Friday 20 August 2010

A133361 CHIN HUI JING LJ05

            Teori evolusi tidak menentukan turutan elemen-elemen semasa tindak balas  terhadap sesuatu stimuli  berlaku. Teori fisiologi menekankan emosi ialah hasil daripada sistem saraf yang pertama bertindak terhadap rangsangan atau stimuli. Terdapat tiga teori yang berkaitan dengan teori fisiologi,iaitu teori daripada James Lange,Cannon-Bard dan teori psikobiologi.

Contohnya,semasa saya ternampak seekor ular,iaitu stimuli,saya akan mempunyai emosi takut akibat mesej yang dihantar melalui sistem saraf. Selepas itu,reaksi tubuh atau tingkah laku seperti melarikan diri baru akan berlaku. Inilah dinamakan teori "common sense". Namun,teori James-Lange pula berbeza daripada teori "common sense" kerana menyatakan bahawa reaksi tubuh berlaku sebelum emosi dilahirkan. Teori ini dibantah oleh Cannon-Bard yang menyatakan organ yang dirangsang oleh stimuli bertindak lambat terhadap stimuli. Justeru,stimuli akan diikuti dengan emosi kerana jika tindak balas fisiologi diikuti selepas stimuli,respons emosi berlaku terlalu lambat.

Cannon dan Philip Bard mencadangkan bahawa stimuli luaran atau dalaman mendorong mesej disampaikan melalui sistem saraf dan seterusnya melahirkan emosi. Seseorang akan bertindak terhadap stimuli tertentu dan mengalami emosi secara serentak. Misalnya,seseorang yang pernah terjatuh dari gunung akan mempunyai emosi takut semasa berada di tempat yang tinggi. Justeru,persepsi untuk emosi  akan menjejaskan tindak balas terhadap stimuli. Hal ini akan berlaku jika seseorang pernah mengalami situasi dan emosi tersebut sebelum ini. Sebaliknya,seseorang yang tidak pernah terjatuh dari gunung tinggi tidak ada emosi takut apabila berada di atas gunung dan mungkin dia berasa gembira kerana pernah ada pengalaman manis di atas gunung itu. Semasa saya terlihat mangsa pembunuhan yang berlumuran darah yang merupakan stimuli,saya akan mempunyai emosi takut. Selepas itu,saya akan menoleh ke arah lain dan seterusnya melarikan diri.

Mengikut teori psikobiologi,emosi asas berkaitan dengan jalan atau  "circuit"system saraf tertentu. Empat emosi asas yang saling berhubung kait akan melahirkan emosi. Teori James-Lange diterima oleh Schachter tetapi menambahkan elemen kognitif dalam reaksi badan. Teori kognitif pula menyatakan bahawa pemikiran kognitif memainkan pemikiran utama dalam kelahiran sesustu emosi. Pemikiran kognitif atau penamaan sesuatu emosi akan menentukan emosi yang akan dialami. Contohnya,apabila diajar oleh seorang cikgu yang tegas dan garang,kita akan berasa takut. Hal ini kerana penamaan emosi telah  menentukan kita akan takut pada cikgu yang garang  sebelum emosi yang dilahirkan secara terus daripada situasi  berlaku. Dalam kata lain,sesuatu emosi telah dirangka untuk menangani situasi tertentu. Perangkaan bentuk emosi bergantung pada pengalaman lalu yang telah dialami yang mewakili sesuatu emosi.

Terdapat juga orang yang salah mentafsir emosinya atau seseorang. Contohnya,perasaan terhutang budi pada seseorang biasanya akan ditafsir sebagai perasaan ada hati dengan seseorang yang pernah membantunya pada masa genting. Apabila kita melihat seseorang yang berdiam diri, kita akan berpendapat bahawa dia malu untuk bercakap di depan orang ramai. Namun,sebenarnya dia sedang memikirkan idea-idea yang lebih baik untuk dibentangkan. Teori ini juga mencadangkan bahawa terdapat pemindahan sesuatu emosi yang terangsang dari suatu situasi ke situasi yang lain yang tiada perkaitannya. Menurut kajian yang telah dilakukan,peserta yang baru habis merentasi jambatan tinggi kalau ditemu ramah oleh wartawan wanita,emosi atau perasaan tertarik hati pada wanita akan berlaku. Hal ini kerana emosi terangsang semasa merentasi jambatan telah mengalih atau berpindah ke situasi ditemu ramah. Ini menyebabkan emosinya turut terangsang apabila melihat wanita dan seterusnya terpikat oleh wanita itu. Dalam situasi selepas seseorang yang baru habis menaiki basikal,dia akan bersifat lebih agresif dan cepat marah jika disuruh. Hal ini kerana emosi nya semasa menunggang basikal berpindah ke situasi lain. Seseorang yang baru balik dari bercinta tidak akan berasa marah walaupun dimarahi oleh ibu atau kawannya. Hal ini kerana emosi gembira semasa bercinta mengalih ke situasi lain.end#

 

 


No comments:

Post a Comment