Friday 3 September 2010

A134118 Aimi Amirah LJ07

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, tidak dapat dinafikan kuliah pada minggu ini agak berbeza dengan yang lain kerana en. zamri telah menayangkan semula video mengenai kejadian tsunami yang telah mengejutkan kita pada 26 Disember 2004. Keadaan selepas kejadian ini amat menyedihkan dengan mayat-mayat dan kemusnahan yang teruk. Video ini telah mengingatkan semula saya kepada seorang rakan saya yang telah menjadi mangsa Tsunami. Ingatan ersebut telah meransang perasaan sedih ketika saya menonton video tersebut. Tajuk kuliah pada kali ini ialah emosi dan ingatan.

Emosi dan ingatan amat sinonim dalam kehidupan kita kerana dengan mengingat sesuatu peristiwa yang berlaku terutamanya peristiwa yang menggembirakan kita akan turut mengalami emosi yang menyenangkan. Contohnya saya akan menjadi gembira ketika mengingat semula peristiwa sambutan hari jadi saya yang diadakan oleh rakan-rakan semasa di matrikulasi.  Emosi yang menggembirakan sebenarnya lebih sukar untuk dilupakan berbanding kenangan pahit kerana kita sentiasa mahu mengingatinya semula. Selain itu kita dapat mengingat dengan detail peristiwa yang menyenangkan berbanding peristiwa yang menyakitkan yang ingin kita lupakan.

 Mood juga memberi kesan kepada ingatan kita. Kesan mood terhadap ingatan terbahagi kepada dua iaitu 'mood congruence'dan 'mood dependence'. Mood congruence membuatkan kita lebih mengingati peristiwa yang telah berlaku bersesuaian dengan mood yang kita alami. Contohnya ketika sedih saya akan terdorong untuk mengingat semula peristiwa-peristiwa sedih yang telah lama saya alami dan kadangkala peristiwa tersebut tidak dapat saya ingati ketika berada dalam mood gembira. Mood dependence pula meransang ingatan kita apabila kita mengalami emosi yang sama. Contohnya saya akan mudah mengingat ajaran pensyarah apabila beliau membuat lawak atau menjadikan suasana pembelajaran lebih ceria. Oleh itu apabila saya mengulang kaji saya akan mengingat semula lawak-lawak yang diutarakan seterusnya mengingati kuliah yang disampaikan.

Tidak dapat dinafikan otak merupakan organ yang complex dalam tubuh kita, Kajian telah membuktikan bahawa bahagian otak yang paling memainkan peranan dalam mencetus emosi adalah amygdala. Amygdala juga sebenarnya lebih menjurus untuk mengingatkan kita terhadap emosi yang negatif.Cerebellum juga memainkan peranan dalam menguatkan ingatan terhadap emosi yang kuat terutamanya dalam inagatan jangkamasa yang panjang.Prefrontal cortex juga terlibat dalam proses yang rumit ini,  Kajian menunjukkan bahawa bahagian otak ini berhubung dengan dengan kombinasi keadaan emosi dan cognitive task.

Umur dan jantina juga mempengaruhi tahap ingatan. Wanita dikatakan akan mengingat dengan lebih baik berbanding kaum lelaki dan mereka juga akan cenderug untuk melupakan sesuatu peristiwa yang baru dialami sehinggalah emosi meransang semula ingatan tersebut. Wanita ternyata lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding lelaki kerana kedua-dua jantina ini dikatakan menyimpan pengalaman beremosi di bahagian otak yang berbeza.Kita juga akan cepat melupakan pengalaman pahit seiring dengan umur kita. Dalam kata lain kita akan cepat melupakan sesuatu peristiwa pahit apabila kita semakin tua.Hal ini menjelaskan mengapa orang yang lebih tua mampu mengawal emosi mereka lebih effective berbanding golongan muda. Mereka mengawal emosi dengan mengekalkan emosi positif dan menurunkan emosi negatif. KAjian menunjukkan bahawa amygdala orang tua adalah seimbang dalam mengingat emosi positive dan negative berbanding golongan muda yang hanya cenderung terhadap emosi negative. Hal ini berlaku mungkin kerana golongan yang lebih berusi cendrung untuk melupakan image negativ dalam amygdala mereka.

Kesimpulannya bukan hanya emosi sahaja yang berperanan dalam menguatkan emosi kita tetapi mood, umur dan jantina juga turut sama memainkan peranan mereka. Walaupun kita cenderung untuk melupakan kenangan pahit namun kenangan tersebutlah melatih kita untuk menjadi seorang yang lebih berpengalaman dan matang. Oleh itu ciptalah sebanyak mana kenanagan yang mampu kerana mungkin ia akan dapat menggembirakan kita di masa hadapan.Sekian.

No comments:

Post a Comment