidak dapat menggambarkan betapa bersimpatinya kita kepada mangsa dan keluarga mangsa. Juga peritiwa-peristiwa dunia yang lain, adakalanya kesan emosi yang ditinggalkan bukan sahaja sedih, murung, mahalahn juga mampu mengundang rasa marah dan kecewa jika peristiwa yang berlaku membongkar rahsia-rahsia yang selama ini tersimpan rapi.

Di akhir kuliah, pensyarah ada berkongsi sedikit kata-kata hikmah, dan semestinya, saya sebagai seorang yang ada kalanya tidak lari daripada menghadapi pelbagai dugaan hidup, begitu tertarik dengan kata-kata ini- "Don't be afraid of opposition. Remember, a kite rises against, not with, the wind."-Hamilton Mabie. Benar, dugaan merupakan sesuatu yang akan membuatkan diri kita kuat, dan tahan dengan ujian. Hadapilah, bukan melarikan diri.

 

 


No comments:

Post a Comment