Friday 20 August 2010

A134717 CHAN SEE YA LJ05

Minggu ini, saya telah belajar tentang teori yang mengenalkan hubungan minda, reaksi tubuh badan dan juga emosi. Teori yang pertama adalah Teori Fisiologi. Teori ini menekankan emosi adalah hasil daripada otak dan sistem saraf. Tedapat 3 teori menyokong teori ini iaitu teori James-Lange, teori Cannon-Bard dan teori Fisiobiologikal. Teori James-Lange dirumuskan oleh William James pada tahun 1884 dan disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887. Jadi, teori ini telah menjadi sebagai teori yang sah iaitu dinamakan sebagai teori James-Lange Teori ini mengatakan hasil reaksi tubuh akan berlaku dan diikuti oleh emosi. Sebagai contohnya, apabila kita terkena sesuatu yang panas, tangan kita akan mengelak dahulu dan barulah kita berasa sakit. Teori yang seterusnya ialah teori Cannon-Bard, mengatakan bahawa sistem organ yang mencetuskan respon emosi adalah sangat lambat terhadap rangsangan. Jadi, situasi akan melahirkan emosi dahulu dan diikuti oleh reaksi. Teori yang seterusnya ialah teori fisiobiologikal. Teori ini dikembangkan oleh Panksepp Jack pada tahun 1982. Teori ini mengatakan emosi asas manusia mempunyai kaitan dengan litar saraf di bahagian otak. Panksepp Jack telah mencadangkan 4 dasar emosi iaitu marah, takut, panik, dan harapan. Keempat-empat emosi ini berinteraksi untuk menghasilkan emosi yang lain.
   Teori yang kedua ialah Teori Kognitif. Teori ini adalah perkembangan dari teori fisiologi. Beberapa teori moden telah dicadangkan bahawa kognitif ataupun fikiran merupakan peranan utama dalam menghasilkan emosi. Terdapat empat teori yang lain yang menyokong teori ini, iaitu Schachter's Cognitive Labeling Theory, misattribution, transfer of excitation dan juga kognitive appraisal theories. Schachter's Cognitive Labeling Theory menerima James-Lange teori tatapi memperkenalkan satu item baru iaitu label kognitif. Misattribution adalah kesilapan dalam menganggap sesuatu hasil daripada sesuatu. Teori transfer of excitation adalah pemindahan keadaan emosi yang terangsang. Manakala teori cognitive apprcisal theory mempunyai dua penilaian iaitu penilaian terhadap pentingnya rangsangan dalam kaitan antara kesejuhteraan dan juga penilaian atas sumber dan strategi mengatasi perkara yang mungkin berlaku bagi setiap tekanan yang tumbuh atas situasi emosi.
    Teori yang ketiga ialah Teori Prikoanalitik. Fisiologi dan kognitif merupakan teori yang bersifat sedar akan pengalaman emosional. Sigmond  Freud tidak setuju akan hipotesis pengalaman emosional adalah
proses tidak sedar. Misalnya, kita tidak sedar akan emosi, motif, kenangan masa dahulu dan ia tetap akan mempengaruhi kita. Begitulah junual saya pada minggu ini. Sekian terima kasih.#

No comments:

Post a Comment