Friday 6 August 2010

A133247 Tan Kah Yee LJ03

Selamat sejahtera~
 
SMILE Matthijs van Leeuwen | http://www.bing.com/images/search?mkt=en-MY&q=smile&FORM=HOTAPI#focal=d...

Kuliah pada hari ini adalah tentang kegembiraan. Apa itu gembira?? Kegembiraan merupakan sesuatu emosi yang boleh diumpamakan sebagai kenikmatan, kesenagan, dan kepuasan. Terdapat ramai ahli falsafah yang memberikan pandangan mereka tentang apa itu kegembiraan, seperti Aristotle, Plato, Epicurean, Mills, dan lain-lain. Antara keterangan yang mereka berikan itu, saya lebih setuju kepada pandangan ahli falsafah Epicurean. Pada pandangan dia, kegembiraan ialah memaksimumkan kesenangan hati dan meminimumkan kesakitan. Kitalah orang yang menentukan perasaan diri sendiri. Kita akan berasa sedih kerana kita yang membuatkan diri sendiri sedih. Sepatutnya kita perlu sentiasa berfikir positif dan bukannya sentiasa teringat pada perkara yang menyebabkan kita rasa tidak senang hati. Jika kita boleh memilih untuk menjadi gembira atau sedih, kenapa kita perlu memilih sedih? Pastinya kita pilih gembira. Oleh, kita patut memaksimumkan kesenangan hati dan meminimumkan kesakitan kita.
 
Apabila Encik Ahmad tanya pada kami, apa yang membuatkan kita gembira? Pda masa itu, saya teringat pada waktu aktiviti semalam saya di kolej. Apabila Kak Effa mengumumkan bahawa aktiviti ko-kurikulum pada hari Sabtu telah dibatalkan, semua orang memberikan sorakan dan tepukan, termasuk saya. Dalam kehidupan harian kita, sesuatu perkara yang kecil boleh membuatkan kita rasa gembira. Oleh itu, kegembiraan merupakan perkara sentiasa berlaku antara kita.
 Smile For The Camera ...  | http://www.bing.com/images/search?mkt=en-MY&q=smile&FORM=HOTAPI#focal=9d... <<< so funnyOpen-mouth smile

Terdapat beberapa penyelidikan tentang kegembiraan telah dijalankan oleh ahli-ahli falsafah. Menurut kata Veenhoven, kajian lintas budaya menunjukkan bahawa kebahagiaan berbeza dari satu negara ke negara lain. Manakala Diener et al pula menyatakan bahawa budaya Asian menurunkan kegembiraan diri sendiri jika berbanding dengan yang lain. Selain itu, kajian Argyle menunjukkan bahawa manusia yang paling gembira tinggal di Amerika Utara, Australia dan Europe. Hal ini mungkin disebabkan oleh budaya, agama dan adat istiadat yang diamalkan oleh orang Asian sehingga sekarang. Jika berbanding dengan orang barat, mereka adalah lebih berpandangan terbuka. Walau bagaimanapun, pada pandangan saya, semua orang akan senyum apabila mereka berasa gembira tanpa mengira bangsa, budaya dan negara asal mereka. Mereka akan menunjukkan senyuman yang manis apabila mereka berasa gembila.
 
Menurut kajian Kozma et al pada tahun 1993, kegembiraan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu status afektif jangka masa panjang dan status afektif jangka masa pendek. Status afektif jangka masa panjang ialah latar belakang seseorang itu yang menyebabkan keadaan emosi dia lebih stabil dan berterusan dari bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Biasanya ini disebabkan sejak seseorang itu masih kecil lagi. Manakala status afektif jangka masa pendek adalah berdasarkan pada kejadian yang berlaku baru-baru ini. Contohnya yang berlaku pada diri saya apabila diberitahui bahawa aktiviti ko-kurikulum telah dibatalkan. Contoh-contoh lain adalah seperti lulus dalam peperiksaan, perkahwinan, hari perayaan, hari jadi kawan dan sebagainya.
 
Argyle juga menunjukkan bahawa kegembiraan boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti kesihatan, persahabatan, kerja, rekreasi dan juga faktor penghayatan agama. Bagi saya, saya gembira disebabkan oleh persahabatan. Saya berasa amat bertuah dapat kenal kawan saya ini, dia juga adalah rakan sebilik saya. Dia merupakan seorang yang ramah dan dia adalah orang yang selalu membantu saya samasa menghadapi masalah. Dalam persekitaran yang amat baru ini, kawan merupakan orang yang paling penting selain daripada ahli keluarga.
 
Pendek kata, marilah kita memaksimumkan kesenangan hati dan meminimumkan kesakitan. ^^
 

No comments:

Post a Comment