Friday 3 September 2010

A132245 nur hasshimaa LJ07

Pada minggu ketujuh kali ini, kami diajar dengan sesuatu yang lebih menarik. Sesuatu yang benar-benar berkait rapat dengan sesitiviti seseorang kerana ia menyentuh tentang memori-memori yang telah dicipta oleh sesorang sama ada memori indah mahupun pahit. Tajuk yang lebih spesifiknya ialah Emosi, Ingatan dan Pembelajaran. Emosi boleh memberikan kesan yang kuat terhadap ingatan seseorang.  Peristiwa yang beremosi lebih mudah diingati berbanding peristiwa yang bersifat lebih neutral atau biasa. Oleh sebab itu, tidak semua emosi mampu untuk meransang ingatan. Bahagian otak yang berhubung dengan emosi-ingatan ini ialah amygdala, cerebellum dan prefrontal cortex.


Bahagian amygdala membuat seseorang lebih tertumpu terhadap sesuatu emosi. Ianya secara kritikalnya terlibat dalam menilai dan mengira emosi terhadap sesuatu peristiwa. Ianya mampu memberi pengaruh emosi ke atas sesuatu peristiwa dan membuat kita sedar perasaan emosi yang timbul walaupun tidak memberikan perhatian. Namun, amygdala lebih kepada emosi negatif.


Bahagian otak yang kedua adalah cerebellum, dimana ianya seakan-akan motor yang mampu meransang emosi yang lebih kuat dan menjana memori takut dalam jangka masa panjang. Manakala bahagian otak prefrontal cortex pula lebih menjurus kepada mood dan kognitif. Secara ringkasnya, emosi positif mengandungi contextual details dimana ia mampu membantu memori. Emosi yang terlalu kuat juga mampu merosakkan memori terhadap peristiwa yang kurang beremosi dan maklumat ketika ianya dialami.


Kesan daripada kandungan emosi, emosi yang indah dan menenangkan lebih sukar untuk pudar dari ingatan berbanding dari emosi yang tidak diingini dan negatif. Bagi orang yang lebih tua, mereka menganggap pengalaman adalah lebih bernilai dan berharga berbanding kebijaksanaan. Namun sebaliknya pula bagi remaja kerana kebanyakan mereka menganggap kebijaksanaan adalah sesuatu yang lebih bernilai berbanding pengalaman. Manakala, kesan mood pula, ingatan lebih mudah diimbas sekiranya emosi ketika kejadian itu setara dengan emosi yang sedang dilalui. Seperti contoh, ketika kita sedang berasa bahagia, kita akan lebih mudah untuk mengingati detik-detik dan memori indah bersama orang yang tersayang.


Cara seseorang mengawal emosinya ketika menghadapi peristiwa tersebut boleh memberi kesan kepada ingatannya terhadap peristiwa tersebut. Namun, tidak semestinya keadaan emosi itu akan member kesan kepada peristiwa tersebut kerana emosi kadangkala dialamai secara semulajadi. Secara ringkasnya, proses mengimbau semula peristiwa itu adalah lebih mudah jika emosi yang dirasai ketika itu adalah seiring dengan emosi peristiwa tersebut. Seperti contohnya, semakin kita menyayangi seseorang itu, lebih banyak kita akan memikirkan tentangnya, peribadinya dengan lebih dalam dan terperinci. Emosi itu boleh dikurangkan dengan mengekspresikannya. Perbezaan tahap emosi mampu merosakkan atau membantu ingatan untuk permintaan ingatan yang berbeza.


Kami juga didedahkan dengan kesan melalui perbezaan umur dan jantina. Perempuan lebih mudah mengingati memori yang beremosi. Berbanding lelaki seperti contoh, perempuan lebih mudah mengingati tarikh-tarikh penting dalam perhubungan seperti tarikh ulangtahun perkahwinan, tetapi sukar bagi lelaki untuk mengingati tarikh begitu.  Bagi orang yang lebih tua pula, lebih mudah untuk lupa peristiwa yang tidak disenangi. Mereka juga mampu mengimbangi emosi  positif dan mengurangkan emosi negatif. Emosi dan perhatian adalah berhubungkait dan merupakan suatu fenomena.

No comments:

Post a Comment