Friday 6 August 2010

A134606 tingting LJ03

 

 

 

 

Pada minggu perkuliahan keempat ini, kami telah mempelajari tentang emosi positif iaitu Pada pendapat saya, emosi positif ini merupakan sebarang emosi yang akan menimbulkan perasaan gembira atau optimistik yang dapat membantu kita dalam menghadapi sesuatu cabaran atau tekanan kehidupan.Emosi positif ini  Kami juga didedahkan dengan tiga jenis emosi positif iaitu gembira, bahagia dan kasih. Kegembiraan dan kebahagiaan merupakan sesuatu keadaaan emosi dan afektif yang ditandai dengan perasaan kenikmatan, kesenangan dan kepuasan seseorang. Pengertian kebahagian berbeza-beza mengikut keinginan seseorang seperti menaik pangkat,mendapat rumah besar,memenangi loteri, berkahwin dengan isteri yang cantik atau suami yang kacak,bercuti dengan keluarga dan sebagainya.

Seterusnya, kami juga didedahkan dengan pendapat dan teori-teori mengenai definisi kebahagiaan oleh tokoh-tokoh barat seperti Aristotle,Plato,Epicurean dan Mills. Antara teori-teori yang diberikan, saya paling bersetuju dengan pandangan Epicurean yang berpendapat bahawa kebahagiaan dapat memaksimakan kesenangan dan meminimakan kesusahan. Hal ini dapat dibuktikan dengan pengalaman para ibu yang pernah melahirkan anak. Seperti yang kita tahu, proses kelahiran ini memang sakit tetapi selepas mereka melihat anak mereka dilahirkan dengan selamat dan sihat malah segala kesakitan pun telah diabaikan. Selain itu, terdapat juga kajian yang mengenai bahawa pesakit yang tenat telah dipulih balik selepas mengikuti terapi ketawa. Kedua-dua perkara ini menunjukkan bahawa kebahagiaan sememangnya dapat mengurangkan kesusahan dan juga kesakitan seseorang.

Menurut sesuatu kajian yang telah dibuat secara global, telah menunjukkan bahawa reaksi seseorang terhadap kegembiraan dan kebahagiaan adalah berbeza di negara yang berlainan (venhoven 1995). Budaya Asia pula menunjukkan tahap kebahagiaan yang terendah (Diener et al 1995) berbanding dengan negara seperti North Amerika, Australia dan Europe (Argyle, 1987).Hal ini mungkin disebabkan dengan penduduk asia yang bersikap konservatif dan lebih suka untuk menyimpan emosi sendiri jika berbanding dengan orang barat yang berfikiran ''open minded''.Perkara ini mungkin dipengaruhi dengan agama dan budaya masing-masing. Selain itu, kami juga mempelajari empat teori-teori yang berkaitan dengan tajuk ''how happy we are ''. Pertama, orang yang senang atau cepat menyesuaikan diri dalam keadaan yang baru akan lebih bahagia atau gembira. Kedua, seseorang yang sentiasa optimistik akan cepat menyesuaikan diri dalam keadaan baru.Ketiga,orang yang mempunyai tahap penyesuaian diri yang tinggi biasanya lebih pandai dalam mengatasi masalah yang dialami. Akhirnya, bagi mereka yang mempunyai banyak idea dalam mengatasi masalah akan cenderung kepada kebahagiaan. Sebagai contoh, semasa berada di sekolah menengah saya mempunyai seorang kawan yang menghadapi masalah pendengaran. Dia seorang yang optimistik,bagi dia, tiada masalah yang tidak boleh diatasi. Walaupun dia menghadapi masalah dalam pembelajaran tetapi dia tidak pernah berputus asa dan akhirnya dia mencapai cgpa 3.5 dalam STPM dan dia sekarang sedang melanjutkan pelajarannya ke peringkat universiti.Bagi seseorang yang optimistik,mereka akan menggangap masalah yang dialami itu sebagai cabaran hidup malah bukanlan kekangan dan kehidupan mereka.

Menurut  Kozma et al 1993, kebahagiaan boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu jangka panjang dan jangka pendek.Kebahagiaan jangka panjang ini adalah berdasarkan keadaan emosi kita yang stabil dan berterusan sejak kecil hingga sekarang. Contohnya, kasih sayang yang ditunjukkan daripada ahli keluarga terutamanya ibu bapa membolehkan saya merasai kebahagiaan dan kegembiraan sehingga kini. Di sebaliknya, kebahagiaan jangka pendek pula berdasarkan peristiwa yang baru berlaku dan perasaan ini tidak kekal lama. Contohnya, seseorang yang memenangi loteri akan berasa bahagia dan gembira pada masa tertentu sahaja.Ini merupakan kebahagiaan jangka pendek. Menurut Freud, perhubungan anak-anak dengan ibu bapa merupakan faktor yang penting dalam menentu tahap kegembiraan dan kebahagiaan seseorang dalam kehidupan.

Mengikut Argyle (1987), terdapat faktor lain yang boleh menpengaruhi kebahagiaan dan kegembiraan seseorang seperti kesihatan, persahabatan , kerja , rekreasi dan juga penghayatan agama. Untuk diri saya, kegembiraan kesihatan.Saya akan berasa bahagia dan gembira jika keluarga rakan dan saya sendiri sentiasa sihat dan selamat. Selain itu, mereka yang beragama dikatakan lebih gembiran dan kurang tekanan hidup. Hal ini disebabkan orang yang beragama ini mempunyai pegangan dan panduan hidup dan mereka akan patuh kepada agama dan sentiasa berasa kepuasan dalam kehidupan. Oleh itu, mereka tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur dan emosi yang negatif ini.

No comments:

Post a Comment