Friday 3 September 2010

A130964 Khaidhir LJ07


           Adakalanya manusia mampu mengingati sesuatu perkara dengan baik sekali dan begitu juga sebaliknya.  Ingatan manusia dipercayai depengaruhi oleh emosi.  Ini kerana emosi adalah set-set reaksi daripada biologi badan kita dan antara salah satunya adalah reaksi kognitif manusia.  Pada kuliah yang lepas, saya telah mempelajari tajuk ke7,  Emosi dan Ingatan.  Dalam kuliah oleh Dr. Zamri itu, pelbagai perkara telah diterangkan oleh beliau mengenai emosi, ingatan, organ-organ yang berfungsi dengan ingatan dan memori dan sejauh mana manusia mampu mengingati sesuatu perkara berdasarkan perbezaan emosi, ransangan dan jantina.

 

            Emosi dan ingatan berkait rapat.  Untuk mengingat sesuatu dengan baik, pengaruh emosi adalah penting samada emosi itu positif atau negatif.  Semasa seseorang itu sedang dalam emosi negatif, mereka akan cenderung untuk mengingati perkara-perkara yang menjurus kepada emosi negatif dan  juga mereka lebih mudah untuk mengingati perkara-perkara yang meransang diri mereka untuk beremosi negatif.  Sebagai contoh, apabila seseorang itu sedang berada dalam kesesakan lalu lintas, mereka sudah pasti akan berasa marah.  Dalam kesesakan jalan raya yang sangat teruk itu, cermin sisi kereta beliau telah dilanggar oleh seorang penunggang motosikal dan cermin sisi beliau akan pecah.  Kemarahan beliau akan semakin membara dan semasa memandang ke arah motosikal itu,  otak mereka akan lebih berfungsi untuk mengingat jenis motor tersebut dan nombor pendaftaran motor itu lantas membuatkan beliau berdendam dan berusaha mencari motor tersebut.  Ini menyokong pendapat yang mana dalam kawalan emosi, manusia cenderung untuk mengingati sesuatu perkara.

 

            Dalam dimensi yang berbeza,  antara kematian saudara sendiri dengan kematian beribu-ribu umat manusia semasa tsunami di Acheh beberapa tahun yang lalu. Sudah tentu kematian saudara sendiri lebih diingati kerana kematian saudara sendiri melibatkan emosi manakala kematian beribu-ribu penduduk Acheh tiada pengaruh emosi keatas sesuatu individu.

 

            Emosi positif pula mempengaruhi seseorang untuk mengigati sesuatu peristiwa yang menyeronokkan dengan lebih bagus.  Semasa sedang berseronok dengan rakan-rakan, ketawa dan gurauan daripada rakan-rakan akan menyebabkan satu-satu individu intu mampu mengingati sesuatu peristiwa dengan lebih bagus.  Di dalam kelas dan bilik darjah pula, suasana kelas yang ceria memberi impak dalam pembelajaran kerana suasana pembelajaran yang ceria dan penuh dengan gelak tawa akan membuat pelajar lebih mengigati apa yang dipelajari berbanding belajar dalam kelas yang suram dan sunyi.

 

        Ini membuktikan bahawa emosi dan ingatan memainkan peranan antara satu sama lain.    

 

        Dalam pada itu, dalam kuliah pada Rabu yang lepas, pelajar telah didedahkan dengan bahagian-bahagian dalam otak yang berfungsi dan memainkan peranan dengan emosi dan memori.  Amygdala adalah bahagian otak yang mengawal emosi dan mentafsirkan emosi-emosi yang sedang dilalui seseorang.  Akan tetapi Amygdala lebih berfungsi kepada emosi negatif.  Cerebellum pula adalah bahagian otak yang mengawal pergerakan sesorang dan juga bahagian otak yang menyimpan memori satu-satu individu.  Cerebellum berfungsi mengingati suatu peristiwa yang telah dilalui seseorang. Seterusnya ialah prefrontal cortex yang hanya wujud apabila dipengaruhi oleh gabungan pemikiran dan  mood  tetapi jika salah satu daripadanya tidak muncul ia tidak akan berfungsi.

 

        Kesinambungan antara ketiga-tiga bahagian ini adalah apabila Amygdala mentafisr suatu emosi negatif dan Cerebellum pula menghantar neuron-neurobn dan isyarat saraf kepada motor organ dan manusia mula bertingkah laku mengikut emosi seperti menunjukkan isyarat lucah, penumbuk dan sebagainya.

 

 

            Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pelajar yang mengambil subjek pengurusan emosi ini dan maaf zahir dan batin sekiranya ada salah silap terkasar bahasa.  Sepanjang hari-hari yang mendekati hari raya ini, kawal emosi anda terutamanya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman kerana sudah pasti lebuhraya dan jalan-jalan utama akan mengalami kesesakan lalu lintas yang tidak terhingga.  Makanlah ketupat yang dianyam sendiri, ada baiknya membuat ketupat bersama sanak saudara kerana dalam proses menganyam dan memasak ketupat itu, emosi positif akan terbentuk dan jalinan erat sesama saudara akan terbina. Kawal emosi anda dan selamat hari raya.


No comments:

Post a Comment