Thursday 12 August 2010

A134394 Amal LJ04

Di dalam diri manusia, terdapat juga emosi negatif. Emosi negatif bermaksud, emosi ketika sedang takut, malu, sedih, dan juga marah. Emosi takut ialah emosi yang emosi yang bertindak balas terhadap bahaya yang akan datang, yang berhubung kait dengan perasaan takut. Emosi takut merupakan suatu kemandirian mekanisma dan kebiasaannya berlaku terhadap tindak balas negetif yang spesifik. Takut sering dikaitkan dengan dengan ahli kumpulan emosi termasuklah bimbang, cemas dll. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan tercetusnya perasaan takut. Salah satunya ialah rasa takut yang berpunca daripada trauma. Ini mungkin disebabkan oleh seseorang yang pada zaman kecilnya telah mengalami suatu kejadian hitam hingga menyebabkan dirinya berasa takut apabila menghadapi situasi yang sama.
Emosi malu merupakan emosi yang tidak disenangi dan sering merasa bimbang akan diketahui orang lain. Terdapat 2 jenis malu. Iaitu malu secara sosial dan malu secara professional. Malu dari segi sosial bermaksud, malu yang terjadi apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang dianggap lucu pada pandangan orang lain. Manakala malu professional pula terjadi disebabkan oleh tersalah cakap atau tersalah memberi ucapan.
Perasaan sedih merupakan dimana seseorang itu merasakan kehilangan upaya. Selalunya apabila seseorang itu merasa sedih, dia akan menjadi pendiam, mengasingkan diri dan kurang bertenaga. Forgas, seorang pengkaji mengatakan bahawa, orang yang lebih gembira akan berupaya untuk mengintepret data dengan lebih cepat berbanding dengan orang yang sedang dalam keadaan sedih.
Perasaan marah pula adalah tindakbalas psikophsiologi terhadap kesakitan. Marah terbahagi kepada 2 iaitu, marah aktif dan marah pasif. Marah aktif adalah apabila seseorang itu meluahkan perasaan marahnya. Manakala marah pasif pula ialah, apabila seseorang memendam perasaan marahnya.
Secara tuntasnya, emosi negatif banyak memberi impak yang buruk terhadap diri seseorang. Jadi, kita hendaklah berusaha untuk tidak bersifat negatif agar kehidupan kita menjadi lebih bahagia.

No comments:

Post a Comment