Friday 3 September 2010

A123114 DILA LJO7

Kuliah kali ini En.zambri membicarakan mengenai emosi dan ingatan. Semasa proses pembelajaran, En.zambri telah memainkan video mengenai kejadian tsunami terburuk yang pernah  melanda beberapa buah Negara di kawasan Asia terutamanya di kawasan Asia Tenggara yang telah menerima impak yang besar hasil bencana alam itu terutamanya pada Negara Indonesia yang telah kehilangan banyak nyawa pada disember 2004. Kejadian itu telah meninggalkan kesan trauma yang mendalam kepada mangsa daripada segi emosi dan ingatan yang tidak mungkin terpadamkan. Untuk tajuk ini kita mungkin tertanya-tanya samada emosikah yang membangkitkan ingatan atau ingatan dahulu yang akan membangkitkan emosi. Bagi memahami emosi dan ingatan ini kita perlu mengetahui bahawa emosi dan ingatan  telah dibahagikan kepada dua  iaitu kandungan emosi dan  keadaan emosi.

 

Kandungan emosi yang kuat atau tinggi akan menyebabkan sesuatu informasi itu lebih diingat oleh kita daripada emosi yang tidak kuat yang akan mengurangkan kemampuan kita untuk mengingat sesuatu informasi. Selain itu, emosi yang gembira juga selalunya akan membuatkan kita mudah untuk mengingat daripada emosi yang tidak gembira. Contohnya saya sendiri jika situasi itu membuat kan saya gembira saya lebih suka dan mudah untuk mengingat situasi itu berbanding semasa emosi saya tidak gembira. Dimana, saya mudah untuk meningatkan kembali kenangan yang manis yang membuatkan emosi saya gembira seperti peristiwa saya bercuti bersama dengan rakan-rakan berbanding emosi negative yang akan menyebabkan saya cuba untuk melupakan kejadian yang menyedihkan seperti keputusan yang tidak beberapa baik di dalam peperiksaan UPSR sehingga ingatan pada masa itu menjadi samar-samar kerana saya telah menyimpan kenangan itu ke tempat yang jauh di dalam memori saya.

 

Komponen emosi dan ingatan seterusnya adalah keadaan emosi ( mood ). Keadaan emosi ini terdapat dua kesan iaitu kesepadanan perasaan ( mood congruence ) dan kebergantungan perasaan ( mood independence ). Kesepadanan perasaan ini terjadi bila kita mengingat kejadian yang sepadan dengan perasaan kita. Sebagai contoh yang telah dinyatakan dalah nota kuliah iaitu apabila kita menghadapi kemurungan kita akan lebih banyak mengingat perkara yang negatif. Situasi terdekat yang boleh saya padankan dengan kesepadanan perasaan ini adalah hubungan suami isteri. Apabila suami atau isteri bergaduh mereka akan mengungkit perkara-perkara yang lepas iaitu perkara yang negative dan tidak menyenangkan hati utnuk disesuaikan dengan perasaan sedih atau sakit hati yang dialami sekarang. Selain itu, apabila saya melihat rakan saya yang bersedih kerana kehilangan salah satu anggota keluarga saya secara langsung perasaan saya pada waktu itu akan berasa sedih dan saya akan teringat peristiwa kehilangan arwah adik saya tidak lama dulu. Disini dapat dilihat saya telah memadankan emosi saya yang sedih itu dengan peristiwa yang negatif.

 

Kebergantungan perasaan pula merujuk kepada fakta yang lebih mudah diingat apabila perasaan yang didapatkan kembali berpadanan dengan perasaan yang telah dienkodkan.  Ini bermaksud peluang untuk ingat sesuatu kejadian atau fakta adalah besar jika berlaku kebangkitan tahap emosi semasa merasai pengalaman kejadian. Sebagai pemudah pemahaman, saya mengambil contoh kejadian yang berlaku dalam hidup saya seperti apabila saya merasa gembira saya akan mudah untuk ingat kembali peristiwa yang pernah membuat saya gembira pada masa sekarang iaitu pada minggu lepas saya gembira kerana dapat melawat ke kampung kawan saya dan melihat suasana sawah yang di penuhi oleh burung bangau dan perasaan gembira ini telah mengingatkan saya dengan perasaan gembira yang serupa semasa saya berada dikampung dan berjalan di tengah sawah sambil menikmati pemandangan yang damai.

 

Secara kesimpulannya, emosi dan ingatan saling lengkap-melengkapi kerana emosi mampu membangkitkan kembali ingatan kita kepada sesuatu peristiwa dan ingatan juga yang akan menyebabkan kita merasa emosi yang telah dibangkitkan.

No comments:

Post a Comment