Friday 17 September 2010

A127214 habibah LJ08

    Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Tugasan jurnal tetap dilaksanakan walaupun dalam keadaan emosi gembira bercuti sempena hari raya. Tugasan jurnal pada kali ini berbeza dengan sebelumnya. Hal ini kerana kuliah ke lapan ini dilakukan melalui rakaman audio oleh pensyarah  Encik Zambri untuk memudahkan kami pulang berhari raya lebih awal. Di samping itu juga, kami diberikan kemudahan  serta keselesaan untuk menghantar jurnal ini selepas seminggu berhari raya. Kuliah pada kali ini bertajuk emosi dan motivasi. Oleh itu, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan semua apa yang saya faham mengenai emosi dan motivasi.
    Seperti yang kita sedia maklum, emosi yang didefinisikan oleh Kleinginna & Kleinginna (1981) ialah, "emosi adalah interaksi yang kompleks antara faktor subjektif dan objektif, yang diperantarakan oleh sistem saraf yang dapat memberikan seseorang itu menzahirkan sesuatu peristiwa melaui 4 komponen iaitu : pengalaman afektif, menghasilkan proses kognitif, menghidupkan penyesuaian fisiologikal dan perubahan tingkah laku. Motivasi bagi saya pula ialah bermaksud, pendorong kepada seseorang itu untuk melakukan sesuatu sehingga memperolehi kejayaan yang mereka telah tetapkan sendiri. Objektif pembelajaran kuliah pada kali ini ialah untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan motivasi dan sekaligus memahami perkaitan di antara emosi dan motivasi.
    Perkaitan antara emosi dan motivasi mempunyai perkaitannya dengan menjadi pendorong kepada seseorang. Hal ini dibuktikan dengan penyataan Baron & Lagon dimana, emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan.  Selain daripada itu, emosi dan motivasi dapat dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu, drive, incentive, instinct, arousal, humanistic theory, and unconscious motivation. Perkaitan antara emosi dan motivasi dapat dilihat dengan jelas dalam contoh pembunuhan dan percintaan. Sebagai contoh dalam isu pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 orang lain rakannya. Pembunuhan ini adalah bermotifkan wang semata-mata. Disebabkan pengalaman lepas pembunuh memperolehi kekayaan dalam masa yang singkat dengan melakukan penyelewengan kerjanya, dia berfikir dan memotivasikan dirinya, dengan melakukan perkara yang sama, dia dapat imbuhan yang sama. Oleh itu, penyesuaian fisiologi berlaku, dengan sikap tamak dan gelap mata, pembunuh tersebut sanggup melakukan pembunuhan yang kejam dengan membakar mangsa semata-mata mahukan harta yang diingini. Dalam contoh percintaan pula, seseorang itu berada dalam keadaan emosi gembira, suka dan seronok dalam dunia mereka. Emosi ini mendorong seseorang itu untuk sentiasa berhubung dengan pasangan yang disayangi kerana terlalu merindui sehingga mendorong seseorang itu untuk berjumpa dan memberi hadiah dan seterusnya mengakhiri percintaan dengan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati. Oleh itu emosi gembira dan suka mempunyai kaitan dengan motivasi diri dengan mengakhiri percintaan dengan  mendirikan berumah tangga.
    Walaubagaimanapun, tidak semua emosi menjadi pendorong kepada seseorng melakukan sesuatu. Sebagai contoh, keperluan untuk makan. Seseorang itu melakukan tindakan untuk makan tidak didorong oleh apa-apa emosi, tetapi itu adalah tindakan fitrah yang memerlukan kita makan kerana berasa lapar serta untuk mengelakkan diri daripada menghidap sesuatu penyakit.
    Kesimpulannya, emosi dan motivasi sangat berkait rapat di antara satu sama lain,pada pendapat saya, daripada perasaaan minat akan timbulnya motivasi yang kuat dalam diri. Jadi, minat dan diikuti dengan usaha yang berterusan adalah motivasi kepada diri seseorang itu untuk berjaya dalam sesuatu yang mereka impikan.


   


No comments:

Post a Comment