Friday 13 August 2010

A127257 NORIZA LJO4

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan - rakan khususnya rakan-rakan dalam kursus pengurusan emosi .Kuliah pengurusan emosi minggu ini sangat bermakna kerana hari tersebut ialah hari permulaan kita sebagai umat islam mengerjakan ibadat berpuasa malah tajuknya agak mudah untuk difahami dan diterima .Pada mulanya saya dan rakan bersemangat untuk menghadiri kuliah,kami tiba dibilik kuliah pada jam 3.45 tetapi kami terpaksa tunggu diluar kerana kelas tersebut sedang digunakan.Ketika di akhir kuliah, saya dan rakan-rakan agak keletihan dan kepenatan.Ini mungkin disebabkan hari pertama kita sebagai umat islam mengerjakan ibadat berpuasa.Sempena bulan romadhan ini saya mengharapkan dapat menyemarakkan semangat saya untuk terus berusaha mencapai yang terbaik.Tajuk kuliah pada minggu ini ialah berkenaan emosi negetif iaitu antaranya perasaan takut, marah, sedih dan malu.

            Takut merupakan tindak balas emosi terhadap sesuatu bahaya yang akan terjadi dan berkait dengan rasa kebimbangan seseorang. Takut merupakan satu mekanisme untuk meneruskan kehidupan dan biasanya berlaku apabila adanya tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang negative atau bahaya .Takut juga mungkin berpunca daripada trauma yang dialami pada masa kecil.Perasaan takut termasuk perasaan bimbang,gundah gulana,keresahan dan sebagainya .Saya sendiri telah mempunyai banyak pengalaman dimana ketika kecil, saya trauma dengan seseorang lelaki yang selalu mengusik dan menganggu saya.Pada suatu petang semasa saya menunggang basikal berhampiran rumah,tiba-tiba lelaki tersebut datang dari belakang dengan menaiki motosikal seterusnya menolak saya ke dalam di tepi jalan yang semak.Saya jatuh dan mengalami kecederaan.Kemudian saya melihat dia ketawa dan berlalu pergi tanpa perasaan bersalah.Saya tidak mengetahui apakah sebab dia melakukan perbuatan demikian.Hal ini menyebabkan saya takut hendak menghadirkan diri ke sekolah bersendirian dan sebagainya.Saya takut untuk keluar dari kawasan rumah kerana rumah lelaki itu berhampiran dengan rumah saya,Saya memberitahu tentang perkara ini kepada ibu dan bapa saya tetapi mereka mengangap bahawa lelaki itu hanya ingin sekadar suka-suka mungkin kerana kecomelan saya semasa kecil.Entah..saya tidak pasti..tetapi yang pasti sampai ke hari ini,sekarang umur saya mencecah 21 tahun,saya masih mempunyai perasaan takut dan benci terhadap lalaki itu.

Emosi negetif yang seterusnya ialah malu. Malu merupakan  keadaan emosi yang kurang menyenangkan apabila melakukan sesuatu yang tidak diterima sama ada secara social atau professional. Biasanya, malu mungkin melibatkan maruah kita sedikit tercalar atau hilang kehormatan tetapi ianya bergantung pada situasi yang terjadi.  Rasa malu boleh dikategorikan kepada dua, malu secara personal dan malu secara profesional. Malu secara personal disebabkan oleh perhatian yang tidak diinginkan terhadap perkara-perkara peribadi manakala malu secara professional pula terjadi selepas menyatakan sesuatu dengan yakin atau salah memberi maklumat kepada orang umum dan ini biasa berlaku kepada para pemimpin. Sesuatu tugas yang tidak dapat dijalankan dengan baik juga merupakan malu secara professional. Malu biasanya akan diiringi oleh kombinasi tersipu-sipu, berpeluh, gementar, tergagap-gagap dan gelisah.Saya pernah mengalami emosi negetif ini dimana pada suatu hari saya kesuntukan masa dan kelewatan untuk menghadirkan diri ke kuliah,Saya tingal di Kolej Ibrahim Yaakob,Saya terpaksa berjalan ke FSSK,jaraknya agak jauh,apabila sampai di bagunan pusaneka,saya baru menyedari bahawa saya memakai kasut selipar tandas ke kuliah,saya berasa sangat malu tapi saya terpaksa masuk ke dalam dewan kuliah.Rakan-rakan mula menegur dan tertawakan saya tetapi saya belagak slamber padahal hanya tuhan yang tahu bagaimana malunya saya ketika itu.Sampai sekarang rakan-rakan masih gelakkan saya apabila kami menyentuh  hal berkaitan kasut.

