Friday 13 August 2010

A134221 Norsatarunisya Hanapi LJO4

Pengurusan emosi

Tajuk 3a; Emosi yang negative(takut, malu, sedih dan marah)

Pada kuliah yang lepas saya mempelajari emosi yang bersifat positif iaitu gembira, bahagia dan kasih. Kuliah kali ini yang bertarikh 11 haribulan 8 tahun 2010, saya mempelajari emosi yang negative atau emosi yang tidak elok. Dalam kuliah tersebut saya mendapati ada empat emosi negative yang utama iaitu takut,malu,sedih dan  marah. Emosi negative yang pertama adalah takut. Takut adalah emosi yang menggambarkan seseorang itu dalam keadaan bahaya atau"danger".  Menurut nota kuliah "fear" adalah survival mechanism, dan selalunya berlaku untuk menunjukkan tindak balas yang negative. Ketakutan juga berkait rapat dengan emosi risau, cemas dan ketakutan terlampau. Ada beberapa sebab seseorang itu mengalami emosi takut. Yang pertama adalah disebabkan seseorang atau individu pernah mengalami trauma atau perkara yang menjadikan seseorang itu takut dan fobia. Sebagai contoh jika individual itu pernah ditinggalkan oleh seseorang yang disayangi ataupun teman lelaki, individu tersebut akan mengalami androphobia iaitu takut kepada lelaki. Selain itu, takut kepada kegagalan iaitu atychiphobia. Fobia ini adalah fobia yang normal dan akan dialami oleh semua orang tidak kira dalam apa-apa bidang atau perkara. Saya juga pernah mengalami fobia ini karana saya takut gagal dalam peperiksaan. Sebab yang kedua adalah katakutan disebabkan sesuatu yang abstrak iaitu takut kepada sesuatu yang tidak diketahui(fear of unknown). Takut kepada kehilangan atau kritikan adalah contoh fear of unknown. Emosi takut dapat dilihat dan dikenalpasti dengan melihat riak wajah seseorang itu. Apabila seseorang itu takut, mata seseorang itu akan terbuka dengan lebih luas, bibir atas akan ternaik dan kening akan kedalam. Emosi negative yang seterusnya adalah malu. Malu adalah emosi yang tidak selesa atau tidak menyenangkan(unpleasent). Emosi malu berlaku mengikut keadaan tertentu berdasarkan keaadan seseorang. Terdapat dua jenis malu iaitu personal and professional. Malu jenis personal adalah bersifat individu dan hanya melibatkan individu tersebut. saya pernah mengalami keadaan malu sepanjang hidup saya. Saya seringkali tersalah cakap dengan orang yang tidak pernah saya kenali dan saya sering hamper terjatuh dihadapan khalayak ramai. Perkara yang biasa yang dilakukan untuk mengatasi malu dihadapan orang adalah berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku ataupun ketawa. Malu yang professional biasanya berlaku di tempat kerja. Pada kebiasaannya orang akan berasa malu di tempat kerja apabila kita di marah majikan atau kertas kerja ditolak secara terang-terangan. Selain itu, sekiranya kita adalh seorang pengurus, kita akan malu sekiranya projek kita gagal. Bagi saya malu adalah sifat yang normal kerana kita perlu ada rasa malu dalam diri tetapi malu bertempat. Bagi perempuan perlulah ada sifat malu untuk menunjukkan sifat perempuan yang lemah lembut. Emosi yang seterusnnya adalah sedih. Sedih dapat dikenalpasti apabila seseorang itu muram dan pendiam, tetapi bukan semua orang yang pendiam sedang bersedih. Sedih sering berlaku apabila kita kehilangan seseorang yang kita sayang. Akhir sekali adalah marah, marah adalah emosi yang paling negative kerana apabila kita terlampau marah kita akan bertindak melakukan sifat yang tidak sepatutnya. Secara tuntasnya, saya berpendapat, emosi takut, sedih, malu dan marah adalah perkara yang normal yang perlu dialami oleh semua orang. Perasaan seperti ini adalah warna-warna kehidupan.# ends.

 


No comments:

Post a Comment