Friday 17 September 2010

A134325 Nur Akma LJ08

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam di Malaysia mahupun di luar Negara. Pada minggu hari raya ini kami diberikan peluang untuk menyiapkan jurnal pengurusan emosi kami selama seminggu. Pembelajaran kami sempena minggu cuti ini adalah melalui pembelajaran audio yang telah disediakan oleh pensyarah kami. Tajuk pembelajaran kami pada minggu ini ialah emosi dan motivasi. Tajuk kali ini sungguh menarik dan adakah emosi dan motivasi itu saling berkaitan antara satu sama lain?

    Apa yang dimaksudkan dengan emosi dan motivasi ialah salah satu perasaan yang positif dan negatif malah ia akan menjadikan kita sebagai satu motivasi. Jadi emosi dan motivasi saling berkaitan antara stu sama lain.  Emosi adalah perasaan kita.Emosi perlu, kerana ia bertindak sebagai booster kepada motivasi dalam diri kita.Buktinya? Jika kita  hepi, gembira, suka, semua yang kita buat jadi ringan, dan senang. Maka motivasi diri kita meningkat.Jika kita muram atau simply tidak gembira, apa yang kita buat semuanya jadi berat, kita tak ada mood, dan jika kita murung, ada saja yang tak kena sekaligus motivasi kita menurun dan kita tidak ada langsung motivasi.

     Emosi lebih luas maknanya dari perasaan Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi yang telah dikatakan oleh (Baron & Logan, 1993). Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Sebagai contoh perasaan cita terhadap seseorang akan melibatkan diri untuk bermotivasi seperti ingin menyayangi dan dicintai sekaligus perasaan ini akling tidak akan memotivasikan diri. Selain itu emosi negatif juga boleh mendorong seseorang itu untuk  memotivasikan diri mereka terhadap jenayah. Sebagai contoh berlakunya pembunuhan disebabkan perasaan dengki dan benci terhadap seseorang. Baru-baru ini mengenai berita tergempar  yang melibatkan jutawan Malaysia dan tiga orang yang lain yang telah dibunuh dengan kejam dan tragis. Hal ini menyebabkan emosi negatif seseorang itu yang telah menyebabkan berlakunya pembunuhan.     

    Di samping itu, tidak semua keadaan, emosi menjadi pendorong (motivator) dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Sebagai contoh, keperluan untuk makan. Seseorang itu melakukan tindakan untuk makan tidak didorong oleh apa-apa emosi, tetapi itu adalah tindakan fitrah yang memerlukan kita makan kerana kita berasa lapar. Emosi juga dibentuk oleh peraturan-peraturan yang memang tersemai dalam budaya kita. Cara kita melahirkan emosi adalah berbeza mengikut masyarakat dalam budaya barat dan juga timur. Motivasi pula adalah dimana kita memilih tindakan-tindakan yang perlu dilakukan. Samada kita menangani masalah tersebut atapun kita melarikan diri dari masalah yang kita hadapi.

    Maka kesimpulannya, emosi dan motivasi bolah dikatakan saling berkaitan dan juga saling tidak berkaitan bergantung kepada keadaan tertentu. Tidak kiralah emosi positif mahupun emosi negatif ia mampu untuk memotivasikan diri kita. Sekian terima kasih..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...end.#


No comments:

Post a Comment