Friday 6 August 2010

A134544 nabihan LJ03

            Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bertemu lagi dalam lembaran jurnal yang ketiga ini. Saya berasa amat gembira kerana sekali lagi dapat berkongsi pengalaman dan pembelajaran saya bersama-sama dengan para pembaca blog ini di luar sana. Seperti biasa hari ini, Rabu, tepat pukul 4 petang, saya melangkah kaki masuk ke dalam kelas pengurusan emosi. Minggu ini merupakan minggu keempat saya dan rakan-rakan mengikuti kelas ini. Pada hari ini, saya berasa agak malas untuk belajar kelas pengurusan emosi ini. Mungkin kerana masa kuliah matematik selama 2 jam tadi, pensyarah telah mengajar dua tajuk. Perkara ini membuatkan saya menjadi stress kerana tidak dapat memahami kesemua perkara yang diajar beliau. Namun begitu, saya kuatkan juga semangat untuk masuk ke dalam kelas ini dengan harapan dapat mengurangkan sedikit stress yang saya alami.

            Seperti yang saya harapkan, tajuk yang dibincangkan pada minggu ini tidaklah begitu memeningkan kepala. Pensyarah telah memilih tajuk Emosi Positif sebagai topik untuk pembelajaran kali ini. Apabila melihat tajuk yang dipaparkan di skrin, saya tersenyum. Ini kerana tajuk ini berkaitan dengan pelbagai jenis emosi positif seperti gembira, bahagia, dan kasih. Apakah yang dimaksudkan sebenarnya dengan kegembiraan yang selalu dialami oleh setiap manusia? Kegembiraan bermaksud satu emosi yang menggambarkan perasaan seronok, suka, dan kepuasan. Sebagai contohnya, Ahmad merupakan seorang yang suka menolong orang. Dia berasa seronok ketika menolong seseorang yang dalam kesusahan. Apabila dia berjaya menolong seseorang itu, dia berasa satu kepuasan yang amat sangat dalam dirinya. Ahmad telah berada dalam emosi kegembiraan. Sementara itu, beberapa orang ahli falsafah telah memberikan pandangan mereka tentang emosi gembira ini. Mereka ialah Aristotle, Plato, Epicurean, dan Mills. Bagaimana dengan anda? Adakah anda senyum untuk menandakan anda gembira? Masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk mengekspresikan emosi gembira kita. Ada yang melompat-lompat, ada juga yang menangis kegembiraan. Beberapa kajian telah dilakukan oleh beberapa tokoh di beberapa benua di dunia. Menurut Veenhoven, tahap kegembiraan adalah berbeza mengikut negara. Diener et al menyifatkan bahawa orang Asia mempunyai tahap kegembiraan yang rendah daripada yang lain. Argyle pula berkata orang Amerika Utara, Australia, dan Eropah merupakan orang yang paling gembira di dunia ini.

            Menurut Kozma et al, emosi ini mempunyai dua major komponen. Iaitu jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Contoh dalam jangka masa panjang ialah seseorang itu memang mempunyai latar belakang yang baik menyebabkan emosinya sentiasa dalam keadaan stabil sejak dari kecil hingga sekarang. Bagi dalam jangka masa pendek pula ialah contohnya apabila seseorang itu berjaya dalam pepriksaan ataupun sebuah pasangan itu baru mendapat cahaya mata. Terdapat juga beberapa faktor lain yang bolah menyebabkan seseorang itu sentiasa beremosi positif. Argyle telah mengklasifikasikan faktor-faktor tersebut kepada empat iaitu kesihatan, persahabatan, kerja, dan rekreasi. Terdapat juga faktor penghayatan agama. Faktor-faktor tersebut bergantung pada seseorang individu untuk menjayakannya. Terdapat beberapa bukti yang telah dijumpai yang membuktikan penghayatan agama juga mampu memberi emosi positif kepada seseorang individu.

            Selain itu, emosi positif yang seterusnya ialah kasih sayang. Kasih sayang ialah lebih dari sekadar suka. Seseorang itu bolah bertambah kasih sayangnya apabila ada tiga kualiti tambahan ini iaitu rasa ikatan terhadap pasangan, rasa ambil berat terhadap pasangan, dan rasa kepercayaan dalam satu perhubungan. Terdapat tiga faktor kebahagiaan dalam kasih sayang. Iaitu komitmen, hubungan intim, dan keghairahan. Ingin saya kongsikan di sini sebuah cerita mengenai sepasang suami isteri. Si suami merupakan seorang pekerja bawahan  manakala si isteri merupakan seorang eksekutif. Mereka bekerja di sebuah syarikat yang sama. Pada awal perkahwinan mereka, banyaklah mata-mata yang tidak senang dengan mereka. Maklumlah bagaimana seorang pekerja bawahan mampu menambat hati seorang eksekutif. Pastinya ramai lelaki-lelaki lain yang lebih hebat dari si suami berasa tercabar dengannya. Seperti yang mereka jangka, memang banyak dugaan yang melanda rumah tangga mereka di awal perkahwinan. Namun mereka tetap optimis. Mereka mengamalkan ketiga-tiga faktor kebahagiaan dalam kasih sayang. Mereka akhirnya hidup aman dan bahagia.

            Sekian sahaja untuk jurnal kali ini.

No comments:

Post a Comment