Friday 6 August 2010

A134147NurulLJ03

      Assalamualaikum. Pada sesi pembelajaran baru-baru ini saya telah didedahkan mengenai emosi positif. Antara contoh emosi positif ialah gembira,bahagia,dan kasih. Kebahagiaan secara umumnya dapat diterjemahkan sebagai emosi yang disebabkan oleh perasaan gembira, suka, dan puas.
 
      Ahli-ahli falsafah seperti Aristotle, Plato, Epicurean, dan Mills masing-masing memberi pandangan yang berbeza terhadap perasaan gembira. Aristotle menyatakan bahawa kegembiraan boleh dikecapi apabila berjaya mengejar kesenangan. Menurut Epicurian pula kegembiraan adalah memaksimakan kesenangan dan meminimakan kesakitan. Hal ini demikian kerana apabila kita gembira, segala masalah yang ditanggung dapat dikurangi.
 
      Saya kurang setuju mengenai pandangan Aristotle. Kita masih lagi boleh berasa gembira sekiranya kita mengubah 'mind set' kita dari kesakitan kepada kegembiraan. Tidak semestinya apabila berjaya mengejar kesenangan sahaja yang berjaya membuatkan kita berasa gembira.
 
      Mengikut pengalaman saya semasa belajar di Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak dahulu, kami semua pelajar-pelajar tingkatan 5 sudah tentu berasa stress menjelang peperiksaan SPM. Kami tidak membiarkan sahaja perasaan tersebut terus menghantui kami. Kami semua sentiasa bersikap ceria dan saling usik-mengusik sesama kami.
 
      Perasaan stress mampu diatasi dengan perasaan gembira. Teringat lagi saya sempena meraikanhari kelahiran salah seorang daripada teman saya. Memang diakui tarikh lahir tersebut hampir dengan SPM, namun kami tetap menyambutnya dengan perasaan riang gembira. Kami saling membaling telur dan tepung sesama kami. Bagi saya memang itu adalah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Mana tidaknya, salah seorang daripada teman saya berjaya membaling telur tepat mengenai kepala saya. Malu pun ada juga tapi saya tetap gembira.
 
      Secara kesimpulannya, saya memang berasa terhibur dengan tajuk ini. Tajuk emosi positif lebih senang jika hendak dibandingkan dengan tajuk-tajuk sebelum ini. Hidup ini mestilah dihiasi dengan perasaan gembira agar kehidupan kita menjadi lebih bahagia. Sekian.

No comments:

Post a Comment