Selain malu,emosi negetif yang lain ialah sedih.Sedih pula merupakan keadaan perasaan yang mempamerkan rasa hilang, kekurangan dan kelemahan. Ketika dalam keadaan sedih, seseorang akan menjadi pendiam, kurang bertenaga dan cuba mengasingkan diri.Semasa saya kehilangan insan tersayang iaitu ayah saya.Saya merasakan hidup ini tidak bermakna lagi,Saya dan keluarga hidup serba kekurangan sejak ayah meninglkan kami.Ketika itu saya berumur 10 tahun dan saya dapat mengenal erti kehilangan kesedihan.Ibu saya ialah seorang insan yang sangat cekal walaupun berada dalam kesedihan yang teramat sangat sewaktu kehilangan suami tercinta.Saya dan keluarga dapat mengaharungi keperitan hidup dengan penuh kesabaran dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.Syukur dengan berkatnya kami semua dapat menjadi insan yang berjaya..thankk my mumm..kesedihan lalu membawa kebahagia masa kini.Saya sering mendoakan supaya ayah saya berada dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Terdapat pelbagai tanda-tanda sedih ialah seseorang akan menundukakan muka,sayu dan lebih banyak mendiamkan diri.Selalunya orang yang berada dalam kesedihan akan memproses maklumat dengan mengambil masa yang lama berbanding orang yang gembira.Orang yang sedih harus mengambil masa yang lama untuk memproses maklumat.Orang yang sedih akan diangap orang yang tidak mempunyai keupayaan yang tinggi

Emosi negetif yang terakhir ialah perasaan marah.Marah ialah respond fisiologi terhadap sakit, merasai penderitaan atau menyusahkan hati yang dirasai kesan dari konfliks fizikal, tidak adil, kecuaian, memalukan dan kecurangan. Keadaan ini ialah tindakan atas kesengsaraan yang kita terima.Selalunya ia merupakan tindak balas daripada masalah ,kehancuran, kecurangan dan sebagainya.Kemarahan ini terbahagi  kepada 2 iaitu aktif dan pasfi. Aktif ialah tindakan yang menyebabkan seseorang mengambil barang-barang yang berada berhampiran  seterusnya membaling dan menghampuk,Selain itu, pasif pula ialah seseorang memendamkan perasaan marah tersebut di dalam hatinya.Individu yang sebegini adalah lebih bahaya berbanding individu yang bersifat aktif.

Saya mempunyai seorang rakan yang mengalami masalah keluarga,saya merasa marah apabila mendengar kisahnya.Dia merupakan anak kedua daripada empat beradik dan kini menuntut di institusi pengajian tinggi swasta.Dia datang daripada keluarga mewah Namun, Diana(bukan nama sebenar) amat benci dengan sikap ayahnya. Ini semua kerana ayahnya gatal memilih perempuan muda sebagai isterinya. ayahnya seorang yang rendah, berbadan gempal dan hampir botak. Isteri barunya pula, cantik dan berbadan genit Apa yang menyedihkan, dulu dia sangat rapat dengan ayah.Diana boleh dikatakan anak kesayangan ayahnya apatah lagi Diana merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.Kini semua itu hancur.Diana merasakan bahawa ayahnya bertukar daripada seorang yang dikagumi kepada seorang yang hina. Semuanya kerana ayahnya berkahwin dengan bekas perempuan simpanannya. Apabila ibunya mengetahui status isteri muda ayahnya,akhirnya ibunya meminta cerai. Pada saya, ayahnya sudah berumur jadi kenapa masih berminat berkahwin dengan wanita muda? Bukankah sepatutnya pada peringkat umur ayahnya patut pergi masjid bukannya berseronok dengan wanita jauh lebih muda? Saya sangat merasa marah dengan apa yang berlaku ini..Saya berasakan tindakan ayah menceraikan ibu diana adalah satu penganiayaan.

Kesimpulannya setiap manusia di alam tidak terlepas daripada emosi negetif seperti  marah,sedih,malu dan takut.Jadi ia bergantung pada diri sendiri sama ada bijak menguruskannya emosi tersebut atau kita akan terjerumus dan mendapat kesan negetif. oleh itu kesabaran dan keimanan adalah amat penting dalam menguruskan emosi negetif supaya dapat melahirkan kehidupan yang lebih baik.Setakat ini sahaja kupasan dan penulisan jurnal saya.Sekian,Wassalam.


No comments:

Post a Comment