Friday 20 August 2010

A127214 Nur Habibah LJ05

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung blog ZZZT2253.  Kuliah ke lima pada kali ini kami mempelajari perhubungan antara minda dengan emosi ataupun perturutan sesuatu peristiwa sehingga melahirkan emosi itu. Bagi saya kuliah pada kali ini agak sukar untuk difahami jika tiada tumpuan yang baik dalam menghayati isi kandungan kuliah yang disampaikan. Hal ini kerana, kuliah pada kali ini menekankan pandangan tokoh-tokoh falsafah mengenai  teori emosi daripada sudut-sudut yang berlainan. Teori-teori yang dinyatakan itu ialah teori fisiologikal, teori kognitif dan juga teori psikoanalitik.

Hasil daripada penelitian mengenai teori-teori ini, saya lebih berminat untuk mengetengahkan teori fisiologikal untuk dikongsikan di sini.Teori fisiologikal ini menyatakan bahawa ia berasal daripada reaksi fisiologi terhadap ransangan  minda (stimulus). Dalam teori ini kita dapat lihat perbincangan yang mendalam mengenainya iaitu melalui teori tiga tokoh utama iaitu, Teori James-Lang (The James-Lang Theory), Teori Cannon-Bard dan Teori Fisikobiologikal.

Teori James-Lang  merupakan teori yang tertua, yakni teori yang diasaskan oleh William James pada tahun 16884. Teori ini telah mendapat sokongan daripada Carl Lange 1887 menjadikan teori ini dikenali sebagai James-Lang. Apa yang dikemukan oleh teori ini adalah, reaksi fisiologi terhadap sesuatu ransangan merupakan pencetus kepada sesuatu emosi.  Buktinya teori perturutan emosi ini bermula dengan situasi, kemudian reaksi tubuh dan barulah diikuti dengan emosi. Untuk melihat dengan lebih jelas lagi teori ini, kita lihat situasi ini. Apabila seseorang itu melihat anjing, dia akan melarikan diri kerana berasa takut kemungkinan anjing itu akan mengejarnya.  Kesimpulan berdasarkan perturutan teori emosi ini dapat disimpulkan dengan menyatakan, keadaan seseorang melihat anjing itu dikategorikan sebagai situasi, kemudian tindakkannya melarikan diri itu berada pada tahap reaksi tubuh dan yang seterusnya barulah emosi dilahirkan, iaitu perasaan takut. Teori yang dikemukan oleh James-Lang ini bertentangan dengan comman-sense. Oleh hal yang demikian saya tidak bersetuju dengan teori yang beliau kemukakan ini. Ini kerana bagi pendapat saya dan berdasarkan daripada pengalaman-pengalaman yang saya alami, saya dapati emosilah yang akan mebawakan kita kepada tindakan atau reaksi tubuh. Seperti teori comman-sense, turutan emosi adalah dimulakan dengan situasi, kemudian emosi dan barulah reaksi badan akan berlaku.

The Cannon-Bard Theory mempunyai persamaan dengan teori Comman-sense. Pengasas teori ini ialah Walter Cannon. Beliau menyangkal pendapat yang dikemukan oleh James-Lang. Menurut teori ini, sistem organ akan bertindak perlahan daripada ransangan. Selain itu juga, menurut teori ini, ia menyatakan bahawa emosi datang lebih cepat apabila mendapat ransangan. Organ-organ yang terdapat dalam tubuh kita tidak dapat meramal semua emosi yang kita alami. Di samping itu juga, Cannon Bard menyatakan bahawa ransangan dalaman atau ransangan luaran dari saraf akan dihantar ke otak dan kemudiannya dapat mengeluarkan emosi yang bersesuian. Sebagai contoh, jika seseorang itu takut kepada ketinggian, jika dia dicabar untuk berada di puncak pencakar langit, dia kan berasa takut(perasaan takut itulah yang akan menggerakkan fisiologikal). Berbeza dengan James-Lang, teori Connon-Bard harus berdepan dengan ransangan dahulu barulah dapat mengalami emosi.

Teori yang terakhir dalam fisiologikal ialah teori psikobiologikal. Panksepp Jack merupakan oarang yang bertanggungjawab memperkenalkan teori ini. Teori ini memperkatakan bahawa dasar emosi adalah berkaitan dengan "specific neutral circuits". Dalam teori yang beliau kemukakan ini, beliau menekankan bahwa terdapat empat jenis emosi yang saling berkaitan. Emosi tersebut ialah emosi takut, marah, panik dan harapan. Dimana semua emosi dianggap mempunyai kaitan yang amat rapat dengan sistem  saraf diotak, dan inilah yang dimaksudkan dengan istilah"specific neutral circuits". Pada tahun 1998, Panksepp telah mengklasifikasikan sistem emosi asas berpandukan kepada struktur pada sistem limbik. Namun usaha beliau ini mendapat kitikan daripada Magda Arnold(1960) dan James Averill(1982). Mereka menyatakan tidak ada tempat yang khusus untuk emosi di dalam otak. Berdasarkan teori psikobiologikal ini, saya ingin kaitkan ia dengan peristiwa penculikan dan penderaan seksual kanak-kanak bawah umur. Sejak akhir-akhir ini saya sering kali terdengar dan terbaca mengenai peristiwa yang menyayat hati ini. Sehinggakan ada yang terkorban dan merana akibat perbuatan orang yang tidak bermoral ini. Keadaan ini membuatkan saya berasa takut dan bimbang terhadap dunia sekarang. Di tambah lagi perasaan takut itu apabila saya memikirkan jika berlaku kepada adik perempuan saya sendiri. Perasaan marah membuak-buak terhadap manusia berhati binatang ini sehinggakan saya panik untuk membiarkan adik perempuan saya bermain dengan rakan tanpa ditemani ahli keluarga. Perasaan-perasaan ini akhirnya melahirkan harapan bahawa manusia berhati binatang itu akan mendapat balasan yang setimpal terhadap perbuatannya.

Kesimpulannya, hasil daripada kuliah ini, saya dapati peranan minda sangat penting dalam mentafsirkan emosi yang sedang kita alami. Apabila ransangan diterima, minda menilai dan akan mentafsirkan emosi apakah yang kita alami. Secara tidak sedar kita mengikuti teori comman-sense yang menyatakan, sesuatu yang kita lihat akan tergambar reaksi tubuh hasil bacaan minda melalui emosi yang kita alami. Sekian.

 

 

 

 

 


No comments:

Post a Comment