Friday 3 September 2010

A134325 Nur Akma LJ07

        Pada minggu ini, seperti biasa saya telah menghadiri kelas pengurusan emosi. Kelas pada minggu ini boleh dikatakan penuh dengan pelajar kerana masing-masing ingin mengambil tahu mengenai pengurusan emosi kerana pada minggu hadapan warga UKM akan bercuti sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi pada permulaan kelas kami telah ditontonkan beberapa video mengenai perasaan emosi sedih iaitu video yang bertajuk Indonesia menangis dan mengenai Tsunami yang melanda beberapa negara. Jadi disini pensyarah kami ingin mengaitkan tajuk yang akan dipelajari pada minggu ini iaitu Emosi Ingatan Dan Pembelajaran. Sebagai contoh jika berlaku sesuatu bencana yang besar seperti Tsunami yang melanda dan banyak nyawa yang hilang serta harta benda yang musnah, maka adakah emosi kita akan mudah mengigati peristiwa tersebut ataupun sebaliknya. Jadi persoalan disini adakah emosi membantu kita untuk mengigati sesuatu peristiwa itu?

            Pertama sekali, seperti yang telah kami pelajari iaitu emosi mempunyai dua komponen iaitu yang pertama ialah yang berkaitan dengan kandungan emosi iaitu emosi yang ingin kita ingati. Sebagai contoh hari lahir seseorang yang bermakna dalam hidup kita, maka kita akan sentiasa untuk mengigati tarikh tersebut untuk memberikan seseorang itu berasa amat dihargai. Kedua pula ialah mengenai keadaan emosi kita iaitu emosi yang akan memberi kesan kepada pembelajaran dan ingatan kita. Sebagai contoh jika kita berasa seronok dan gembira ataupun sedih, emosi itulah yang mudah kita ingati berbanding dengan keadaan kita yang berasa bosan, maka kita akan mudah lupa. Jadi disini keadaan emosi seseorang itu memainkan peranan yang penting dalam ingatan. Pada masa yang sama emosi yang kuat dapat memberi ruang kepada memori untuk mengurangkan keadaan yang beremosi. Jadi mengigati amat mudah apabila mood kita bersesuaian dengan pengalaman kita. Sebagai contoh, dalam pembelajaran jika kita telah mempelajari dan mengetahui apa yang diterangkan oleh pensyarah, maka lebih mudah untuk kita mengigati pembelajaran tersebut.   

            Selain itu saya juga dapat mempelajari bahagian-bahagian yang terlibat dalam otak kita semasa kita sedang beremosi dan mengigati sesuatu perkara. Jadi bahagian otak yang telah memainkan peranan dan mempengaruhi emosi dan ingatan ialah amygdala, cerebellum dan prefrontal cortex. Setiap bahagian otak tersebut mempunyai peranannya masing-masing seperti amygdala merupakan bahagian yang paling mempengaruhi emosi kerana bahagian ini yang mengesan setiap peristiwa yang menerjah masuk ke dalam otak kita dimana peristiwa yang memberi impak kepada emosi seseorang dan berperanan untuk mengigatkan seseorang itu kepada peristiwa yang pernah berlaku. Emosi yang dapat dikesan ialah emosi yang negatif sebagai contoh seseorang yang telah dimarah,dicuri,dibuli dan sebagainya. Manakala paras emosi dan tugas pemikiran pula digabungkan dan diberi peranan terhadap cerebellum dan prefrontal cortex.

            Seterusnya, umur dan jantina pula dapat membezakan proses emosi dan ingatan mereka. Semasa pembelajaran kami telah ditontonkan satu video mengenai perbandingan antara wanita dan lelaki. Daripada itu kita dapat membezakan emosi antara lelaki dan wanita. Seperti yang kita ketahui bahawa wanita lebih ingat mengenai memori emosi dan mereka juga lebih senang untuk lupa mengenai perkara yang berlaku secara mendadak.  Selain itu juga, ada perbezaan mengenai faktor umur dalam untuk mengingati memori. Sebab itulah orang tua lebih mudah untuk lupa berbanding dengan orang muda. Jadi sebagai kesimpulannya emosi merupakan lumrah bagi setiap manusia. Emosi juga dapat dikaitkan dengan keadaan persekitaran sekaligus dapat memberikan bentuk emosi dari segi positif mahupun negatif.  Sekian terima kasih. # end       

                   


No comments:

Post a Comment