Wednesday 29 September 2010

A128123 Ruhil LJ10

Pada minggu ke-10 ini kami telah mempelajari satu tajuk yang pada pandangan saya sangat menarik. Tajuk pada minggu ini ialah Kebijaksanaan Emosi. Sebagai Seorang manusia yang sentiasa menginginkan kehidupan yang harmoni kita seharusnya bijak mengurus emosi.

Mengurus emosi memerlukan kebijaksanaan atau boleh didefinisikan bagaimana kita sebagai manusia mengurus dan mempengaruhi emosi kita serta orang lain. Sebagai contoh bagaimana kita mengawal emosi ialah apabila kita bersedih, kita tidak terlalu mengikut perasaan sebaliknya cuba mengawal perasaan sedih. Kita seringkali mendengar atau melihat situasi  apabila seseorang bersedih mereka akan mengambil makanan dengan banyak. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya melihat situasi di mana ketika rakan baik saya kecewa dengan teman lelakinya, dia akan mengambil makanan dengan banyak berbanding hari biasa. Saya cuba bertanyakan mengapa dia bertindak demikian. Menurut kawan saya, jika dia berasa tertekan atau sedih dia akan makan dengan kuantiti yang banyak. Katanya menikmati kelazatan makanan membuatkan dia terlupa sebentar masalah yang di hadapinya dan dia berasa puas tetapi tanpa menyedari dia telah gagal mengawal emosi dengan baik. Namun sebaliknya, jika saya sedih dengan  keputusan peperiksaan yang kurang baik saya akan belajar bersungguh-sungguh.

Pada kuliah hari ini juga kami turut melakukan dua kuiz untuk mengesan emosi seseorang melalui ekspresi muka. Melalui kuiz kedua ternyata agak sukar membezakan emosi mereka daripada ekspresi muka yang dipaparkan kerana mereka terdiri daripada bangsa yang berbeza. Sebagai manusia juga kita harus bijak mengesan emosi dan tiada sindrom menafikan dalam menyatakan emosi. Seterusnya ialah Model EI yang dapat dibahagikan kepada empat iaitu Ability Based Model, The Emotional Competencies (Goleman) model, The Bar-on of Emotional Social Intelligences (ESI) dan The Trait EI model. Menurut Ability Based Model ia menjelaskan bahawa emosi boleh dikembangkan. Tambahan lagi, pada kuliah ini saya turut memepelajari satu perkataan yang agak sukar iaitu Alexithymia yang bermaksud kekosongan emosi atau boleh di jelaskan dengan gambaran seseorang yang tidak mempunyai emosi walaupun berhadapan dengan situasi yang mana pada orang lain yang menempuhnya dengan penuh emosi. Sebagai contoh, seseorang dikatakan mengidap Alexithymia jika dia tidak menunjukkan atau berasa sedih walaupun kehilangan keluarga.

Selanjutnya ialah Emotional Competencies atau lebih mudah maksudnya iaitu kebolehan yang perlu ada pada seseorang. Sebagai contoh kebolehan yang membantu seseorang dalam kerjayanya. Kebolehan seseorang yang membantunya berjaya di tempat kerja seperti kebolehannya berinteraksi dengan baik. Seseorang individu seharusnya mempunyai EQ dan IQ  yang baik, walau bagaimanapun ia bukan cirri-ciri yang lahir secara semulajadi sebaliknya kita boleh mempelajari, bimbing dan pupuk di dalam diri.

Seterusnya ialah Emotional Competence atau kebolehan seseorang untuk mengekspresikan emosi. Contohnya, keadaan seseorang apabila berada dalam kalangan orang yang emotional dia tidak akan terikut-ikut dengan mereka sebaliknya individu tersebut mampu mengawal diri sendiri serta orang lain. Emosi merupakan sesuatu yang normal dalam kehidupan manusia. Sebagai contoh emosi marah atau 'anger' tidak dipandang sebagai negatif tetapi ia merupakan reaksi kepada sifat agresif. Sifat ini juga dapat memberikan  keyakinan kepada seseorang. Namun bagi seorang ketua, tindakan agresif ini dapat menunjukkan bagaimana ia mampu mendominasi kelompoknya. Seterusnya The Constructs yang dapat di bahagikan kepada empat iaitu Self-Awareness, Self-management, Social-awareness dan Relationship Management. Self management menerangkan sejauh mana kita dapat mengawal emosi kita. Emotional self control menerangkan bagaimana kita dapat mengawal emosi yang mengganggu kita dan tidak membiarkan emosi mengawal kita. Manakala Transparency bermaksud, jujur bertindak selaras dengan nilai kita. Adaptability bermaksud bagaimana kita dapat mengadaptasi sesuatu dengan cepat. Contohnya bagaimana kita mengadaptasi cara hidup di kampus yang berbeza dengan sekolah. Ten Habits Of Emotionally intelligent merupakan topic yang menarik perhatian saya. Ia menerangkan tentang EQ, contohnya jika EQ seseorang tinggi dia akan bercakap mengikut perasaannya atau fokus hanya pada diri sendiri bukan orang lain. Kesimpulan, kebijaksanaan mengawal emosi penting dalam kehidupan setiap individu. #End

 


No comments:

Post a Comment