Saturday 21 August 2010

A135345 YUVARANI NAIR A/P SUKUMARAN LJ03

file:///Users/seetha/Desktop/slide0001_image003.jpg
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Prof Ahmad Zamri Bin Mansor. Minggu ini merupakan minggu ketiga saya menghadiri kuliah untuk kelas Pengurusan Emosi. Tajuk kuliah minggu ini adalah Teori-teori Fisiologikal Kognitif Dan Psikoanalitik. Sebenarnya, tajuk ini telah ditangguhkan daripada minggu pertama saya menghadiri kelas ini kerana dikatakan ianya agak sukar.

Mengulas kuliah minggu ini yang bertajuk Teori-teori Fisiologikal Kognitif Dan Psikoanalitik. Tajuk ini boleh dikatakan lebih berfokus kepada teori-teori yang menerangkan sebab dan cara terhasilnya sesuatu emosi.

Menurut pengalaman emosi, teori evolusioner tidak dapat menjelaskan persoalan-persoalan separti : apakah yang menjadikan kita gembira atau sedih pada sesuatu peristiwa; apakah turutan peristiwa apabila kita mengalami sesuatu perasaan; bagaimanakah pengamatan dikaitkan kepada subjectif pengalaman emosi; dan apakah hubungan antara emosi dan tingkah laku. Kebanyakan teori utama bersetujui bahawa terdapatnya beberapa komponen pada emosi, iaitu perasaan (subjective feelings), penilaian minda (cognitive appraisal), perubahan secara fisilogikal (physiological arousal), pergerakan badan (motor expression), dan keperluan untuk bertindak berdasarkan emosi-emosi (motivational tendencies). Walau bagaimanapun, teori-teori ini berbeza berdasarkan kepentingan pelbagai komponen dan kemunculan komponen-komponen ini ketika urutan peristiwa yang mengandungi respon emosi. Selain itu, teori-teori ini turut dibezakan kepada teori fisiologikal (Physiological basis), teori kognitif (Role of cognition), dan teori psikoanalitikal (Role of the unconscious).

Pertama sekali, saya ingin mengulas Teori Fisiological. Teori ini menekankan bahawa emosi terhasil melalui otak dan sistem saraf, dan dirangsang daripada tindak-balas fisiological. Terdapat tiga pendekatan utama yang digunakan dalam teori ini, iaitu The James-Lange Theory, The Cannon-Bard Theory, serta Psychobiological Approaches.

The James-Lange Theory merupakan teori psikologi yang dirumuskan oleh William James dan disokong oleh Carl Lange. Hipothesis yang dirumuskan daripada teori ini adalah bahawa emosi terhasil daripada reaksi fisiologikal terhadap perangsang. Jika dihuraikan dengan lebih jelas, teori ini menyatakan yang sesuatu situasi akan menyebabkan reaksi tubuh yang menghasilkan emosi.
Manakala, Common-Sense Theory pula mengatakan bahawa sesuatu situasi akan menyebabkan emosi dan dari situlah terhasilnya reaksi tubuh.

The Cannon-Bard Theory adalah teori yang dirumuskan oleh Walter Cannon dan Phillip Bard. Menurut Cannon, sistem organ yang menghasilkan respon bertindak yang sangat lambat terhadap rangsangan. Tetapi pada hakikatnya reaksi emosi berlaku dengan pantas terhadap rangsangan. Dengan itu, The Cannon-Bard Theory mencadangkan bahawa rangsangan dalaman dan luaran yang menjurus kepada deria impuls dihantar kepada otak dan seterusnya mengakibatkan reaksi emosi. Oleh itu, sesuatu rangsangan menjurus kepada respon tubuh serta reaksi emosi secara serentak. Dalam kata lain, rangsangan akan menyebabkan reaksi emosi dan berakhir dengan respon.

Psychobiological Theory pula merupakan teori yang diusahakan oleh Jack Panksepp. Menurutnya, emosi asas berhubung-kait dengan neural circuits spesifik. Beliau mencadangkan enpat emosi asas, iaitu takut (fear), marah (rage), panik (panic), dan harapan (expectancy), masing-masing disertakan sistem perintah tersendiri di dalam otak. Beliau turut mengusulkan bahawa neurochemicals mungkin juga disertakan dengan pelbagai sistem perintah emosi. Contohnya, Dopamine dan Acetycholine.

