Friday 24 September 2010

A127856 EAISHAH LJ09

Salam syawal…selamat hari raya maaf zahir batin di ucapkan kepada semua. Rasanya masih tidak terlambat untuk saya ucapkan. Walaupun kita sedang berada dalam bulan yang semua orang sibuk bercerita mengenai hari lebaran,namun kuliah pengurusan emosi tetap dijalankan seperti biasa. Oleh itu,menjadi tanggungjawab bagi saya untuk menghadiri  kelas dan membua tugasan yang diberikan. Pembelajaran pada minggu ini amat menarik, iaitu berkenaan emosi dan personaliti. Pembelajaran ini memberi info kepada saya bahawa personality juga  dipengaruhi oleh emosi.

Apa yang dimaksudkan dengan personaliti?. Oleh itu, saya akan menerangkan  apa yang dikatakan sebagai personaliti. Personality atau keperibadian merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia. Antara  definisai lain yang merujuk kepada sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seserang individu untuk individu  tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan. Personaliti ini merangkumi satu penyusunan dianatara factor-faktor seperti biologi, psikologi, dan sosiologi. Bagi proses sosiologi berlaku, seseorang itu haruslah mempunyai personality. Personality yang baik dan sesuai dengan keadaan memudahkan kita menyuaikan diri dengan keadaan atau persekitaran yang baru..

Sebagai contoh, apabila kita berada dalam satu kawasan yang baru, pastinya emosi, pemikiran dan perlakuan kita perlu disesuaikan dengan keadaan atau situasi baru tersebut. Apabila kita tidak dapat menysuaikan dengan keadaan baru itu, kita akan berasa tidak gembira, dan akan timbul emosi-emosi yang negatif. Dalam pembelajaran pada minggu ini juga membincangkan tentang tiga kompenan uatama emosi yang melibatkan personaliti. Pertama ialah perasaan,  kedua perubahan tubuh, ketiga kecenderungan.  Contohnya, apabila perasaan kita menyatakan kita berasa lapar,menyebabkan perubahantubuh yang menyebabkan kita akan bertindak pergi mencari kedai makan. Setelah sampai dikedai makan kita akan cenderung untuk membeli makanan yang kita rasa ingin makan. Itu merupakan contah yang mudah untuk menunjukan  contoh komponen utama emosi.

Walau bagaimana pun, manusia berbeza-beza dari segi reaksi emosi walapun pada peristiwa yang sama dan berkaitan dengan personaliti individu. Setiap orang mempunyai rasa minat dan pandangan yang berbeza- beza.  Selain itu juga, emosi dan personaliti berperanan dalam menentukan reaksi terhadap sesuatu perkara.  Personaliti dalam diri seseorang pasti ada sifat peramah dan juga pemalu. Hal ini juga berkaitan dengan emosi. Contohnya apabila kita berada dalam keadaan emosi yang baik dan yakin, kita akan jadi peramah apabila berjumpa dengan orang yang baru dikenali. Keadaan ini berbeza apabila kita kurang keyakinan untuk berjumpa dengan orang yang baru dikenali, perasaan atau emosi pemalu lebih dalam diri kita.

Disamping itu, personality kita juga akan sensitive atau peka terhadap sesuatu perkara yang kita anggap penting dan kita sayang. Contohnya kita lebih sensitive terhadap kedua ibu bapa kita berbanding orang yang kurang kita sayangi.  Kita juga akan menggunakan alas an yang lebih logic untuk menyelesaikan masalah. Perkara ini bertentangan apabila kita menyelesaikan masalah berdasarkan perasaan dan emosi. Apabila kita menyelesaikan sesuatu masalah berdasarkan emosi dan perasaan secara tidak langsung otak kita tidak dapat berfikir secara baik dan tidak dapat berfikir dengan bagus.

Dalam pembelajaran pada minggu ini juga, menembah penhetahuan saya mengenai kunci keperibadian Attributes. Dalam  kunci keperibadian ini, membincangkan mengenai Lokus kawalan. Perkara ini melibatkan kepercayaan bahawa hidup ini dikendalikan oleh diri kita sendiri bukan nya dikendalikan oleh orang luar. Semestinya, apa sahaja yang kita lakukan adalah tindakan yang dilakukan oelh diri kita sendiri, hanya kadang-kala perkara tersebut adalah dipengaruhi oleh persekitaran seperti kawan-kawan dan persekitaran di sekeliling kita. Dalam kunci keperibadian ini juga ada menyatakan tentang Machiallianism, iaitu kecenderungan untuk memanipulasi dan memelihara  emosional. Tambah pula dengan self-esteem yang menyatakan tentang suka atau tidak pada diri sendiri. Sepertinya kita perlu lah suka apa yang ada pada diri kita, iaitu melibatkan kelebihan yang terdapat dalam diri kita. Disamping itu juga, jika kita mempunyai kelemahan kita berusaha untuk mengatasinya supaya kita dapat jadi individu yang berkebolehan.

Kesimpulan yang dapat diberikan berkenaan pembelajaran pada minggu ini adalah emosi lebih bergantung pada situasi atau keadaan yang dialami oleh kita. Disam[ing itu juga, tret emosi dalam diri individu juga pada kebiasaan nya mempunyai pola reksi emosi yang konsisten dalam banyak situasi. Pembelajaran pada minggu ini begitu menarik untuk kita pelajari.

No comments:

Post a Comment