Friday 6 August 2010

a129176 sazlina LJ 03

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pelajar yang mengikuti kursus ZZZT 2253 iaitu kursus Pengurusan Emosi serta kepada Encik Ahmad Zamri Bin Mansor selaku pensyarah yang saya hormati. Tujuan penulisan saya pada kali ini adalah kesinambungan daripada topik yang sebelumnya dan pada kali ini merupakan sambungan daripada topik tersebut.

Emosi positif? Apa itu emosi positif? Melihat sahaja tajuknya, kita sudah dapat memberi gambaran apakah yang dimaksudkan dengan emosi positif. Sudah tentulah ia berkaitan dengan suatu perasaan yang positif seperti bahagia, gembira, dan kasih kepada sesuatu perkara atau kepada seseorang. Setiap makhluk yang bernyawa tidak terlepas daripada merasa perasaan bahagia dan gembira yang pasti dialami sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang membahagiakan.

Keadaan ini telah wujud sejak sekian lama dan timbul pelbagai andaian terhadap emosi positif ini. Andaian ini dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah yang tersohor seperti Aristotle. Menurut Aristotle, kegembiraan ialah kejayaan apabila mendapatkan kesenangan. Sebagai contoh, seseorang itu dapat menaikkan taraf hidupnya daripada kehidupan yang sederhana kepada kehidupan yang mewah. Manakala menurut pandangan Plato pula, kegembiraan bagi beliau ialah sumber yang datang daripada kehidupan yang bermoral tinggi.  Bagi Epicurean pula, kegembiraan itu diperolehi apabila merasakan kesenangan yang maksimum dan kesakitan yang minimun, dari sinilah bagi Epicurean merasakan kegembiraan itu akan diperolehi oleh manusia. Tokoh yang seterusnya iaitu Mills menyatakan bahawa kegembiraan adalah campuran daripada semua tingkah laku.

Kebahagiaan boleh dikategorikan dalam pelbagai bentuk. Sebagai contoh bahagia dalam menerima orang baru dalam hidup, gembira apabila memperolehi kejayaan setelah berhempas pulas berusaha untuk mendapatkannya, kasih kepada orang yang jujur menyanyangi dan mencintai diri kita. Dalam mencari kebahagiaan, perlulah diiringi dengan usaha serta berdoa kepada Tuhan agar hidup ini lebih bermakna dan bahagia.

Sebagai kesimpulannya, kebahagiaan tidak dapat dikecapi sekiranya seseorang itu tidak berusaha untuk mencapai apa yang dikehendakinya...

No comments:

Post a Comment