Setelah mempelajari ketiga-tiga teori ini, saya cuba mengaitkan beberapa pengalaman saya. Salah satu daripadanya ialah pengalaman saya semasa menyertai kem kepemimpinan di Kem Pos Raya, sebuah perkampungan orang asli yang berdekatan Cameron Highlands. Pada ketika itu, saya berumur 17 tahun dan telah dipilih untuk mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah. Pada malam hari pertama saya berada di sana, semua peserta dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti Night Walk. Kami dikehendaki mengikut dua orang guru penasihat dan dua orang lagi penduduk di situ tanpa menggunakan lampu suluh. Kita telah merentasi kawasan hutan yang tebal hanya bergantung dengan cahaya bulan pada malam itu. Selepas merentasi hutan, kami diarahkan menyeberangi sungai yang sedang deras mengalir dengan menjadikan batu-batu sebagai jambatan. Sememangnya batu-batu itu besar-besar belaka, tetapi keadaan persekitaran yang gelap dan permukaan batu-batu yang licin membimbangkan kami. Keempat-empat pengiring bersama beberapa rakan saya telah pun menyeberangi sungai tersebut dan menunggu saya di seberang sungai. Bunyi air sungai yang menghempas batu-batu itu mewujudkan imaginasi seolah-olah Tsunami yang sedang berlaku. Pada ketika itu, fikiran saya memang celaru dan asyik terbayang yang saya akan jatuh ke dalam sungai dan mati lemas. Disebabkan imaginasi saya, saya berasa semakin takut dan gelisah. Jika diberi pilihan, saya semestinya tidak akan menyeberangi sungai itu. Saya lebih rela berpatah-balik ke arah hutan itu seorang diri tetapi semua orang yang berada di seberang sungai asyik menyahut nama saya. Saya terlalu takut sehingga air mata saya telah mengalir berderet-deret dan saya memeluk pokok di sebelah saya dengan sekuat yang mungkin. Setelah sekian lama menangis, salah seorang guru pengiring terpaksa kembali ke sebelah sini semata-mata untuk mengiring saya menyeberangi sungai tersebut. Saya masih ingat yang sewaktu saya menyeberangi sungai itu pun saya menangis tidak terhenti-henti dan telah menjadikan guru saya ganti kepada pokok yang saya memeluk sebelum itu.
Mengaplikasikan pengalaman saya dengan teori-teori yang dipelajari, saya berpendapat bahawa rumusan The Cannon-Bard Theory lebih tepat. Hal ini adalah kerana sesuatu respon hanya akan berlaku setelah terlahirnya emosi dan bukan sebaliknya. Sememangnya benar hujah Cannon dalam konsepnya yang mengatakan bahawa sistem organ lambat menghasilkan respon. Dan kadar denyutan jantung, tekanan darah serta fungsi penghadaman tidak mempunyai upaya dalam penentuan emosi yang dialami.

Di samping mengkaji tiga teori di atas, kuliah minggu ini turut menfokuskan kepada Teori Kognitif. Teori pula dapat dibahagikan kepada empat komponen berlainan. Antaranya adalah Schachter's Cognitive Labelling, Misattribution, Transfer of Excitation, dan Cognitive Appraisal.

Secara ringkasnya, Schachter's Cognitive Labelling Theory 
menunjukkan peranan pengecapan kognitif dalam menentukan emosi yang dialami.
Misattribution menyatakan yang kebanyakan orang akan melakukan kesilapan dalam menganggap sesuatu emosi dengan punca yang salah.
Transfer of Excitation pula memaparkan bagaimana sesuatu rangsangan dipindah kepada yang lain.
Cognitive Appraisal Theories merumuskan bahawa proses-proses pemikiran bertanggungjawab merangsangkan respon emosi serta tingkah laku yang dicorakkan untuk mengatasi situasi emosional.

Kesimpulannya, teori-teori yang dipelajari ini jika ditafsir dengan tepat dan diterapkan ke atas pengalaman sendiri, maka bolehlah kita semua lebih memahami diri sendiri dan juga perasaan orang di sekeliling kita.

No comments:

Post a Comment