Saturday 21 August 2010

Akif Basri A126895 LJ05

Menurut teori fisiologikal, emosi yang ditunjukkan oleh manusia merupakan hasil tindak balas otak dan sistem saraf. Di bawah teori ini, terdapat tiga lagi teori lain iaitu James-Lang theory, Cannon- Bard theory dan Psychobiological theory. Teori James-Lang menyatakan bahawa emosi mencetuskan reaksi fisiologikal terhadap rangsangan. Maksudnya, emosi bertindak terlebih dahulu, baru lah fisiologi badan bertindak. Sebagai contoh, seseorang yang terlihat harimau di tengah hutan akan mula merasa takut (emosi) dan fisiologi badan akan bertindak seperti tubuh menggeletar, berpeluh dan sebagainya.

 

Teori Cannon-Bard pula mengkritik teori James-Lang. Cannon dan Bard berpendapat bahawa sistem organ (fisiologi) yang menjadi pencetus reaksi emosi. Maksudnya, organ-organ dalam badan bertindak dan menghantar mesej ke otak untuk memilih emosi. Walaubagaimanpun, seseorang akan bertindak balas terhadap rangsangan tertentu dan mengalami emosi yang sama secara serentak. Misalnya, si polan yang terlihat harimau di tengah hutan tadi (situasi) akan menggeletar tubuhnya, jantung berdegup laju, berpeluh dan sebagainya, dan mengalami emosi takut secara serentak.

 

Saya lebih bersetuju dengan teori James-Lang bahawa emosi bertindak terlebih dahulu sebelum fisiologi badan. Ini kerana saya berpendapat manusia dikurniakan akal dan rasionaliti untuk memilih emosi. Misalnya, bukan semua orang akan terus takut dan lari apabila terlihat anjing liar. Ada yang memilih untuk bertenang dan melakukan tindakan yang lebih bijak seperti duduk dan tidak bergerak, kerana anjing hanya akan mengejar kita sekiranya kita berlari. Contoh lain, apabila kita dimalukan di hadapan orang lain, kita boleh memilih untuk berasa malu dan sedih, atau tetap bergembira seperti menggelakkan diri sendiri atau bertenang. Apabila kita boleh memilih emosi sendiri, barulah organ-organ dalam badan akan bertindak. Kesannya dapat dilihat seperti muka merah apabila malu, gelak apabila gembira, berpeluh apabila takut dan sebagainya.#

 

No comments:

Post a Comment