Thursday 30 September 2010

A133501 Jannah LJ10

Saya amat menanti untuk tajuk ini kerana menurut rakan saya, ini adalah tajuk terakhir dalam membuat e-Journal.  Walaubagaimanapun, jika masih ada lagi e-Journal selepas ini, insyaallah saya akan memberikan yang terbaik. Pada minggu ini, saya datang agak lewat kerana terlamabat keluar dari bilik. Sebaik sahaja saya duduk di dalam kelas, pensyarah kami menayangkan beberapa kuiz mengenai emosi melalui ekspresi emosi. Kuiz pertama amat senang kerana ekspresi muka yang ditayangkan amat jelas seperti sedih, gembira, jijik, dan terkejut. Saya amat gembira kerana telah mendapat markah penuh di dalam kuiz itu. Pada kuiz kedua pula amat susah. Begitu berbeza dengan kuiz pertama. Ini kerana ekspresi muka yang ditunjukkan seperti tidak menunjukkan sebarang emosi. Akhirnya, saya hanya mendapat satu markah. Kuiz tersebut memang begitu mengelirukan. Tujuan kuiz ini adalah kerana ada berkaitan dengan topik pada minggu ini. Minggu ini kami didedahkan dengan Tajuk 10 iaitu Kebijaksanaan Emosi.

                Apakah itu pengurusan emosi? Menurut Totterdell, pengurusan emosi ialah cara seseorang menguruskan emosi dan mempengaruhi emosi mereka sendiri dan cara mempengaruhi emosi orang lain. Berlainan pula dengan kebijaksanaan emosi. Menurut Salovey & Mayer, definisi kebijaksanaan emosi ialah keupayaan kita untuk mengesan emosi pada diri sendiri dan orang lain dan  menggunakan informasi untuk membantu dalam pemikiran. Contohnya seperti pengalaman adik saya sebelum ini. Dia telah menjalinkan hubungan secara senyap dengan seseorang lelaki yang muda setahun darinya. Tetapi dia tahu bahawa ibu saya pasti tidak membenarkan dia menjalinkan hubungan sebelum tamatnya sekolah. Terlalu banyak bukti dia telah bercinta seperti ibu terjumpa surat cinta tetapi dia terus menafikan. Pada suatu hari, ibu dapat membongkar rahsianya. Pada saya, mungkin ketika saat dia menafikan hubungannya,dia kelihatan agak gelabah dan cemas. Kebiasaannya, seseorang ibu tahu perihal anaknya. Sebenarnya, dengan berlakunya perubahan ekspresi dan bahasa badan, pasti berlaku sesuatu. Pertama kali saya mendengar ayat ini iaitu Alexithymia dan saya begitu tertarik untuk mengetahuinya. Alexithymia adalah gejala kekosongan emosi. Orang yang mengalami  masalah ini merasai tidak tahu apa perasaan yang dia sedang alami, mereka tidak dapat menyatakan secara terbuka apakah emosi yang mereka sedang alami, mereka merasakan mereka tiada perasaan marah, suka dan sedih, dan jarang menangis. Pasti sukar hidup sebegini kerana emosi sepatutnya normal di dalam diri seseorang manusia.

                Terdapat empat Model El iaitu 'Ability Based Model', 'The Emotional Competencies ( Goleman ) Model', 'The Bar-On Model of Emotional –Social Intelligence( ESI )', dan 'The Trait El Model'. Tetapi kita lebih fokus kepada dua model pertama. 'Ability Based Model' ini mencadangkan  individu berbeza dari segi kemampuan memproses maklumat tentang tabii emosi dan kemampuan menghubungkan pemprosesan emosi kepada kognisi yang lebih luas. Terdapat empat jenis kemampuan dalam EQ iaitu mengenalpasti emosi, menggunakan emosi, memahami emosi, dan mengurus emosi. 'The Emotional Competencies ( Goleman ) Model' pula telah diperkenalkan oleh Daniel Goleman. EQ ialah kebolehan selain daripada akademik. Sebenarnya, EQ bukanlah semulajadi tetapi mesti dipelajari. Goleman mendapati fungsi El amat berguna untuk diaplikasikan dalam sesuatu kerja dan boleh mendorong kepada kejayaan. Aspek-aspek Goleman ialah kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial, dan pengurusan hubungan. Kesedaran diri ialah keupayaan baca emosi seseorang dan mengenalpasti impak mereka. Pengurusan diri pula untuk melihat sejauh mana seseorang dalam mengawal emosi dan mengadaptasi keadaan persekitaran. Jangan sesekali membiarkan emosi mengawal kita kerana apabila emosi menguasai diri, macam-macam perkara buruk boleh berlaku seperti membunuh diri. Kita mesti mengadaptasi keadaan sekeliling seperti keadaan saya sekarang. Dulu di matrikulasi dan sekolah, guru membimbing saya untuk berjaya tetapi kehidupan di universiti ternyata berbeza. Semuanya perlu dilakukan sendiri dan saya rasa saya akan membiasakan diri saya pada kehidupan universiti ini.

No comments:

Post a Comment